Thursday, November 18, 2010

Rezeki dan Usahawan

Nak cerita lagi pasal 9/10 rezeki ni datang dari perniagaan. Sebenarnya kadang-kadang saya kadang-kadang sedikit emo bila ada orang datang kepada saya, dan bertanya itu dan ini pasal nak mulakan perniagaan. Macam mana nak dapat modal, macam mana nak maintain hutang bulan-bulan, macam mana nak cari market dan berbagai lagi. Kalau setakat sekali dua tu memang saya suka nak cerita. Tapi kalau dah berbelas kali tu kadang-kadang tu emo la jugak. Tapi apapun saya tetap memberi galakan dan nasihat yang positif kepada mereka yang berminat dan nak bertanya.

Sebenarnya bila jadi usahawan kita akan dapat tahu betapa bernilainya masa kepada kita. Kita akan sedar betapa bergantungnya kita kepada tuhan. Dan kita akan menjadi sangat percaya bahawa hanya tuhan saja memberi rezeki dan rezeki tidak datang dari tangan majikan kita, kerajaan kita, pelanggan kita, syarikat yang kita bekerja atau sesiapa sahaja yang kita gantungkan rezeki itu pada ketika ini.

Untuk menjadi seorang usahawan anda tidak perlu menjadi seorang genius. Atau anda juga tidak perlu untuk mengetahui sangat dalam akan selok belok suatu perniagaan. Anda juga tidak perlu untuk terlalu bermati-matian kerana wang kerana anda kena sangat perlu berpegang yang rezeki kita itu di tangan Allah. Dan Allah akan memberi kita rezeki dari sumber yang kita tidak pernah akan sangka. Untuk jadi usahawan, ada sesuatu yang paling perlu anda ada iaitu KEMAHUAN. Ya! kemahuan anda adalah yang paling perlu tanpa anda menoleh kebelakang atau melihat risiko yang bakal anda lalui di hadapan anda.

Kalau hari ini anda masih takut-takut untuk bertindak mengubah hidup anda kepada menjadi seorang usahawan dan menadah tangan dari tempat anda bekerja sekarang di samping motivasi yang semakin berkurang, memaki-maki bos anda dan pening kepala setiap hari, percayalah anda tidak akan ke mana. Anda juga akan menjadi cemburu kepada kawan atau mana-mana usahawan lain yang telah memulakan langkah walaupun dengan sekecil-kecil langkah dan terus mendaki tangga kejayaan yang mana anda masih di bangku lama anda masih lagi memaki bos anda.

Dont be a loser. Kita tidak akan berjaya kalau kita tidak bermula. Kerana tembok yang paling besar yang anda harus pecahkan adalah minda anda sendiri untuk memulakan langkah ini. Dalam Hijrah itu ada kejayaan dan cabaran kejayaan yang paling sukar ialah memulakan langkah kejayaan anda itu.

Satu lagi entri yang dikeluarkan untuk shufaad.com.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...