Thursday, November 18, 2010

Nak Jadi Imam Punya Pasal

Perkara ni berlaku di Pakistan. Sekurang-kurangnya 18 orang tercedera dalam kejadian tembak-menembak di sebuah masjid di Khuzdar dalam sebuah daerah di Baluchistan. Semuanya bermula apabila dua puak yang bertelagah siapa yang sepatutnya menjadi imam bagi Solat Aidiladha di sana. Dikatakan memang terdapat dua puak tapi aku tak dapat pastikan sama ada ianya berkaitan dengan mazhab atau perkauman. Yang menariknya di Pakistan, pistol dan senapang merupakan suatu yang dibawa kemana-mana (everyday carry) hatta ke masjid pon mereka akan bawa. Kasihan sungguh Pakistan ni, belum sempat sembelih lembu atau unta untuk dibuat korban, dah mati dah 18 orang yang terkorban hanya kerana nak jadi imam punya pasal. Kalau kita di Malaysia bab imam mengimam ni, semua nak tolakorang lain. Lain pula halnya di Pakistan.

Haiwan peliharaan yang nak dikorbankan dibawa oleh dua pemuda Pakistan. Kambing ni pun tak sempat korban lagi dan 18 orang mati dulu kena tembak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...