Saturday, January 30, 2010

Melangkaui Batasan Minda

Kita selalunya cenderung meletakkan sesuatu yang mahu dilakukan itu dengan mengira ukur kemampuan kita. Dan selalunya dengan berkira-kira kalau baju itu diukur pada badan sendiri akan secara tidak langsung meletakkan kita pada satu tahap tertentu dan kadangkala ianya hanya terhenti atau berhenti pada takat itu sahaja. Akan tetapi pada hakikat sebenar, kita lupa dengan berkeadaan seperti itu membuatkan kita akan tidak lebih maju ke hadapan dan menjadikan kemampuan kita itu hanya sekadar itu sahaja.

Semuanya hanya kerana perkiraan itu. Membuatkan kita melekat, statik dan tidak berganjak bilamana minda sudah mengatakan itu. Akan tetapi kita tidak sedar bahawa dengan kuasa menda kita juga boleh memecahkan tembok-tembok keluli itu hanya dengan memikirkan kaedah-kaedah dan jalan mana yang harus diambil dalam menyelesaikan suatu permasalahan.

Kalau kita hanya pandai menyediakan alasan, maka kita akan menjadi pengecut agung yang tidak mampu menyelesaikan masalah bahkan melarikan diri darinya. Dengan melangkaui batasan pemikiran maka kita akan mampu melakukan suatu yang sebenarnya mungkin tidak mampu itu melakukannya dan kita telah mecipta suatu hakikat baru bagi diri sendiri.

Bila mana ada kemahuan itu, pasti jalan-jalan sudah tersedia mungkin tidak di dalam nyata tapi bermain-main di minda. Kalau masih berfikir mencari alasan, lupakan saja hasrat mahu maju kerana suatu kejayaan tidak berpaksikan pada alasan tapi hanya jalan-jalan penyelesaian yang menjadi kiblat dalam mencapai kejayaan itu.

Wednesday, January 27, 2010

Mengatasi Kegagalan

Selalunya bila sudah berada di tempat yang tinggi, kita akan terlupa yang kita mungkin suatu masa dulu pernah berada di bawah. Apatah lagi kalau kita sudah sememangnya berada tidak pernah berada di bawah, maka akan lagilah kita tidak pernah tahu bagaimana gamaknya berada dibawah dan akan sukar bagi kita untuk bangun semula mendepani cabaran-cabaran ketika berada di bawah.

Melihat sebuah kegagalan rasanya seperti menghadiri sebuah upacara pengkebumian seorang yang kita sayangi. Apatah lagi kalau sebenarnya kegagalan itu tampak jelas di mana langkah silapnya ia. Maka akan menjadi suatu pengajaran bagi mereka yang berada di sekeliling empunya diri yang gagal itu.

Kegagalan tidak harus diistilahkan sebagai gagal kerana ianya hanya sebagai suatu wasilah bagi sebuah kejayaan yang dituju. Kegagalan hanya menjadi tegar kalau kita tidak berjaya keluar dari kegagalan itu ataupun kita masih melakukan kesilapan yang sama walaupun sudah berkali-kali dan tahu salahnya itu. Dan kegagalan itu adalah merupakan suatu kejayaan bilamana kita belajar daripadanya.

Manakan ada suatu kejayaan dengan sebuah usaha secamca. Manakan pula ada kegagalan kalau sudah berkali kita belajar daripadanya. Kita adalah seorang yang gagal tegar kalau kita tidak mampu untuk bangun semula bilamana gagal dan kalah itu terkena kepada kita. Dan kita adalah sangat-sangat berjaya kalau kita berjaya keluar dari sebuah kegagalan ataupun kita mencuba suatu dan kita berani untuk gagal.

Anggaplah suatu kegagalan adalah kejayaan kalau kita menemui suatu resepi baru dalam hidup, dan jangan berpuas hati dengan kejayaan kalau kita tidak tahu bagaimana hendak mengekalkan kejuaraan itu.

Thursday, January 7, 2010

Bad Start

Tak selalunya yang kita harapkan menjadi baik akan sepertinya menjadi seperti apa yang kita harapkan. Dan apa yang lebih menyesakkan fikiran ianya akan menjadi suatu beban dalam kehidupan kita.

Tahun baru datang lagi dan semestinya kita akan senantiasa dengan azam-azam baru yang kita lakukan saban tahun itu. Aku hampir terlupa apa yang harus dilakukan pada tahun baru ini. Dan sebagai pembuka tirai pertama dalam entri 2010 ni aku tak rasa nak bercerita panjang di sini.

Orang kata segalanya yang kita lakukan akan disandarkan kepada penglaman kita yang lepas. Akhirnya aku menerima suatu pengalaman yang pahit sebagai pembuka tirai tahun 2010 ni. Dan aku rasa ada baiknya kalau pengalaman ini menjadi pedoman pada mereka yang lain. Hari ke-2 bekerja dalam tahun 2010. Kereta aku dipecahkan sebab ada orang-orang terdesak kat KL ni yang nakkan laptop aku dalam kereta tu. Silap aku jugak tinggalkan laptop dalam kereta.

Apapun aku pasrah atas segalanya, dan aku harap tahun ini akan berjalan dengan baik walaupun permulaannya agak kurang baik.

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun ini akan menjadi yang lebih baik dan sempurna dari tahun yang sebelumnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget