Wednesday, January 28, 2009

Tepi Jalan

Kadang-kadang rasanya menulis kat sini jadi tekanan pulak. Padahal tujuan utama aku buat blog ni sekadar nak luahkan tekanan aku seharian. Tapi tak la pula maksud tekanan memblog kat sini sama dengan tekanan aku yang lain2 tu. Apapun sekurang-kurangnya aku boleh share something dengan sume readers kat sini samada yang kenal aku mahupun yang tak kenal aku secara fizikal.

Terkadang aku terfikir ada baiknya kalau kenalan kita itu cukup sekadar kita kenal setakat itu, dan ada baiknya jugak kalau kita kenal dia dengan lebih dalam. Aku penah jugak menyesal bila mengenali seseorang dengan lebih dalam hanya kerana dah tau sifat dan sikap buruknya. Dan adakalanya aku rasa bertuah dan bersyukur kerana mengenali seseorang dgn lebih dalam kerana membawa aku kepada suatu dunia baru yang berbeza dari apa yang aku lalui sehari-harian.

Orang kata, bila kita kenal orang, maka kita akan kenal diri kita. Kalau difikirkan semula memang betul apa yang dikatakan tu. Tapi hakikatnya tuhan lebih maha mengetahui apa yang kita tahu dan apa yang kita tak tahu. Diri kita sendiri pon kita belum tentu kenal sepenuhnya secara 100%.

Rasanya sepanjang perjalanan aku di atas dunia ni sangat ramai kenalan aku. Bermula dari kawan2 sepermainan masa kecil, kawan2 di sekolah rendah, sekolah menengah, di Universiti, kawan2 tempat kerja, client2 aku, rakan bisnes lain2 lagi yang kenal kawan atas kawan. Aku terasa macam nak buat kesimpulan jer tentang semua kawan2 aku ni...tapi rasanya macam terlalu awal nak dinilai. Bukan aku nak nilai dari segi sikap atau perilaku. Tapi nak nilai dari segi perhubungan persahabatan itu sendiri. Siapa dia Sahabat, siapa dia kawan, siapa dia teman, siapa dia sahabat baik, siapa dia teman karib, siapa dia kenalan, siapa dia sahabat baik, siapa dia teman istimewa dan siapa dia kekasih hati.

Bila difikirkan semula, kita perlu juga untuk meletakkan kategori kawan2 kita ni. Bukan apa, sebagai langkah bejaga-jaga yang mana kita tak tahu siapa dia musuh dalam selimut. Ya...bila-bila masa sahaja musuh dalam selimut boleh mengenakan kita atau membuat sesuatu yang tidak baik pada kita.

Kawan berlainan gender? Ermm....aku rasa aku sangat sedikit kenalan yang berlawanan gender dgn aku ni. Mungkin sbb backgrond aku yang sekolah semua lelaki dahulu. Dan bila sampai kat Universiti kurang bercampur disebabkan oleh environment yang kurang mengizinkan. Tapi pada aku kesimpulan aku dah mula boleh buat kat sini, yang mana mungkin aku sesuai berkawan rapat dgn orang yang mempunyai pemikiran yang sehala dgn aku. Bukan yang bertentangan dgn aku. Mungkin aku sudah benak dan bosan berkawan dengn mereka yang tidak sama pendidikan dengan aku. Tapi hakikatnya yang pasti, mereka tidak faham apa yang aku cuba sampaikan dan juga aku sedikit ego dalam menyatakan pendapat dan fahaman aku pada mereka. Bukan salah mereka 100%. Kadang2 salah aku juga yang tak pandai menyesuaikan diri dengan keadaan.

Aku berpendapat bahawa setiap yang berlaku dalam kehidupan hari ini, adalah kesan daripada perilaku dan perbuatan kita pada masa lepas. Siapa kita pada hari ini adalah cermin kepada sikap kita pada masa lepas. Kalau pada masa lepas kita kurang berfikir, maka jangan kita menyesal pada hari ini. Sebenarnya tiada apa yang perlu disesalkan dalam hidup ni. Memang benar tuhan menentukan segala, tapi kita masih punya akal dan fikiran dalam membuat pilihan agar dapat kita meminimumkan kesalahan kita pada hari ini untuk kesenangan pada masa hadapan. Jangan salahkan tuhan kalau hari ini kita menjadi miskin, tiada apa yang hendak disesali. Pada aku, jika kita inginkan sesuatu, kita pasti akan boleh dapatkannya walau dengan apa cara sekalipun. Kalau mahu, seribu daya kita perjuangkan. Walau hari ini kita hanya berbekalkan sebatang penyapu untuk mencari sesuap rezeki, hanya kerana kita tidak mendapat pendidikan yang baik, atau berasal dari keluarga yang kekurangan segalanya, kita akan jadi bodoh kalau bertindak mencari kesalahan orang lain dan menyalahkan keadaaan. Lebih bodoh lagi kalau kita menyalahkan tuhan.

Mengapa tidak mencari jalan? Mengapa tidak mencari ruang kejayaan? Mengapa tidak bertanya kepada yang lebih tahu dan mengapa kita masih mempersendakan suatu ilmu baharu yang kita sendiri belum tahu?

Friday, January 23, 2009

The Short Message

"Setinggi seluas gunung dn lautan, sejuta harapan dpertaruhkan...
Bronak bliku jln ku lalui, selagi brupaya ku teruskn...
Alangkah skarnya memadam byngn msa silam,
di dlm kberanian trusik jua perasaan..
Tiada hentinya memanjgkn doa, smoga jiwa ini trus tabah..
Sesungguhnya saat yang trindah hanyalah smentara,
yg terpahat dlm diri hanya knangan dn nestapa,
Tk rela ku trutkn hati, myesali apa trjadi..
Andainya bgitu suratan y trtulis di azali..
Biarlah wlupn ku sepi, sdh pdh kutelan sndr,
Aku kn ttp trus mengorak lgkh pjlanan ini..
:((
Syg..Sbnrnya sy mcari seseorg y boleh mbwa sy keluar dr belenggu prasaan sy sndr..
Sy mcari seseorg y boleh mbuatkan sy mlupakn dia..
Sy msh mcintai dia tp sy da x mampu mlalui smua ni lg..
Sy sbnrnya bhgia dlm derita. Sy bhgia mcintai dia tp sy x sggp hdup bsama dia.
Slama ni sy y stuggle cari duit, susah snang sy selesaikan sndr.
Sy da x sggp hdup mcm ni tp susah pula utk sy trima knataan y sy akn khilangn dia.
Sy ingin mlepaskn dia dr hati tp biarlah sy usahakn sndr.
Sy x nak org lain trut rasa trsiksa krn sy.
Syg..Awk carilah orang lain y lbh baik dr sy..
Jgn menanti sesuatu y x pasti.
Jgn jd spt sy ni syg..
Ikhlas dr hati sy, sygkn awk..
Sy nk org y sy syg bhgia..
Sy tau jika awk trima diri sy, awk bkn spnuh hati mlakuknnya..
Awk sbnrnya cuma kasihankn sy..
Apa bila rse kasihan itu tlh hilang, awk akn mula rasa myesal.
Lgpn sy bkn la prmpn baik2. Tiada apa y boleh sy bggakn.
Jgn myiksa hati sndr utk bsama sy.
Awk layak mnerima cinta y lbh ikhlas dn wanita y lbh baik..
Pcayalah..Allah x akn mberikn ujian tnpa sbb dn hikmah.
Pasti ada sesuatu utk awk.
Apapn y tjadi nnti,sy akn ttp ada disisi awk.
Tidak sbg isteri, mgkn sbg teman dn shbt utk awk.
Jga dri baik2. Jgn call sy dlm hari ni. Sy nk tnangkn fikiran dlu..
Awk jga diri ye syg...
From: H***R, 30-Jul-2008, 16:51.

Aku sendiri tak tau kenapa aku masih simpan sms ni...setiap kali aku buat keputusan nak delete msg ni, mesti aku tak jadi nak buat. Aku pun tak tau apa masalahnya aku taknak buang. Kalau nak ikutkan aku dah malas nak ingat cite2 lama ni....walaupun takla lama sgt sebab belum pun setahun, tapi rasanya kesan daripada kes ni sangat mendalam dalam hati aku.

Sedih..memang sangat sedih, tapi sebenarnya sms tu hanya permulaan bagi sebuah cerita. Mgkn salah aku kerana terlalu ghairah sgt nak mencari seseorang utk diri aku sehingga aku terlupa diri aku siapa. Kadang2 kita terlupa yang diri kita sendiri ada harga utk diletak dan dinilaikan kepada seseorang. Dan kadang2 kita meletakkan diri kita terlalu tinggi sehingga kita rasa tiada seorang pun yang layak untuk kita. Tapi sebenarnya keduanya itu perlu supaya kita punya guideline untuk memilih untuk siapa diri kita ini sebenarnya...

Terkadang aku tersangat emosi bila memikirkan hal ni...sebabnya ianya akan menebalkan ego sendiri sehingga aku lupa diri. Bila keluar kata2 yang menyakitkan hati bila orang lain dengar, ianya seakan riak dan takbur pada diri sendiri yang sebenarnya juga sama hamba kepada yang maha ESA. Pada aku ada baiknya kita jgn terlalu merendah diri sehingga akhirnya kita rasa terhina yang menyebabkan bermacam perasaan negatif timbul dalam diri sendiri lebih teruk lagi dalam suatu tempoh yang amat lama.

Aku tau betapa sakitnya kecewa...betapa susahnya kembali ceria gembira seperti biasa, betapa sukarnya menjalani hidup tak gembira, betapa hebatnya cabaran mengikis kenangan lalu mengusik jiwa. Tapi semua itu harus dilalui....biarlah kita menangis hari ini....jangan menangis di kemudian hari.


Aku sangat berharap dia tak kembali....sangat berharap tidak melihat kelibatnya lagi...dan sangat berharap yang saki baki cinta ini akan pergi..........

Monday, January 19, 2009

Sebab-sebab kenapa aku guna LINUX

Hari ni aku nak share sikit dengan engkorang semua kenapa aku telah tukar daripada menggunakan software2 yang dijalankan dalam windows dan beralih kepada LINUX. Tujuannya adalah kerana aku nak mempromosikan open source software ni kepada mereka yang masih terbelenggu dengan windows dan mendakwa Linux ni susah, tak berapa friendly dgn user dan bermacam2 dakwaan lagi.

1. Linux ni totally FREE....FOC dan sangat percuma. Kita di Malaysia mungkin kurang penguatkuasaan terhadap perisian cetak rompak ni. Tapi kalau di negara luar ianya sangat sensitif even end user sekalipun akan mengambil berat hal2 software yang kene bayar ni. Linux boleh di download secara percuma, dan diedarkan secara percuma juga. Kalau korang nak CD original pon akan dihantar secara percuma sampai kat depan pintu umah kau. Kau hanya perlu install dan guna sahaja. Kalau kau baik hati, kau boleh edarkan kat kawan2 lain tanpa ada kekangan undang2. Kalau kau jual sekalipon tidak menjadi kesalahan.

2. Free Virus...ni antara sebab utama aku bertukar kepada linux. Disebabkan source code linux ni tak sama macam window dan system structure yang berlainan, maka kalau virus yang sgt berbahaya pada windows mungkin tidak boleh buat apape kalau dia masuk dalam sistem linux. menarik bukan?tak payah lagi nak pikir pakai antivirus jenis apa.

3. Senang nak update. Memandangkan linux ni free, so update dia pun free jugak.even kalau kau nak install software baru kau tak payah nak cari dan merayau serata internet untuk dapatkan software. Cari je kat dalam Add/Remove programme, dan akan download dan install secara automatik. Sume ada kat situ, multimedia player, tweaking tools, utilities even third party software pon ada kat dalam tu. So sangat menyenangkan.

4. Desktop effects yang cun. Betul...sangat advance dan jauh lebih baik dari versi windows yang terbaru (Vista). Kalau kau terror, siap boleh tokok tambah lagi effect yang kau nak..kalau kau terror la...

5. Software yang advance...aku akui yang linux masih ada kelemahan dalam software2 tertentu yang belum dapat menandingi software kat windows. Tapi kalau setakat software asas macam office, messenger, browser dan mail manager, Linux telah jauh meninggalkan windows. Kalau tak caye try la install linus sekali.

6. Senang dipelajari, basically memang kita amek masa dalam nak mempelajari satu software baru yang kita baru jumpa. Even aku rasa kalau korang pengguna vista sekalipun nak kene belajar balik apaper istilah atau structure baru software tu. So back to square...engkau je yang malas nak explore dan mencuba satu benda baru. Aku tau, ada juga user yang downgrade dari vista ke XP hanya semata-mata tak biasa nak pakai OS tu...apparaa...

7. Ringan...Ya linux ni sangat ringan....kalau kau install pada pc yang spec rendah,ia akan minimumkan installation supaya pc kau tu tak terbeban dgn OS tu. So kalau kau pakai komputer buruk sekalipun masih boleh pakai linux..takyah beli baru kalau takde duit...baik simpan buat kawin atau beli itik.

8. Driver...kau takyah susah2 nak terkial2 install driver lepas siap install OS. Sume device kau dah boleh pakai dah. Dalam linux, developer and community sentiasa akan buat driver yang terkini untuk hardware yang baru kuar dan support windows supaya bole digunakan juga untuk linux.

9. Nampak pro...ni biasa la..kalau kau pakai benda yang pelik skit dari orang, mmg la kau nampak pro dan hebat. Tapi mmg tu hakikatnya. Linux untuk user yang rajin, tak mengeluh dan sentiasa mencari jalan keluar dalam suatu permasalahan software. Sebaliknya juga kepada pengguna windows.hehehe....

10. Sangat universal...cuma kalau kau dah selalu pakai window kau akan rasa linux tak bole itu dan ini. Cuba kau pakai linux...sume perkara kat windows linux bole baca. PDF ke, document file ker, gambar ker...sume bole run kat linux. So saper yang tak universal sebenarnya?

So aku rasa cukup setakat tu...kang marah plak orang yang pro windows ni...korang bole download atau request CD Linux Ubuntu kat banner yang ada gambar kambeng kat belah kanan blog aku neh. Try ler...tak salah mencuba...kalau kau try anak dara orang kau tak rasa salah plak...hehehe..jgn marah...gurau...takleh gurau kau pegi surau...itupon kalau kau nak pegi...

Demam

Dah lama aku tak demam.....kali terakhir aku demam pun aku tak ingat bile. Tapi demam aku kali ni agak teruk jugak....bukan teruk mcm mana...susah sangat nak baik. Pagi tadi aku ke klinik kerajaan berhampiran dgn opis aku. Setelah menunggu sejam selepas pendaftaran, aku pun dipanggil masuk oleh doktor. Doktor yang aku rasa wanita dalam lingkungan 30-an tu terus tanya aku...lepas aku cakap aku demam dah 3 hari tak baik2...dia terus suruh aku amek darah. Nasib baik aku takde apaper. Risau jugak kalau terkene denggi atau lebih teruk chikungunya. Aku dah terbayang dah tadi bagaimana kalau aku ditahan wad arini...Alhamdulillah, aku masih sihat tak perlu rawatan lanjut. Doktor hanya suruh aku makan ubat dan berehat saja...MC pun dia tak bagi.

Kengkadang bila kita sakit, barulah kita tersa dan menghargai betapa nikmat kesihatan itu sangat berharga pada kita. Memang kita selalu lupa bila kita sihat, tapi sebagai manusia biasa, memang kita diciptakan sebagai pelupa tentang nikmat2 yang tuhan beri pada kita setiap hari.

Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada kita agar dapat kita terus beribadat kepadanya.

Friday, January 2, 2009

Tahun Yang Baru

Rasanya tahun ni ada sedikit keunikan kerana kita menyambut tahun baru dalam dua kalender hampir sama harinya. Dan rasanya ramai yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru bagi kedua-dua kalender sekaligus. Namun begitu ianya tidak bermakna kita boleh sesuka mencampur adukkan keduanya dalam suatu majlis atau kaedah peringatan yang mungkin agak bertentangan dari segi syarak dan sunnah.

Aku tak berminat nak membincangkan isu-isu bid'ah yang berlaku berkaitan dengan tahun baru ni. Walaupun ramai yang bertanya kepada aku tentang hukum hakam dan kaedah2 yang sepatutnya dibuat dalam pada kita menyambut tahun baru ini. Yang penting, jgn la melakukan sesuatu melanggar syarak dalam meraikan tahun yang baru ni...

Tahun ni aku tak buat apa-apa azam memandangkan aku selalu terlupa azam yang aku buat semasa awal tahun. Jadi aku skarang membuat suatu azam yang general....so akan digunapakai pada setiap tahun baru. Iaitu...menjadi yang terbaik dan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Azam ni jugak sesuai untuk dijadikan azam harian..

Apape pun....Salam Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009. Semoga perancangan hari ini menjadi kenyataan pada esoknya....Hanya tuhan mampu mengubahnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget