Monday, December 27, 2010

Harga Bapa Mertua

Satu lagi kanibalize dari blog saharil. Aku nak tergelak tengok promotion tag kedai ni. Tak tau si saharil ni amek kat mana.



Kredit to Saharil.

Thursday, December 23, 2010

Tidak Sesuai Untuk Kanak-Kanak Malaysia

First time aku tengok video ni macam nak berguling-guling gelak. Sebenarnya ia adalah iklan bank tabung simpanan kanak-kanak. Tengok sendiri lah.



Kredit to Obefiend via Amir Muhammad

Friday, December 17, 2010

Gambar Apakah Ini?

Cuba korang teka gambar apakah di bawah ni?



A. Istana Purba
B. Rumah Api
C . Sebuah Pulau



Jawapannya adalah sebuah rumah api. Rumah api ini terletak di Cleveland Harbour, Ohio, USA. Ianya telah diliputi ais berikutan turunnya salji pada penghujung tahun. Rumah api ini kelihatan seperti istana purba macam yang selalu kita tengok dalam cerita dongeng orang putih. Macam menara tempat Rapunzel kena kurung pon ye jugak. Nice.

Sumber asal : Daily Mail

Tuesday, December 14, 2010

Power of Advertising

Aku rasa dah banyak aku komen pasal pengiklanan di blog ni. Dan selalunya aku akan ketengahkan iklan-iklan yang LOL sebab kelemahan bahasa, kesilapan ejaan dan lain-lain kesalahan. Tapi sebenarnya bukanlah bermaksud untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Tapi sebagai menunjukkan betapa berleluasanya pengiklanan ini tidak dipantau oleh pihak berwajib demi memelihara Bahasa Melayu daripada di carcamarbakan oleh mereka yang kurang sensitif.

Aku rasa mungkin sekarang sudah tiba masa kita bertegas dalam menguatkuasakan penggunaan bahasa yang betul dalam pengiklanan dan mengenakan tindakan kepada pencemaran terhadap bahasa dalam pengiklanan. Mungkin pihak Dewan Bahasa dan Pustaka boleh memikirkan sesuatu. Aku ada satu idea di mana pihak DBP hendaklah menjadi salah seorang panel yang meluluskan mana-mana papan tanda atau signboard yang hendak dipasang oleh syarikat di premis mereka. Caranya , DBP hendaklah meletakkan stafnya di semua PBT yang berada di Malaysia ini. Ataupu seuruh sahaja PBT melantik seorang penasihat bahasa yang akan meluluskan lesen papan tanda yang akan dinaikkan.

Mungkin dengan cara ini masyarakat kita akan lebih menghargai bahasa. Keseragaman bahasa menunjukkan kesepaduan hati dan masyarakat kita. Kita harus berbangga dengan bahasa kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa.

Sebelum berakhir korang tengok iklan ni, Super LOL.


Kredit gambar to Saharil

Sunday, December 12, 2010

Wanita Bodoh Menuntut Matahari Adalah Miliknya

Berita ni sebenarnya dah lama. Tapi rasanya aku nak remind balik kat sini. Mungkin korang pun dah baca pasal pompuan Spain ni. Dia telah mendakwa bahawa matahari merupakan miliknya Dan akan mengenakan caj kepada semua pengguna matahari di dunia. Angeles Duran 49, telah membuat tuntutan kepada satu badan tuntutan di Spain untuk tuntutan tersebut sejak September lepas. Katanya beliau telah ada surat perakuan sah untuk menuntut bahawa matahari sekarang adalah miliknya.

Aku tak faham ada orang sebodoh ni dalam dunia. Katalah dia cas kat aku pakai cahaya matahari, aku taknak bayar, boleh ke dia halang aku daripada menggunakan matahari. Atau boleh ke dia power off matahari tu dari terkena pada aku? Idiot Spanish.


Surat pengesahan kononnya dah sah la dia pemilik matahari.

Yang keluarkan pengesahan tu pon sama bodoh.


Post asal: Daily Mail

Saturday, December 11, 2010

Halal, Haram dan Shubhah

Aku tau sekarang sangat kecoh isu halal haram dalam perniagaan dibangkitkan. Terutamanya dalam perniagaan Multi Level Marketing (MLM). Ianya menjadi isu apabila dikatakan mlm adalah harap sekiranya terdapat unsur skim piramid di dalamnya.

Skim piramid diharamkan kerana terdapat unsur-unsur riba di dalamnya kerana menjalankan pelbagai transaksi dalam satu akad sedangkan transaksi lain yang dijalankan tidak ada kena mengena dengan transaksi awal dan pihak yang berada di atas mendapat keuntungan di atas transaksi yang dijalankan oleh downline.

Ia juga menjadi gharar sekiranya perniagaan tersebut hanya berasaskan wang tanpa mempunyai sebarang produk di dalam transaksi tersebut.

Bagi aku dalam perniagaan seperti ini, adalaj lebih baik dijauhi kerana unsur penipuan adalah lebih banyak berbanding dengan kesucian sesebuah perniagaan tersebut. Ianya lebih kepada penganiayaan dalam transaksi yang besar dengan dijanjikan keuntungan berlipat ganda. Adakah kita sanggup menggadaikan agama dan tidak mempedulikan hukum hanya kerana ingin menjadi jutawan dan wang yang banyak? Hukum skim piramid ini sudah jelas haramnya yang telah difatwakan oleh ulama' di Malaysia.

Ianya hanya sekadar pergerakan wang ke atas dan bukan lagi perniagaan. Perniagaan bukanlah semata kerana wang sahaja. Tapi ianya adalah berkenaan dengan kesungguhan dan falsafah kita dalam menjayakan perniagaan itu.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Friday, December 10, 2010

Belut Elektrik dan Buaya

Aku sebenarnya pun tak pernah tengok belut elektrik. video post kat Youtube ni sangat menjeutkan aku bila seekor buaya cuba membaham seeekor belut elektrik.



Kredit to Blogserius via Dr. Bong.

Thursday, December 9, 2010

Tukang Yang Fail

Gambar ni aku amek dekat dengan rumah aku. Mamak ni baru nak bukak kedai dan nak cari pekerja. Bahasa Melayu yang fail untuk publish macam ni.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Wednesday, December 8, 2010

Horoskop dan Kehidupan Manusia

Bila nak masuk tahun baru je ramai orang yang mula buat azam baru, planning untuk tahun depan dan lain-lain persiapan dalam menyambut tahun baru sambil berharap agar kedatangannya akan membawa kehidupan yang lebih baik kepada mereka. Tidak kurang pula yang mula meninjau-ninjau apakah horoskop mereka pada tahun hadapan. Aku tahu dan percaya ramai Muslim yang masih percaya benda karut marut ni.

Sebenarnya horoskop ini lebih menjurus kepada penilikan nasib kita pada masa hadapan. Akan tetapi sebenarnya adalah haram kita mempercayai horoskop yang menjadi seolah-olah tilikan kepada kita hari ini.

Bertenung nasib bukanlah suatu yang baru. Ianya sangat popular ketika zaman Nabi Musa di mana pada ketika itu para pengamal sihir telah menggunakan syaitan untuk meninjau nasib seseorang yang telah ditentukan di Luh Mahfuz. Akan tetapi, syaitan hanyalah menipu daya mereka sahaja. Kelahiran agung junjungan besar kita Muhammad S.A.W telah menyebabkan syaitan sudah langsung tidak boleh mengintai-intai di Luh Mahfuz. Maka sebarang bentuk tilikan masa depan yang diamalkan sekarang adalah karut dan langsung tidak boleh dipercayai.

Mengapa kita harus mempercayai sesuatu yang kita sebenarnya tidak pasti pun sumbernya. Apatah lagi ianya berkaitan dengan untung nasib hidup kita pada masa akan datang. Seolahnya kita menyerahkan kehidupan kita sepenuhnya pada tilikan itu. Satu sahaja yang kita harus pegang, bahawa Allah sahaja yang menetapkan hidup kita dan kita masih lagi berupaya membuat pilihan dan memengertikan pilihan tersebut.

Horoskop adalah suatu yang tak menguntungkan. Ianya hanyalah suatu amalan paganisme yang sesat dan tak boleh digunapakai. Suatu amalan yang sebenarnya berbentuk kesyaitanan kiranya kita mempercayainya.

Sebelum berakhir, aku nak bawakan parody horoskop yang dikeluarkan oleh Saharil. Beliau memang setiap tahun akan keluarkan entri zalim pasal horoskop ni sebagai penentangan terhadap mereka yang mempercayai horoskop ni.


Tuesday, December 7, 2010

Inspira VS Lancer

Proton bulan lepas telah melancarkan model baru keluarannya iaitu Proton Inspira. Katanya Proton bukan hanya sekadar menukar lambang Mitsubishi kepada Proton, tapi ianya diperbaiki lagi mengikut citarasa Proton sendiri. Apa-apapun harga Proton Inspira memang jauh lebih murah dari Lancer. Cuma dari segi kualiti aku tak sure sebab belum dengar ada kawan-kawan aku yang dah pakai Inspira ni.

Lagipun aku ada sedikit kecewa kerana aku ada jugak plan nak beli Lancer tu. Tiba-tiba Proton keluarkan klon Lancer pulak. So batalkan niat ajelah. Aku taknak buat apa-apa review pasal Inspira VS Lancer ni. Cuma aku ada kumpulkan sikit gambar-gambar kat bawah ni untuk korang nilai kualiti kedua-dua model ni. Jangan lupa ye kat bawah sekali tu ada parody Hitler pasal Inspira ni. Just for fun. Hahahaha.

Memperkenalkan Proton Inspira





VS






Banglar King Kong - Sangat Fail

Aku terjumpa satu trailer rasanya sebuah filem yang ditayangkan di Bangladesh. Sangat kelakar dan sangat fail. Tapi satu cubaan yang baik untuk sebuah negara mundur. Perhatian, sekiranya anda hendak mencarut semasa menonton video ini, sila pastikan tiada kanak-kanak di sekeliling anda yang boleh mendengar carutan itu.

Monday, December 6, 2010

Bohong Lagi

Aku malas nak cakap banyak pasal isu ni. Tapi korang fikirlah sendiri. Dulu nak kata Pak Lah cakap macam lalang. Sekarang camne?



Keratan November lepas


Ni keratan dua tiga hari lepas.

1 Malaysia. Rakyat Didahulukan (membayar). Pencapaian (kita) Diutamakan.

Sunday, December 5, 2010

MLMers Gath

Satu perjumpaan para pengamal MLM telah diadakan di Afrika Selatan. Kelihatannya para pengamal MLM kini sudah semakin berjaya dengan hasil kutipan dari hak orang lain sehingga mampu membeli kapal terbang sendiri dan mengupah juruterbang persendirian.


Kelihatan semua kapal terbang para pengamal MLM di parking kapal terbang di sebuah tempat yang tidak diketahui di Afrika.

Dengar cerita perjumpaan ini diadakan bagi menukar strategi closing untuk menipu rakyat Malaysia yang sudah tahu pekung para pengamal MLM yang telah dibongkarkan oleh Aidid Muaddib. Mereka juga merancang untuk mengasaskan satu lagi syarikat baru, dengan kaedah skim piramid terbaru, 'patuh syariah' dan dengan strategi penipuan terbaru untuk terus merompak duit rakyat Malaysia khususnya berbangsa Melayu bagi memperbanyakkan lagi himpunan duit haram di dalam akaun mereka. HAHAHA.

Kredit to Media Siber.

Saturday, December 4, 2010

Gadget Terawal Dunia

Adakah korang semua peminat gadget dan teknologi seperti laptop, jam tangan digital dan lain-lain gadget yang sudah sangat convenient pada ketika ini? Pernah tak terfikir bagaimana rupanya perlatan yang korang pakai tu di awal penciptaannya. Hari ni aku nak dedahkan 12 antara gadget paling awal di dunia.


Model pertama Sony Walkman - 1979

Jam tangan digital pertama keluaran Pulsar - 1970

Pemain VCR pertama The Telcan - 1960

Regency TR1 - Radio transistor pertama 1954

IBM SImon 1993 - Smart phone pertama

ANITA - kalkulator digital pertama 1961


Laptop pertama 1975

Dan beberapa lagi gadget lain yang boleh dilihat di sini

Thursday, December 2, 2010

Catch Me If You Can - The Malaysian Version

Aku macam nak tergelak hari ni bila baca berita pasal seorang "doktor" di Klang. Doktor tipu ni sebenarnya adalah seorang bekas askar. Beliau telah menyamar menjadi seorang doktor selama lebih kurang 2 tahun dan telah menyambut kelahiran 9 orang bayi dalam tempoh "perkhidmatan" beliau sebagai "doktor."

Semuanya terbongkar apabila salah seorang staff klinik swasta berkenaan telah membuat laporan polis terhadapnya kerana mencabulnya semasa bekerja. Siasatan menunjukkan beliau hanya ada diploma di dalam bidang perubatan dan pernah berkhidmat di hospital tentera di Melaka sebelum menjadi seorang "doktor."

Yang peliknya tu 'doktor' berkenaan 'Dr.' Helmi Abdul Hamid dah pun bekerja di tiga klinik swasta sejak dua tahun lepas. Apa majikan dia tak check ker? Penipuan di siang hari. Aku teringat satu filem yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio yang juga melakonkan penipuan ala-ala doktor ni. Tapi dalam cerita tu lagi banyak profession yang dia tipu termasuklah peguam dan juruterbang. Tak sangka di Malaysia pun ada juga conman ala-ala Frank Abagnale Jr.


Tapi aku rasa kalau nak buat movie pasal doktor ni boleh buat tajuk "I am Busted."
HAHAHA


Credit to - Utusan Malaysia

Wednesday, December 1, 2010

Pakai Gelang Merah Ketika Period

Di Norway, para pekerja wanita diarahkan untuk memakai gelang benang merah ketika waktu bekerja sekiranya mereka datang bulan pada minggu tersebut. Tujuannya adalah kerana memberi 'silent explanation' kepada bos sebab mereka kerap ke tandas berbanding dengan hari-hari lain yang tidak 'kotor'.

Perkara ni dikuatkuasakan kerana para bos syarikat di Norway hendak mengurangkan 'lost of productivity' yang kononnya disebabkan oleh kekerapan ke tandas oleh pekerja wanita. Kajian juga menunjukkan bahawa 1 daripada 3 syarikat di Norway telah memasang CCTV di dalam tandas pejabat mereka.

Apa la punya annoying orang Norway ni obsess sangat dengan kerja diorang. Sampai orang nak ke tandas pun nak control ke. Tapi rasanya kalau di Malaysia dibuat macam ni, mau jadinya huru-hara orang marah. Tapi aku ada satu cadangan, apa kata kalau diorang period tu pakaikan gelang AC Mizal? Nampak glamour skit ya'll. LOL....


Kalau period kena pakai gelang ni kat Norway.

Sumber asal : Daily Mail

Tuesday, November 30, 2010

Ibu Mertuaku in Facebook?

Aku suka karya-karya Giantpolar ni. Really awesome and genius. Karya-karya beliau adalah karangan sekiranya watak-watak di TV yang kita recognize menggunakan Facebook. Kat bawah ni aku tunjuk salah satu karya yang aku suka.




Nak lagi? Klik kat sini.

The Pipe Musician

Sebenarnya aku takde modal nak tulis apape arini. Tapi ada satu video yang sangat cool dari youtube. Diorang ni mencipta alat sebuah alat muzik daripada paip air PVC. Sangat cool. Post asal dari blogserius.



Korang teka la sendiri lagu apa dia main.

Sumber asal - Blogserius

Monday, November 29, 2010

Siri Agak Seram - Boleh Tahan Seramnya

Aku dapat link Youtube ni dari blogserius. Maxhits ni memang aku rasa team yang sangat dalam pembikinan produksi video. Tapi mungkin kurang berminat dalam pembikinan filem panjang macam yang dR. Rozmey yang perasan tu, maka diorang ni buat la filem pendek. Boleh tonton di Youtube secara percuma. Apa yang aku suka dalam video diorang ni, seni sinematografi yang kelihatan sangat pro dan video editing yang cemerlang.

I wish they can make one horror movie one day, and also kicking off the Rozmey that only knows to trash talking only. Layan...


Gempar - Harry Potter Sebenar Mati 71 Tahun Lepas

Aku tahu memang ramai peminat kepada tulisan novel fiksyen J.K Rowling iaitu siri Harry Potter. Kerana popularnya Harry Potter novel tersebut telah diadaptasi kepada pembikinan siri Harry Potter di Hollywood yang sudah sampai siri ke tujuh. Aku pon tak ikut sangat siri Harry Potter ni walaupun pernah menonton 1-2 siri movie ni.

Tapi hari ini Daily Mail telah mendedahkan bahawa Harry Potter memang wujud dalam dunia sebenar. Tapi Harry Potter sebenar bukanlah seorang ahli sihir macam yang ditonton korang semua tu. Tapi beliau adalah seorang askar yang telah terbunuh dalam satu serangan hendap yang berlaku di Israel pada tahun 1939. Maknanya semasa peperangan menubuhkan negara haram Israel dahulu.

Kubur Harry Potter sekarang berada di Ramla, Israel yang mana pada ketika ini menjadi tumpuan pelancong terutamanya kepada peminat siri Harry Potter itu. Apalah punya bodoh orang putih yang nak menonton Harry Potter sebenar yang tak ada kena mengena langsung dengan novel J.K Rowling tu.

Harry Potter sebenar
Private Harry Potter . Sebelah tu kubur beliau di Ramla, Israel.


Harry Potter tiruan.
Daniel Radcliffe, pemegang watak Harry Potter karya J.K Rowling


Majlis Pengkebumian Private Harry Potter pada 1939.
Beliau mati pada usia 19 tahun.



Sumber asal : Daily Mail

Sunday, November 28, 2010

ACK - Belum Puas Menipu

Lagi cerita dari Aidid Muaddib. Dengar cerita semasa tarik bersama PERKASA, ada pulak satu mamat yang mengaku dia adalah Aidid. Bila aku dengar cerita ni aku macam nak gelak sambil berguling-guling. Nak lagi sedap, lepas dah ngaku jadi Aidid siap mintak maaf bagai pasal tulisan dalam blog yang menghentam ACK dan konco-konconya.

Waddehel man. Tak habis-habis nak berlakon diorang nih. Kalau ye pun tak boleh nak counter back kat pendedahan yang Aidid buat, kau keep it quiet dan tunggulah polis yang katanya sedang membuat "siasatan" kepada Aidid tu. Then let the mahkamah judge who is the real conman. Is it Aidid or AC and his friends. Bring up the proof and sue Aidid in court if you dare to.

Some more, there's new screen shot of cheque yang tak seberapa amaunnya dipaparkan di web ACK. More lies? Yup. I think so. Satu lagi penipuan di siang hari secara terang-terangan yang bakal dipercayai oleh orang bodoh atau orang yang tak pernah tahu pasal akaun semasa yang boleh dibuka di mana-mana cawangan bank perdagangan di Malaysia ni. Boleh ke mereka ni tunjuk kat public cek yang dah berzaman tak pakai tu. Cek lama yang dah tak laku lagi diguna di mana-mana bank di Malaysia tu. Agak kalau aku tunjuk kat pakcik jiran aku yang ambil pencen tiap-tiap bulan pakai cek tu pon dia tahu yang cek tu dah tak boleh pakai lagi. Penipu jenis apa diorang ni?


Dah la tu, tak kira lagi orang yang dah join skim ACK ni yang dah setahun lebih tak dapat duit yang dijanjikan. Mana janji manismu ACK? Aku rasa ada baiknya kalau korang berhenti dari terus menipu rakyat Malaysia ni. Kesian. Dah la buat loan, lepas tu masuk skim ni yang tak nampak-nampak hasilnya. Pintu taubat masih terbuka. Semoga Allah berikan kamu semua petunjuk dan hidayahnya.


Sumber asal : Aidid Muaddib

Friday, November 26, 2010

Nabi Sulaiman VS Final Destination

Aku terdengar satu kisah yang aku tak pernah dengar sebelum ni pasal Nabi Sulaiman di kuliah subuh pagi tadi. Kisahnya, pada suatu hari sedang Nabi Sulaiman duduk bersama sahabat-sahabatnya tiba-tiba datang malaikat maut masuk ke istana Nabi Sulaiman. Malaikat maut tersebut berupa wajah seorang lelaki. Nabi Sulaiman menyangkakan yang malaikat maut tersebut datang untuk mengambil nyawanya. Maka beliau tidak beralih pandangan kepada malaikat maut tersebut semasa bercakap dengan sahabat-sahabatnya. Akan tetapi, malaikat maut itu tidak beralih pandangannya pula memandang kepada salah seorang sahabat Nabi Sulaiman. Selepas malaikat maut itu berlalu pergi, sahabat beliau yang ditenung oleh malaikat maut tadi pun bertanya. "Kenapa engkau tidak lepas-lepas memandang lelaki yang baru masuk ke dalam sini tadi? Siapakah dia?"

Nabi Sulaiman menjawab, "Dia adalah malaikat maut, datang ke sini mahu mengambil nyawa kamu." Sahabatnya itu terkejut dan ketakutan lalu meminta Nabi Sulaiman menghantarnya ke India bagi mengelakkan untuk dicabut nyawanya oleh malaikat tersebut. Nabi Sulaiman memperkenankan permintaannya dan menghantar sahabatnya itu dengan memerintahkan jin menghantarnya ke sana.

Tidak lama kemudian, malaikat maut itu muncul semula dan berjumpa dengan Nabi Sulaiman. "Aku sebenarnya diperintahkan Allah untuk mencabut nyawa lelaki sahabatmu itu. Tetapi peliknya Allah memerintahkan aku mencabutnya di India sedangkan sahabatmu itu tadi berada di sini."

---

Aku sedikit ketawa bila dengar kisah ni. Dan serta merta teringat filem Final Destination yang dah sampai siri ke berapa tah. Pengajarannya sama. Mati adalah satu yang tak boleh dielakkan, tidak boleh ditangguhkan sesaat atau dicepatkan sesaat. Pantang maut sebelum ajal. Same goes to filem Final Destination tu. Survivor pada awal cerita dapat visi tentang kemalangan. Then try selamatkan yang lain padahal sebenarnya yang terselamat tu memang bukan ajalnya pada kemalangan di awal cerita. Memang nak mati kat tempat lain. Terselamat pada kemalangan awal tu hanya nak jadi sebab supaya dia boleh mati di tempat lain yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

Aku tersenyum sendiri bila teringat kisah ni. Semoga kita semua diambil semula oleh Allah dengan sebaik-baik kaedah kematian. (husnul khatimah).

Tuesday, November 23, 2010

Afghanistan Yang Kasihan

CBS hari ini melaporkan suatu kajian yang dibuat tentang rakyat Afghanistan mengenai peperangan yang melibatkan mereka dan tentera US. Keputusan yang memeranjatkan apabila kajian itu menunjukkan 92% daripada mereka tidak tahu apa-apa tentang peristiwa 9/11 yang sudah hampir menjangkau 10 tahun itu. Then for what they are fighting back for? Ya, mereka hanya tahu tentera Amerika datang kerana hanya hendak memusnahkan Islam. Dan atas sebab inilah yang mereka melawan selama ini. Mereka tidak tahu apa-apa tentang 9/11. Poor Afghanis. Inilah yang dikatakan sebagai perjuangan. Perjuangan yang paling ikhlas yang pernah aku dengar dalam sejarah peperangan moden. Sesungguhnya Amerika jahannam itu telah melakukan suatu pencabulan besar-besaran kepada mereka ini seperti orang tua yang merogol kanak-kanak yang tak mengerti apa-apa.


Askar Afghanistan yang menyerah senjata mereka seperti yang dipertontonkan kepada media pada 4 Nov lepas. Berlaku di Herat Afghanistan.


Sumber asal : CBS

Monday, November 22, 2010

The Phone Story

Aku memang seorang penggemar teknologi. Namun macam tu aku bukanlah seorang yang jenis pakai barang sekejap lepas tu tukar beli lain. Aku suka guna suatu gadget tu dengan fully utilize sampai gadget tu jahanam then baru aku beli yang baru. Baru-baru ni aku beli HTC Wildfire untuk wife aku tapi aku pakai dulu sementara aku nak beli phone lain. So dalam history hidup aku ni adalah first time aku beli smart phone yang touch screen. Memang agak mengujakan pakai smart phone ni terutamanya bila sedang explore features-features baru yang tak pernah ada pada phone lama aku tu (SE W660i). Malangnya phone lama aku tu hilang ketika aku belum sempat nak transferkan data dan no phone aku yang beribu dalam tu.

Anwway, bukan nak cerita pasal HTC Wildfire atau SE lama aku tu. Tapi nak cerita new target aku sebelum habis tahun ni iaitu HTC HD7. Pada asalnya aku nak sambar HTC HD2. Tapi memandangkan ada new version of HTC in HD family ni, rasanya nak sambar yang ni kot.

