Friday, February 18, 2011

Video M Luthfi Yang Troll

Aku suka juga tengok video budak Luthfi ni. Seorang student Malaysia dari Utara yang belajar di oversea. Tapi aku tak sure kat mana. UK kot. Videonya simple, intermediate humor and acceptable. Daripada korang menonton Cik Shida dari Parit yang ntahapahapantah tu, Ok lagi video si Luthfi ni. Ada skit sentuhan sindiran kepada rakyat Malaysia tentang isu sivik. Ni salah satu video terbaru beliau.




Lagi video dari beliau di sini

Wednesday, February 16, 2011

P1 Now In Melaka


Yahoo.... P1 dah sampai Melaka. Dan dengan sukacitanya aku nak menunjukkan speedtest P1 yang baru aku buat kat kedai kawan aku nih. Haaa.... puas hati? So korang takyah la subscribe P1 ni kat Melaka. FAIL!. Tunggu je Unifi dalam tahun ni jugak akan launching, Bila tu aku tak tahu. Tunggu jer la. Tak pun korang pakai jer Streamyx.

Monday, February 14, 2011

MLM & Skim Piramid - Sama Jek

Hari ni aku nak post satu artikel tentang realiti sebenar MLM dan Skim Piramid. Ramai yang masih keliru sama ada ini adalah perniagaan ataupun hanya sebuah manipulasi sistem dan manusia yang selalu tidak cukup duit. Pada hemat aku, MLM bukanalah sebuah perniagaan. Ianya sekadar 'money game' yang hanya push up the money to the upper level. Walaupun aku banyak kali mendengar daripada MLMers yang mengatakan "kalau kau buat betul2, income kau pun boleh lagi banyak dari upline." Tapi itu bukan isunya, Sebab isitem MLM tu sendiri memang dah didesign sedemikian rupa. Kepada sahabat-sahabat aku, yang masih bergiat dalam MLM ni, aku harap korang boleh berubah selepas membaca artikel ini. Sekurang-kurangnya membuka sedikit minda dan keluar dari kepompong MLM yang dah menguasai minda korang tu

Say No To MLM

Objektif: Mendidik dan menghalang masyarakat dari menyertai skim MLM dalam apa jua bentuk.

Kenapa MLM adalah skim piramid?

- Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk

- Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk

- Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah 'atas angin'.

- Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.

- Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.

Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor:

- Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebut selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.

- Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih 80% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.

- Anda diajar menipu untuk menarik bakal- bakal downline dengan janji- janji yang tidak masuk akal.

- Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu 'sistem', bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai 'nature of business'. Anda sebahagian daripada 'sistem' yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.

- menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar

- Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulangan berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.

- Sistem 'pelan pemasaran' yang amat meragukan dari sudut Syariah.

Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam:

- Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.

- lebih daripada 90% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal,apatah lagi untung.

- Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia; kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.

- Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai dibawah anda

- Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah

- Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat

komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.

Alasan- alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:

- Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia

- Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.

- Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM

- Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil

- Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.

- Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda

- pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik.

- "Jika saya boleh, anda tentu boleh". Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal

Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:

- Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat

- 'Pelan pemasaran' yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai

memudahkan mereka memutar belit fakta

- Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.

- Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa "jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalakn sistem MLM."Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.

- Mempunyai dana yang besar untuk 'menutup' mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan

Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?

- Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.

- Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 'mind control'

(nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)

- Disajikan dengan gambar2 org2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu

- 'In state of denial.'

tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.

- Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke20, jadi tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.

- Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah,maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.

Untuk renungan:

- Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar, biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. halaman web, e-mail dan nombor telefon

boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut untuk melihat dengan mata anda sendiri.

- Logikkah harga sebotol minuman 'kesihatan' berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat dibuktikan secara sahih. Sijil dan anuherah boleh dibuat oleh sisapa saja.

- 8/10 daripada rakan/saudara/keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi komen yang negatif. Kenapa?

- Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang

memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah 'cukup duit'.

- Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?

- Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai 'sistem', bukan 'produk'.

- Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.

- Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 80%, adakah 80% rakyat kita bodoh?

- Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang- cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yang semata- mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.

- Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.

- Piramid yang tidak mempunya 'tapak' akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.


Post Asal : Fan Page Say No To MLM

Sunday, February 6, 2011

Hantu FLOM

DISCLAIMER

Entry ini adalah parody, terpulanglah kepada kebodohan anda untuk mempercayainya. Sila maksimakan audio PC anda untuk impak maksima.



Kredit to Malaysianews

Friday, February 4, 2011

Negatif Positif Halal Haram Sah Tak Sah

Dah lama tak menulis untuk mengasah minda dan membelasah kepala otak yang sebenarya hebat. Masih terdapat lagi sekumpulan Melayu yang kurang cerdik atau dalam erti kata lain bodoh dalam menilai sesuatu yang kita katakan sebagai perkara positif dan negatif, halal dan haram serta sah dan tidak sah (legal and illegal).

Sepertimana biasa entri ini aku tidak akan pinpoint kepada sesiapa. Tapi bak kata Melayu juga siapa yang makan cili dia akan berasa pedas. Dalam kita mengusahakan sesuatu yang kita panggil mencari rezeki sudah tentu ada perkara-perkara yang aku sebut seperti di tajuk. Dalam pada itu sekiranya kita melakukan sesuatu yang nampaknya sudah mula akan membuahkan hasil, maka kita akan rasa sayang untuk meninggalkannya dan kalaupun baru kita tahu usaha itu sebenarnya adalah suatu yang haram diusahakan. Maka berkeraslah kita untuk mempertahankan suatu yang sedia batil mencari jalan agar boleh dihalalkan dengan jalan harus atau sekalipun sekadar syubhah.

Kita tidak akan cenderung mengkajinya dengan hati yang liberal, dan berlandaskan hukum syariah. Tapi kita hanya akan mencari jalan supaya boleh dihalalkan ianya itu meskipun akhirnya kita membuka sendiri pekung di dada dan memperlihatkan segala keboodohan yang kita miliki setelah sekian lama tiada orang pon yang mengetahui akan kebodohan kita itu.

Mengapa harus dicampuradukkan segala macam halal haram, sah dan tidak sah itu. Dua perkara yang berbeza. Sah dan tidak sah itu juga dua perkara berbeza jika dipandang dari sudut syariat dan perundangan negara. Bila membicarakan suatu isu, sesetengah pihak tidak faham adakah skop perbincangan haram dan halal itu diperbincangkan dari sudut perundangan negara atau dari sudut syariat. Sebagai contoh, pengeluaran lesen premis judi seperti Magnum dan Toto. Adakah ianya tidak sah? Tapi adakah pula ianya tidak haram?

Masih ada lagi yang bodoh menilai. Dari segi perundangan negara ianya memang sah. Tapi dari segi perundangan syariat ianya tetap haram. Tidak bermaksud bila kita menjadi negara Islam yang diiktiraf maka segalam macam perkara yang dibolehkan dan dibenarkan dalam negara adalah sah di sisi Islam. Aku tahu mungkin ini adalah suatu isu bodoh yang mungkin tak perlu dibincangkan, tapi jangan lupa masih ada ramai Melayu bahalol di luar sana tak tahu membezakan halal haram agama dan juga perundangan negara.

Inilah yang dikatakan jahil akhir zaman. Kita berdebat dengan si bodoh bahalol seperti ayam yang bercakap dengan itik. Maka kalau dilayann kita turut menyertai kelab kebahalolan mereka itu. Carilah ilmu di mana jua. Dalami ilmu walau ianya tidak memberi kita seberapa. Kalau masih diteruskan kebahalolan itu, jangan disalahkan sesiapa, kerna kalau memang sudah dipilih jalan sebegitu.

Photobucket

Thursday, February 3, 2011

Potret Sampah

Ini adalah satu lagi entri tentang kesenian yang pelik. Seorang artis dari San Frascisco, Jason Mecier suka berkarya dari sampah untuk dipotretkan. Beliau akan menggunakan personal rubbish dari selebriti atau politician untuk membuat potret individu tersebut.

Photobucket


Ini adalah potret Lady Gaga yang dibuat dengan menggunakan barangan peribadi beliau.

Photobucket


Ini pula Donald Trump. Jason menggunakan kasut dan peralatan mencukur Trump untuk membuat potret Trump sendiri.

Photobucket


Yang ni pula favorite actor aku. Nicholas Cage. Sangat cool potret dibuat daripada botol wine dan telefon bimbit lamanya.

Photobucket


Inilah artis kreatif tu Jason Mecier. Kat belakang tu adalah antara koleksi karyanya. Aku harap kat Malaysia satu hari nanti ada artis yang aneh macam ni akan muncul.

Sumber asal : Daily Mail

Tersubsidikah Kita?

Pada 5 Januari yang lepas, Sinar Harian telah mengeluarkan satu artikel wawancara bersama Prof Madya Hamid Yeop seorang Pakar Matematik Gunaan. Beliau telah mengulas tentang isu kenaikan harga minyak dan kesannya kepada rakyat. Aku suka analisis yang telah dinyatakan oleh beliau. Setakat hari ini belum ada mana-mana artikel yang dikeluarkan oleh mana-mana akhbar utama di Malaysia yang mengeluarkan artikel wawancara pakar yang lain menyangkal pendapat beliau ini. Kepada rakyat Malaysia di luar sana, fikir-fikirkanlah.

Kalau tak nampak boeh bac a full post kat bawah ni.

Apa Kesan Harga Minyak Naik?

Pakar Matematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara

Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.

Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.

Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.

Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.

1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?

HAMID YEOP:

Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.

Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.

Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).

2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?

HAMID YEOP:

Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.

Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.

3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?

HAMID YEOP:

Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.

Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.

4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?

HAMID YEOP:

Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.

5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?

HAMID YEOP:

Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.

Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.

Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.

Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?

HAMID YEOP:

Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.

Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.

Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.

Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini‘menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.’

Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.

7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?

HAMID YEOP:

Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.

Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.

Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.

Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).

Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

8) Benarkah stok minyak kita akan habis?

HAMID YEOP:

Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.

Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.

9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?

HAMID YEOP:

Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.

10) Akhirnya apakah harapan Prof?

HAMID YEOP:

Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi ‘World Reserved Bank’.

Sisipan: SINAR HARIAN (5 Januari 2011)

oleh wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN


Sumber Asal : Sinar Harian

Kredit to : feldakumai.com untuk full post



Wednesday, February 2, 2011

Camouflage Yang Sangat Cool

Sekali pandang, gambar-gambar ni kelihatan biasa saja dengan teknologi super impose menggunakan picture editing. Tapi sebenarnya ia adalah teknik penyamaran yang dibuat secara manual dengan menggunakan cat. Artis tersebut telah menggunakan cat untuk menyamakan gambarnya dengan background yang ada di belakangnya. Kerja-kerja ini dilakukan oleh Liu Boulin yang berasal dari China dengan 2 orang pembantunya. Beliau telah melakukan kerja-kerja ini setelah tempat kerjanya telah ditutup oleh kerajaan kerana membangkang kerajaan China. Beliau mendapat idea seni ini dengan intention untuk melarikan diri dari buruan kerajaan maka terhasillah idea penyamaran ini yang menjadi karya seni akhirnya.

Kadang-kadang suatu yang kita terpaksa lakukan akhirnya menjadi sesuatu yang mengubah hidup kita akhirnya. Dan bekemungkinan ianya menjadi suatu yang menguntungkan. Liu Boulin ni bakal membuka galerinya sendiri di New York Tahun ni.



Sumber asal : Daily Mail

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget