Thursday, December 2, 2010

Catch Me If You Can - The Malaysian Version

Aku macam nak tergelak hari ni bila baca berita pasal seorang "doktor" di Klang. Doktor tipu ni sebenarnya adalah seorang bekas askar. Beliau telah menyamar menjadi seorang doktor selama lebih kurang 2 tahun dan telah menyambut kelahiran 9 orang bayi dalam tempoh "perkhidmatan" beliau sebagai "doktor."

Semuanya terbongkar apabila salah seorang staff klinik swasta berkenaan telah membuat laporan polis terhadapnya kerana mencabulnya semasa bekerja. Siasatan menunjukkan beliau hanya ada diploma di dalam bidang perubatan dan pernah berkhidmat di hospital tentera di Melaka sebelum menjadi seorang "doktor."

Yang peliknya tu 'doktor' berkenaan 'Dr.' Helmi Abdul Hamid dah pun bekerja di tiga klinik swasta sejak dua tahun lepas. Apa majikan dia tak check ker? Penipuan di siang hari. Aku teringat satu filem yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio yang juga melakonkan penipuan ala-ala doktor ni. Tapi dalam cerita tu lagi banyak profession yang dia tipu termasuklah peguam dan juruterbang. Tak sangka di Malaysia pun ada juga conman ala-ala Frank Abagnale Jr.


Tapi aku rasa kalau nak buat movie pasal doktor ni boleh buat tajuk "I am Busted."
HAHAHA


Credit to - Utusan Malaysia
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget