Monday, November 29, 2010

Gempar - Harry Potter Sebenar Mati 71 Tahun Lepas

Aku tahu memang ramai peminat kepada tulisan novel fiksyen J.K Rowling iaitu siri Harry Potter. Kerana popularnya Harry Potter novel tersebut telah diadaptasi kepada pembikinan siri Harry Potter di Hollywood yang sudah sampai siri ke tujuh. Aku pon tak ikut sangat siri Harry Potter ni walaupun pernah menonton 1-2 siri movie ni.

Tapi hari ini Daily Mail telah mendedahkan bahawa Harry Potter memang wujud dalam dunia sebenar. Tapi Harry Potter sebenar bukanlah seorang ahli sihir macam yang ditonton korang semua tu. Tapi beliau adalah seorang askar yang telah terbunuh dalam satu serangan hendap yang berlaku di Israel pada tahun 1939. Maknanya semasa peperangan menubuhkan negara haram Israel dahulu.

Kubur Harry Potter sekarang berada di Ramla, Israel yang mana pada ketika ini menjadi tumpuan pelancong terutamanya kepada peminat siri Harry Potter itu. Apalah punya bodoh orang putih yang nak menonton Harry Potter sebenar yang tak ada kena mengena langsung dengan novel J.K Rowling tu.

Harry Potter sebenar
Private Harry Potter . Sebelah tu kubur beliau di Ramla, Israel.


Harry Potter tiruan.
Daniel Radcliffe, pemegang watak Harry Potter karya J.K Rowling


Majlis Pengkebumian Private Harry Potter pada 1939.
Beliau mati pada usia 19 tahun.



Sumber asal : Daily Mail

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...