Friday, November 26, 2010

Nabi Sulaiman VS Final Destination

Aku terdengar satu kisah yang aku tak pernah dengar sebelum ni pasal Nabi Sulaiman di kuliah subuh pagi tadi. Kisahnya, pada suatu hari sedang Nabi Sulaiman duduk bersama sahabat-sahabatnya tiba-tiba datang malaikat maut masuk ke istana Nabi Sulaiman. Malaikat maut tersebut berupa wajah seorang lelaki. Nabi Sulaiman menyangkakan yang malaikat maut tersebut datang untuk mengambil nyawanya. Maka beliau tidak beralih pandangan kepada malaikat maut tersebut semasa bercakap dengan sahabat-sahabatnya. Akan tetapi, malaikat maut itu tidak beralih pandangannya pula memandang kepada salah seorang sahabat Nabi Sulaiman. Selepas malaikat maut itu berlalu pergi, sahabat beliau yang ditenung oleh malaikat maut tadi pun bertanya. "Kenapa engkau tidak lepas-lepas memandang lelaki yang baru masuk ke dalam sini tadi? Siapakah dia?"

Nabi Sulaiman menjawab, "Dia adalah malaikat maut, datang ke sini mahu mengambil nyawa kamu." Sahabatnya itu terkejut dan ketakutan lalu meminta Nabi Sulaiman menghantarnya ke India bagi mengelakkan untuk dicabut nyawanya oleh malaikat tersebut. Nabi Sulaiman memperkenankan permintaannya dan menghantar sahabatnya itu dengan memerintahkan jin menghantarnya ke sana.

Tidak lama kemudian, malaikat maut itu muncul semula dan berjumpa dengan Nabi Sulaiman. "Aku sebenarnya diperintahkan Allah untuk mencabut nyawa lelaki sahabatmu itu. Tetapi peliknya Allah memerintahkan aku mencabutnya di India sedangkan sahabatmu itu tadi berada di sini."

---

Aku sedikit ketawa bila dengar kisah ni. Dan serta merta teringat filem Final Destination yang dah sampai siri ke berapa tah. Pengajarannya sama. Mati adalah satu yang tak boleh dielakkan, tidak boleh ditangguhkan sesaat atau dicepatkan sesaat. Pantang maut sebelum ajal. Same goes to filem Final Destination tu. Survivor pada awal cerita dapat visi tentang kemalangan. Then try selamatkan yang lain padahal sebenarnya yang terselamat tu memang bukan ajalnya pada kemalangan di awal cerita. Memang nak mati kat tempat lain. Terselamat pada kemalangan awal tu hanya nak jadi sebab supaya dia boleh mati di tempat lain yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

Aku tersenyum sendiri bila teringat kisah ni. Semoga kita semua diambil semula oleh Allah dengan sebaik-baik kaedah kematian. (husnul khatimah).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...