Minda lama masih lagi tegar bersama jiwa Melayu yang sudah merdeka lebih 50 tahun ni. Walau dari segi ekonominya sudah maju, tapi jiwa Melayu, sifat Melayu, sikap Melayu masih lagi di situ. Masih lagi dengan cas-cas negatifnya yang membuat Melayu masih lagi punya tembok besar menjadi lebih maju dari segi mentalitinya.
Aku yang tak faham ke atau sebenarnya mereka yang masih berperangai macam ni yang ketinggalan sebenarnya. Mahu saja aku buka satu blog khas, merungkai 1001 perangai Melayu yang aku tak berkenan atau yang aku segala apa macam sifat negatif Melayu yang aku nampak untuk dihentam. Atau sebenarnya sikap ini ada pada semua bangsa yang dimerdekakan kononnya dan merupakan suatu bangsa yang mundur satu masa dahulu.
Mengapa masih lagi ada perangai ikut-ikutan dengan orang. "Kalau orang tak pergi aku tak pergi la." Walaupun pemergian itu mampu merubah hidup seorang anak Melayu. Mengapa hari ini masih lagi ramai yang malas bekerja kerana terlalu memilih sedangkan pelajaran diri sendiri tu tidaklah setinggi mana. Apa nak jadi anak Melayu kini.
Aku sangat sedih melihat perangai ini. Perangai yang aku jangka sudah berubah di alaf baru. Di sebuah era kebangkitan semula Islam. Apa Nabi Muhammad itu masih tidak cukupkah untuk orang Melayu Islam untuk merubah perangai dan sikap mereka? Atau Al-Quran itu belum lengkapkah untuk mereka ikut sedangkan itu sahaja manual yang tuhan bekalkan untuk kita yang sangat pasti sempurna untuk kita ikut.
Sedarlah! Kalau kita masih berfikiran bodoh, maka orang lain akan terus memperbodoh kita walau berperi-peri kita kata kita tidak bodoh. Dan harus punya jatidiri sendiri tanpa ada taqlid atau ikut-ikutan yang akhirnya kita terlepas peluang untuk terus melangkah jauh membina empayar kita sendiri.
No comments:
Post a Comment