Sunday, November 14, 2010

The War Is On

Aku rasa korang mesti ada terbaca pasal isu AC Konsortium a.k.a ACK yang telah diserang secara bertalu-talu oleh sebuah blog Aidid Muaddib. Blog ini juga telah disokong oleh sekutu beliau iaitu Obefiend di dalam Blogserius yang mempunyai followers yang agak ramai. Obefiend adalah seorang blogger yang terkenal dengan entri-entri parody beliau yang menghanjing sesiapa saja yang beliau rasa tidak puas hati atau bertindak tidak betul.

Aidid Muaddib juga membuka sebuah fan page di Facebook iaitu "Say No To MLM" Yang tidak kurang ramai peminatnya termasuk aku yang hari-hari melepak di page ini mendapatkan info terkini tentang penipuan melalui skom piramid dan MLM scammers. Oleh kerana kepanasan dengan cemuhan dan kutukan oleh para fan di SNTMLM, pengikut ACK telah membuat satu fake blog Say No To MLM melalui laman blogger.com. Di laman ni dia telah berpura-pura menjadi aidid muaddib yang kononnya founder blog ini. Semua fan yang komen di SNTMLM telah ditayangkan mukanya di fake blog ini. Yang menariknya sampai muka aku pon telah ditayangkan di blog ini kerana telah post comment kat SNTMLM. Korang tengok kat bawah nih.


Yang kurang ajarnya tu siap menambah komen asal aku kat fanpage SNTMLM tu. Ni aku kasi korang tengok komen asal aku kat SNTMLM.


So aku rasa korang boleh nampak kurang ajarnya fan ACK ni. Ini adalah penipuan amatur yang paling bangang yang pernah aku tengok orang buat. Kalau nak buat kerja haram tu, tak payahlah nak minta simpati orang ramai buat laporan polis bagai, report kat media yang tak berkualiti untuk menegakkan benang yang basah. Dah sah-sah memang kau tipu, duduk diam sudahlah. Aku harap pihak KPDNKK dan PDRM juga SKMM akan bertindak adil dalam kes ini. Jangan disebabkan kerana orang yang menjadi dalang ini berprofil tinggi (kononnya) pihak berwajib ini nak membiarkan mereka ini terus menipu masyarakat Melayu di Malaysia. Aku sangat kasihan melihat kakitangan kerajaan khasnya yang sanggup berhutang bank hanya kerana skim ini yang tidak tahu masa depannya. Akhirnya duit tak dapat dan hutang bertambah. Makin sesaklah hidup diorang ni. Berhati-hati dengan penipuan ini. Sesungguhnya Allah bersama mereka yang berada di pihak yang benar.

6 comments:

Latifah said...

dah tengok gak blog tu...
mmg teruk panggil org sebagai lembu...
saman je depa2 tu...

Anonymous said...

gmba sy pon ade jgk dlm blog tu...
sedih....
tah pape dorang tuh...
sy da diactive akaun fb sy...
mls nk msuk cmpur...
hope korang truskan pjuangan...
sy doakan...
mntak pihak bkuasa skong pihak yg benar...
smoga yg menipu mndpt pmbalasan Tuhan...

Anonymous said...

huhu bro. kesian kau.

blog Aidid membongkarkan kisah-kisah fakta mengenai ACK (malah screenshot yg diambil dari fanpage ACK tanpa sebarang edit), mereka kata blog Aidid memfitnah perniagaan mereka.

tetapi blog fake saynotomlm (dgrnya dibuka oleh org ACK) dgn terang, jelas dan nyata sebenarnya yg memfitnah org, sbg contoh yg bro tunjuk, comment bro kat fanpage SNTMLM telah mereka tokok-tambah untuk menjatuhkan maruah bro (siap letak pic org lg).

tak tahu lah apa nak jadi dgn masyarakat Malaysia ni.
apa pun, kita sendiri kena berpihak kpd kebenaran.
tul tak.
:)

-James-

Anonymous said...

sabar bro..trserlah perangai bodoh diorg tu..at least popular gak muke..hehehe..

wakawaka said...

bro & sapa2 yg ada gmbar dlm tu,

report pada blogger.com,
klik 'abuse' kat atas tu..

pilih 'someone place private info..of my'

nnti google remove blog tu.

aku nk isikan, tapi tk tau nama sbnar bro..

tq.

Wan Zuraida said...

blog aidid ada fakta, blog die mcm byk auta. org yg celik IT akan tahu kisah ACK, tp kalo yg x celik IT mcm yg dok kat kmpung2 tu. isk sedihnye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...