Kenapa aku stim sangat dengan HTC ni berbanding satu lagi smartphone yang menjadi kegilaan ramai -- Blackberry. Aku dah usha Blackberry ni dekat 3 bulan lepas. Setiap kali aku pergi kedai, pegang mana-mana model Blackberry, aku akan tanya diri sendiri. "Why should I buy something that I'm not interested but crazy by others?" So aku decide tak ambil Blackberry. Aku tak stim. Apsal tah. Mungkin sebab interface yang tak berapa cun atau aku tak nampak apa yang menarik dalam Blackberry tu.

Kat bawah ni aku ada post video HTC HD7. Berplatformkan Windows Phone 7. Ada GPS, Bluetooth, WiFi, dan lain-lain fungsi yang wajib ada pada smart phone. Aku tak berapa pandai nak review phone ni sebab ni la first time aku menulis review pasal phone ni. So layan jer video kat bawah ni. Kalau aku dah pakai nanti aku review secara banyak yang boleh.

Sunday, November 21, 2010

Juruterbang Mengantuk dan Terhempas

Berlaku di India kira-kira Mei lepas. Susulan siasatan terkini menunjukkan juruterbang yang mengantuk adalah menjadi punca nahas kapal terbang yang berlaku di India pada Mei lepas tahun ini. Air India Express yang terlibatdalam nahas itu telah mengorbankan 158 nyawa. Aku tak sure juruterbang pesawat itu Zlatko Glusica terselamat atau tidak dalam nahas tersebut.

Aku ingat memandu kereta ketika mengantuk saja yang boleh meragut nyawa. Rupanya menerbangkan pesawat pun mempunyai risiko yang sama jugak. Malah lebih banyak nyawa yang terlibat. Berhati-hati memandu di jalanraya dan di ruang udara.


Nasib baik jatuh tengah hutan. Kalau tengah bandar?


Berita asal Al-Jazeera

Saturday, November 20, 2010

Berhala Krismas

Apasal rakyat Malaysia sekarang dah berlumba-lumba nak buat semua paling besar. Nak pecah rekod Malaysia Book of Records. Yang peliknya kalau melibatkan berhala macam dalam gambar tu. Agaknya ni la 1 Malaysia konsep yang nak dicapai tu.

Anyway, apa yang aku suka berhala ni dibuat dari botol plastik terpakai. Memang cool kalau tengok dari jauh. Benda ni ada kat Jusco Bandaraya Melaka. Nak tengok datanglah sendiri.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, November 18, 2010

Pak Sheikh Vs Me?

Ini juga entri asal daripada Obefiend dari Blogserius . Kegilaan Pak Sheikh ni modified kereta 4WD menjadi Black Spider katanya. Yang bestnya kereta ni sangat mirip sebuah kereta yang aku sangat kenal. Tengok ni.




VS





























Can you see the similarity? LOL!!

Lagi Fail!!

Aku memang suka jalan-jalan dan ambil gambar. Walaupun aku tak ada kamera DSLR, tapi aku tetap suka ambil gambar. Kadang-kadang aku menyampah jugak tengok kalau orang pakai DSLR berlagak macam terror padahal amatur jek. Eh, apa citer DSLR lak ni. Aku nak upload 2 gambar yang fail. Aku suka ambil gambar yang fail terutamanya pasal salah ejaan dan penggunaan tatabahasa yang salah. Mungkin DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka perlu ambil perhatian masalah ni terutamanya kalau ianya melibatkan signboard yang besar-besar dan too public kepada orang ramai. Jangan nanti orang akan kata Bahasa Melayu ni tak ada value kerana orang boleh suka hati nak eja macam mana dan boleh diguna ikut suka.


"Kami akan cuti kecermasaan 27/6 to 29/6. Star30/6 star niaga. Harap maafkan. TQ."


Nak cari pekerja ke nak cari kerja?




Streamyx ker Stremix? 10Mb?

Sample ke Semple?

Yang ni aku tak tau. Mungkin ejaan Cendelela tu sengaja diunikkan untuk nama kedai tu.

Apa-apapun, semua gambar dalam entri ni FAIL!!

Nak Jadi Imam Punya Pasal

Perkara ni berlaku di Pakistan. Sekurang-kurangnya 18 orang tercedera dalam kejadian tembak-menembak di sebuah masjid di Khuzdar dalam sebuah daerah di Baluchistan. Semuanya bermula apabila dua puak yang bertelagah siapa yang sepatutnya menjadi imam bagi Solat Aidiladha di sana. Dikatakan memang terdapat dua puak tapi aku tak dapat pastikan sama ada ianya berkaitan dengan mazhab atau perkauman. Yang menariknya di Pakistan, pistol dan senapang merupakan suatu yang dibawa kemana-mana (everyday carry) hatta ke masjid pon mereka akan bawa. Kasihan sungguh Pakistan ni, belum sempat sembelih lembu atau unta untuk dibuat korban, dah mati dah 18 orang yang terkorban hanya kerana nak jadi imam punya pasal. Kalau kita di Malaysia bab imam mengimam ni, semua nak tolakorang lain. Lain pula halnya di Pakistan.

Haiwan peliharaan yang nak dikorbankan dibawa oleh dua pemuda Pakistan. Kambing ni pun tak sempat korban lagi dan 18 orang mati dulu kena tembak.

Rezeki dan Usahawan

Nak cerita lagi pasal 9/10 rezeki ni datang dari perniagaan. Sebenarnya kadang-kadang saya kadang-kadang sedikit emo bila ada orang datang kepada saya, dan bertanya itu dan ini pasal nak mulakan perniagaan. Macam mana nak dapat modal, macam mana nak maintain hutang bulan-bulan, macam mana nak cari market dan berbagai lagi. Kalau setakat sekali dua tu memang saya suka nak cerita. Tapi kalau dah berbelas kali tu kadang-kadang tu emo la jugak. Tapi apapun saya tetap memberi galakan dan nasihat yang positif kepada mereka yang berminat dan nak bertanya.

Sebenarnya bila jadi usahawan kita akan dapat tahu betapa bernilainya masa kepada kita. Kita akan sedar betapa bergantungnya kita kepada tuhan. Dan kita akan menjadi sangat percaya bahawa hanya tuhan saja memberi rezeki dan rezeki tidak datang dari tangan majikan kita, kerajaan kita, pelanggan kita, syarikat yang kita bekerja atau sesiapa sahaja yang kita gantungkan rezeki itu pada ketika ini.

Untuk menjadi seorang usahawan anda tidak perlu menjadi seorang genius. Atau anda juga tidak perlu untuk mengetahui sangat dalam akan selok belok suatu perniagaan. Anda juga tidak perlu untuk terlalu bermati-matian kerana wang kerana anda kena sangat perlu berpegang yang rezeki kita itu di tangan Allah. Dan Allah akan memberi kita rezeki dari sumber yang kita tidak pernah akan sangka. Untuk jadi usahawan, ada sesuatu yang paling perlu anda ada iaitu KEMAHUAN. Ya! kemahuan anda adalah yang paling perlu tanpa anda menoleh kebelakang atau melihat risiko yang bakal anda lalui di hadapan anda.

Kalau hari ini anda masih takut-takut untuk bertindak mengubah hidup anda kepada menjadi seorang usahawan dan menadah tangan dari tempat anda bekerja sekarang di samping motivasi yang semakin berkurang, memaki-maki bos anda dan pening kepala setiap hari, percayalah anda tidak akan ke mana. Anda juga akan menjadi cemburu kepada kawan atau mana-mana usahawan lain yang telah memulakan langkah walaupun dengan sekecil-kecil langkah dan terus mendaki tangga kejayaan yang mana anda masih di bangku lama anda masih lagi memaki bos anda.

Dont be a loser. Kita tidak akan berjaya kalau kita tidak bermula. Kerana tembok yang paling besar yang anda harus pecahkan adalah minda anda sendiri untuk memulakan langkah ini. Dalam Hijrah itu ada kejayaan dan cabaran kejayaan yang paling sukar ialah memulakan langkah kejayaan anda itu.

Satu lagi entri yang dikeluarkan untuk shufaad.com.

Wednesday, November 17, 2010

Bahasa Kita

Tahukah anda kita terkadangnya selalu mengagungkan bahasa Inggeris sehingga dalam sesetengah perkara kita lebih gemar berbahasa Inggeris dari berbahasa Melayu. Akan tetapi percayakah anda yang Mat Saleh tu juga sebenarnya suka belajar dan berbahasa Melayu lebih daripada kita menghargainya. "Oh, I'm feel silly when I speaking in Malay." Mesti anda tahu pasal isu ni yang melibatkan seorang pelakon terkenal pada satu malam anugerah beberapa tahun lepas.

Aku post video kat bawah ni sebagai nak tunjukkan kadangkala orang asing lebih menghargai bahasa kita lebih dari bangsa kita sendiri. Siap buat satu parody sebagai tribute kepada P. Ramlee. So fikir-fikirlah. Bahasa Jiwa Bangsa.








Cayalah lu bro!

Anwar VS Cage

Hari ni aku nak share satu entri yang agak serius. Ini adalah karya Obefiend di Blogserius yang sangat cool. So siapa lagi cool dalam gambar ni?


HAHAHAHA!!


Kredit to Obefiend

Tuesday, November 16, 2010

Fail Banner

Arini aku nak share satu gambar yang diambil oleh kawan aku yang tinggal kat Perak. Kalau korang perasan dalam banner ni tarikh yang ditulis di banner tersebut adalah 17 Zulhijjah 1431 Hijrah. What?? Setau aku Raya Korban adalah pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Aku agak sensistif skit kalau bab-bab pencemaran bahasa atau something error yang dipublish secara public ni. Nah tengok ni.


FAIL!!

Sunday, November 14, 2010

The War Is On

Aku rasa korang mesti ada terbaca pasal isu AC Konsortium a.k.a ACK yang telah diserang secara bertalu-talu oleh sebuah blog Aidid Muaddib. Blog ini juga telah disokong oleh sekutu beliau iaitu Obefiend di dalam Blogserius yang mempunyai followers yang agak ramai. Obefiend adalah seorang blogger yang terkenal dengan entri-entri parody beliau yang menghanjing sesiapa saja yang beliau rasa tidak puas hati atau bertindak tidak betul.

Aidid Muaddib juga membuka sebuah fan page di Facebook iaitu "Say No To MLM" Yang tidak kurang ramai peminatnya termasuk aku yang hari-hari melepak di page ini mendapatkan info terkini tentang penipuan melalui skom piramid dan MLM scammers. Oleh kerana kepanasan dengan cemuhan dan kutukan oleh para fan di SNTMLM, pengikut ACK telah membuat satu fake blog Say No To MLM melalui laman blogger.com. Di laman ni dia telah berpura-pura menjadi aidid muaddib yang kononnya founder blog ini. Semua fan yang komen di SNTMLM telah ditayangkan mukanya di fake blog ini. Yang menariknya sampai muka aku pon telah ditayangkan di blog ini kerana telah post comment kat SNTMLM. Korang tengok kat bawah nih.


Yang kurang ajarnya tu siap menambah komen asal aku kat fanpage SNTMLM tu. Ni aku kasi korang tengok komen asal aku kat SNTMLM.


So aku rasa korang boleh nampak kurang ajarnya fan ACK ni. Ini adalah penipuan amatur yang paling bangang yang pernah aku tengok orang buat. Kalau nak buat kerja haram tu, tak payahlah nak minta simpati orang ramai buat laporan polis bagai, report kat media yang tak berkualiti untuk menegakkan benang yang basah. Dah sah-sah memang kau tipu, duduk diam sudahlah. Aku harap pihak KPDNKK dan PDRM juga SKMM akan bertindak adil dalam kes ini. Jangan disebabkan kerana orang yang menjadi dalang ini berprofil tinggi (kononnya) pihak berwajib ini nak membiarkan mereka ini terus menipu masyarakat Melayu di Malaysia. Aku sangat kasihan melihat kakitangan kerajaan khasnya yang sanggup berhutang bank hanya kerana skim ini yang tidak tahu masa depannya. Akhirnya duit tak dapat dan hutang bertambah. Makin sesaklah hidup diorang ni. Berhati-hati dengan penipuan ini. Sesungguhnya Allah bersama mereka yang berada di pihak yang benar.

Wednesday, November 10, 2010

Masih Tak Berkesudahan

Minda lama masih lagi tegar bersama jiwa Melayu yang sudah merdeka lebih 50 tahun ni. Walau dari segi ekonominya sudah maju, tapi jiwa Melayu, sifat Melayu, sikap Melayu masih lagi di situ. Masih lagi dengan cas-cas negatifnya yang membuat Melayu masih lagi punya tembok besar menjadi lebih maju dari segi mentalitinya.

Aku yang tak faham ke atau sebenarnya mereka yang masih berperangai macam ni yang ketinggalan sebenarnya. Mahu saja aku buka satu blog khas, merungkai 1001 perangai Melayu yang aku tak berkenan atau yang aku segala apa macam sifat negatif Melayu yang aku nampak untuk dihentam. Atau sebenarnya sikap ini ada pada semua bangsa yang dimerdekakan kononnya dan merupakan suatu bangsa yang mundur satu masa dahulu.

Mengapa masih lagi ada perangai ikut-ikutan dengan orang. "Kalau orang tak pergi aku tak pergi la." Walaupun pemergian itu mampu merubah hidup seorang anak Melayu. Mengapa hari ini masih lagi ramai yang malas bekerja kerana terlalu memilih sedangkan pelajaran diri sendiri tu tidaklah setinggi mana. Apa nak jadi anak Melayu kini.

Aku sangat sedih melihat perangai ini. Perangai yang aku jangka sudah berubah di alaf baru. Di sebuah era kebangkitan semula Islam. Apa Nabi Muhammad itu masih tidak cukupkah untuk orang Melayu Islam untuk merubah perangai dan sikap mereka? Atau Al-Quran itu belum lengkapkah untuk mereka ikut sedangkan itu sahaja manual yang tuhan bekalkan untuk kita yang sangat pasti sempurna untuk kita ikut.

Sedarlah! Kalau kita masih berfikiran bodoh, maka orang lain akan terus memperbodoh kita walau berperi-peri kita kata kita tidak bodoh. Dan harus punya jatidiri sendiri tanpa ada taqlid atau ikut-ikutan yang akhirnya kita terlepas peluang untuk terus melangkah jauh membina empayar kita sendiri.

Tuesday, October 19, 2010

Kembali

Akhirnya dia kembali. Kembali setelah sekian lama menyepi, bercuti atau mungkin merajuk. Terkadang aku rasa kehilangannya merupakan suatu ujian. Mungkin juga ia jadi satu kifarah dan peringatan kepada aku yang mungkin terlupa akan nikmatnya.

Aku harap kembalinya dia hari ini tidak akan pergi lagi. Yang buruk jadikanlah sempadan. Semoga Allah sentaiasa melindungi kami sentiasa.
Published with Blogger-droid v1.6.3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget