Thursday, April 29, 2010

Tertipu dan Ke Neraka

Semalam terbaca komen-komen dalam satu entri di blog budakweb.com. Entri tersebut adalah mengenai salib bengkok dan perkaitannya dalam penyelewengan Kristian dan konspirasi penipuan terhadap berbilion pengikut agama Kristian dunia.

Maka bermatianlah pengikut Kristian ini mempertahankan kebenaran agama mereka. Mempertahankan konsep Trinity yang sebenarnya dicedok dari fahaman paganisme. Menyerang semula Islam dengan tuduhan terrorisme yang juga sebenarnya konspirasi menjatuhkan reputasi umat Islam yang masih tegar memegang agama Allah sebagai akidah dan syariat pada akhir zaman.

Terkadang aku sedikit lucu dengan mereka yang tidak tahu dan tertipu. Tapi dari sudut lain aku rasa sangat kasihan kerana mereka telah tertipu dengan konspirasi syaitan dan Dajjal laknatullah. Dan lebih kasihan lagi pabila mereka mempertahankannya. Mereka telah berfikir dengan acuan yang Yahudi telah aturkan. Mereka benar-benar tertipu. Na'uzubillah.

Dan bilamana The False Messiah Dajjal telah datang, maka aku pasti mereka tidak akan dapat membezakan yang mana satukah Isa a.s yang mereka nantikan. Dan aku pasti mereka tidak berupaya membaca tulisan Kaf Fa' Ra' yang terpahat di dahi Dajjal itu. Mereka akan memerangi Isa yang mereka tunggu selama ini. Dan kalau mereka mati sudah tentunya mati mereka itu dalam kekufuran dan sia-sia.

Sesungguhnya fitnah ini amat menakutkan. Fitnah ini amat menyesatkan. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang kegelapan kerana hanya dia yang lebih tahu akan sesuatu yang akan berlaku dan pasti berlaku.

Tuesday, April 13, 2010

Pembohongan Terhadap Al-Masih - Part 2

Seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, kita akan mengupas lanjut tentang pembohongan terhadap al-Masih ni. Dalam cerita Horus atau Rah Horakhty, jalan cerita dan mukjizat yang diceritakan adalah sedikit similar seperti yang diceritkan dalam versi Kristian. Juga terdapat persamaan dari segi mukjizat dan karamah Horus dan Isa dalam semua versi itu.

Mengapa Horus diambil sebagai ikon pembohongan Messiah ini? dan apa pula perkaitannya dengan Dajjal? dan adakah agama Kristian itu juga sudah menjadi salah satu daripada kepercayaan Paganisme sepertimana yang diamalkan oleh pengikut Kabbalah dan Luciferian?

Pada asalnya, agama Kristian merupakan salah satu agama suci yang diturunkan oleh Allah melalui Nabi Isa. Nabi Isa akhirnya telah diangkat ke langit dan dijanjikan oleh Allah akan didatangkan semula untuk kali kedua sebagai menyelamatkan dunia dari fitnah Dajjal yang juga mengakui dirinya juga sebagai al-Masih yang sebenarnya satu pembohongan dan adalah tipu daya syaitan.

Selepas ketiadaan Isa, pengikut paganisme telah menyelewengkan ajaran Nabi Isa dengan mengaitkan nabi Isa sebagai Tuhan atau anak tuhan sebagai jelmaan penyelamatan dalam bentuk manusia. Mitos Horus pula yang dikaitkan dengan sejarah Isa telah menyebabkan Kristian juga sudah menjadi sebuah agama pagan dan tidak lagi sebagai agama yang suci datang dari Allah dengan kemuliaan para rasulnya.

Bentuk salib pada sebenarnya adalah simbol kepada paganisme. Kematian palsu Isa yang disalib dijadikan titik tolak kepada salib ini untuk dijadikan simbolika kepada ritual penyembahan kepada Jesus.

Secara tidak langsungnya, kekeliruan timbul apabila Horus dikatakan menjadi tuhan bermata satu yang juga adalah significant kepada kebangkitan Dajjal di akhir zaman nanti. Secara tidak langsung juga, kekliruan ini juga menjadi akidah kristian yang mana penyembahan tuhan di dalam agama kristian juga adalah penyembahan kepada Horus yang dikaitkan dengan Dajjal.

Entiti Dajjal sebenarnya bukanlah Horus (Rah), dan Horus bukanlah Isa dan Isa juga bukanlah Dajjal. Kita telah ditipu dan dibohongi. Sesungguhnya yang haq tetap adalah haq dan akan sentiasanya membatalkan yang batil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget