Aku rasa dah banyak aku komen pasal pengiklanan di blog ni. Dan selalunya aku akan ketengahkan iklan-iklan yang LOL sebab kelemahan bahasa, kesilapan ejaan dan lain-lain kesalahan. Tapi sebenarnya bukanlah bermaksud untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Tapi sebagai menunjukkan betapa berleluasanya pengiklanan ini tidak dipantau oleh pihak berwajib demi memelihara Bahasa Melayu daripada di carcamarbakan oleh mereka yang kurang sensitif.
Aku rasa mungkin sekarang sudah tiba masa kita bertegas dalam menguatkuasakan penggunaan bahasa yang betul dalam pengiklanan dan mengenakan tindakan kepada pencemaran terhadap bahasa dalam pengiklanan. Mungkin pihak Dewan Bahasa dan Pustaka boleh memikirkan sesuatu. Aku ada satu idea di mana pihak DBP hendaklah menjadi salah seorang panel yang meluluskan mana-mana papan tanda atau signboard yang hendak dipasang oleh syarikat di premis mereka. Caranya , DBP hendaklah meletakkan stafnya di semua PBT yang berada di Malaysia ini. Ataupu seuruh sahaja PBT melantik seorang penasihat bahasa yang akan meluluskan lesen papan tanda yang akan dinaikkan.
Mungkin dengan cara ini masyarakat kita akan lebih menghargai bahasa. Keseragaman bahasa menunjukkan kesepaduan hati dan masyarakat kita. Kita harus berbangga dengan bahasa kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa.
Sebelum berakhir korang tengok iklan ni, Super LOL.
Kredit gambar to Saharil
No comments:
Post a Comment