Skim piramid diharamkan kerana terdapat unsur-unsur riba di dalamnya kerana menjalankan pelbagai transaksi dalam satu akad sedangkan transaksi lain yang dijalankan tidak ada kena mengena dengan transaksi awal dan pihak yang berada di atas mendapat keuntungan di atas transaksi yang dijalankan oleh downline.
Ia juga menjadi gharar sekiranya perniagaan tersebut hanya berasaskan wang tanpa mempunyai sebarang produk di dalam transaksi tersebut.
Bagi aku dalam perniagaan seperti ini, adalaj lebih baik dijauhi kerana unsur penipuan adalah lebih banyak berbanding dengan kesucian sesebuah perniagaan tersebut. Ianya lebih kepada penganiayaan dalam transaksi yang besar dengan dijanjikan keuntungan berlipat ganda. Adakah kita sanggup menggadaikan agama dan tidak mempedulikan hukum hanya kerana ingin menjadi jutawan dan wang yang banyak? Hukum skim piramid ini sudah jelas haramnya yang telah difatwakan oleh ulama' di Malaysia.
Ianya hanya sekadar pergerakan wang ke atas dan bukan lagi perniagaan. Perniagaan bukanlah semata kerana wang sahaja. Tapi ianya adalah berkenaan dengan kesungguhan dan falsafah kita dalam menjayakan perniagaan itu.
Published with Blogger-droid v1.6.5
No comments:
Post a Comment