Wednesday, December 8, 2010

Horoskop dan Kehidupan Manusia

Bila nak masuk tahun baru je ramai orang yang mula buat azam baru, planning untuk tahun depan dan lain-lain persiapan dalam menyambut tahun baru sambil berharap agar kedatangannya akan membawa kehidupan yang lebih baik kepada mereka. Tidak kurang pula yang mula meninjau-ninjau apakah horoskop mereka pada tahun hadapan. Aku tahu dan percaya ramai Muslim yang masih percaya benda karut marut ni.

Sebenarnya horoskop ini lebih menjurus kepada penilikan nasib kita pada masa hadapan. Akan tetapi sebenarnya adalah haram kita mempercayai horoskop yang menjadi seolah-olah tilikan kepada kita hari ini.

Bertenung nasib bukanlah suatu yang baru. Ianya sangat popular ketika zaman Nabi Musa di mana pada ketika itu para pengamal sihir telah menggunakan syaitan untuk meninjau nasib seseorang yang telah ditentukan di Luh Mahfuz. Akan tetapi, syaitan hanyalah menipu daya mereka sahaja. Kelahiran agung junjungan besar kita Muhammad S.A.W telah menyebabkan syaitan sudah langsung tidak boleh mengintai-intai di Luh Mahfuz. Maka sebarang bentuk tilikan masa depan yang diamalkan sekarang adalah karut dan langsung tidak boleh dipercayai.

Mengapa kita harus mempercayai sesuatu yang kita sebenarnya tidak pasti pun sumbernya. Apatah lagi ianya berkaitan dengan untung nasib hidup kita pada masa akan datang. Seolahnya kita menyerahkan kehidupan kita sepenuhnya pada tilikan itu. Satu sahaja yang kita harus pegang, bahawa Allah sahaja yang menetapkan hidup kita dan kita masih lagi berupaya membuat pilihan dan memengertikan pilihan tersebut.

Horoskop adalah suatu yang tak menguntungkan. Ianya hanyalah suatu amalan paganisme yang sesat dan tak boleh digunapakai. Suatu amalan yang sebenarnya berbentuk kesyaitanan kiranya kita mempercayainya.

Sebelum berakhir, aku nak bawakan parody horoskop yang dikeluarkan oleh Saharil. Beliau memang setiap tahun akan keluarkan entri zalim pasal horoskop ni sebagai penentangan terhadap mereka yang mempercayai horoskop ni.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...