Luka Di Sini - Ungu
2/25/2010 09:58:00 AM | Author: ahin2960


Dulu pernah ada cinta
Dulu pernah ada sayang
Namun kini tiada lagi perasaan seperti dulu
Kini tiada lagi kisah
Cinta
ku telah musnah sudah
Hancur hati ku, telah kau sakiti perasaan ku

**
Biarkan ku pergi..
Jangan kau tanyakan lagi..
Ku yakin ini yang terbaik untuk kau dan diri ku

Biarkan berlalu,rasa cinta ini di hati..
Ku tak bisa untuk menahan, aku luka di sini


Kita Yang Teraniaya
2/21/2010 07:45:00 PM | Author: ahin2960
Ramai yang masih belum bangun dan banyak yang masih lena. Bukan kerana mereka tidak mahu bangun atau mereka tidak mahu bangkit, tapi kerana mereka terlena kerana kerana sejak dari lahir lagi mereka telah dibius dengan ubat-ubat yang mereka sendiri pun tidak tahu yang mereka telah terbius oleh ubat-ubat tersebut.

Kita sudah lama terbius dan terlena oleh sistem itu. Dan sistem itu jugalah yang telah menyebabkan kita terlupa atau sebenarnya tidak tahu siapa diri kita atau atas tujuan apakah kita dihantar ke sini. Sesungguhnya mereka tidak pernah lupa akan permusuhan itu malahan kita sudah hampir kalah pada kala ini.

Maka siapakah yang akan mengejutkan kita dari lena panjang ini. Siapa pula akan membawa kita kepada halatuju yang sebenarnya jalan kita? Adakah suatu masa nanti kita akan mengikut seorang penyelamat sebenar? Atau kita akan masuk ke dalam api besar itu kerana terpedaya oleh penyelamat palsu kita yang memang sudah lama mengisytiharkan permusuhan itu sejak dari mula lagi?

Kita sangat malang kerana hidup dalam sistem ini. Tapi kita sangat bertuah kerana rahmat seluruh alam itu yang bakal menjadikan kita umat yang terbaik selain dari umat yang sebelumnya itu.

Aku akan menantikan kedatangan terakhir ini. Menantikan sambil mempersiapkan diri untuk peperangan yang terakhir ini. Sambil mengejutkan saudara-saudaraku yang masih dalam lena panjang itu, agar mereka tidak terpedaya dengan penyelamat palsu yang bermata satu itu.
Melangkaui Batasan Minda
1/30/2010 10:59:00 PM | Author: ahin2960
Kita selalunya cenderung meletakkan sesuatu yang mahu dilakukan itu dengan mengira ukur kemampuan kita. Dan selalunya dengan berkira-kira kalau baju itu diukur pada badan sendiri akan secara tidak langsung meletakkan kita pada satu tahap tertentu dan kadangkala ianya hanya terhenti atau berhenti pada takat itu sahaja. Akan tetapi pada hakikat sebenar, kita lupa dengan berkeadaan seperti itu membuatkan kita akan tidak lebih maju ke hadapan dan menjadikan kemampuan kita itu hanya sekadar itu sahaja.

Semuanya hanya kerana perkiraan itu. Membuatkan kita melekat, statik dan tidak berganjak bilamana minda sudah mengatakan itu. Akan tetapi kita tidak sedar bahawa dengan kuasa menda kita juga boleh memecahkan tembok-tembok keluli itu hanya dengan memikirkan kaedah-kaedah dan jalan mana yang harus diambil dalam menyelesaikan suatu permasalahan.

Kalau kita hanya pandai menyediakan alasan, maka kita akan menjadi pengecut agung yang tidak mampu menyelesaikan masalah bahkan melarikan diri darinya. Dengan melangkaui batasan pemikiran maka kita akan mampu melakukan suatu yang sebenarnya mungkin tidak mampu itu melakukannya dan kita telah mecipta suatu hakikat baru bagi diri sendiri.

Bila mana ada kemahuan itu, pasti jalan-jalan sudah tersedia mungkin tidak di dalam nyata tapi bermain-main di minda. Kalau masih berfikir mencari alasan, lupakan saja hasrat mahu maju kerana suatu kejayaan tidak berpaksikan pada alasan tapi hanya jalan-jalan penyelesaian yang menjadi kiblat dalam mencapai kejayaan itu.
Mengatasi Kegagalan
1/27/2010 02:26:00 AM | Author: ahin2960
Selalunya bila sudah berada di tempat yang tinggi, kita akan terlupa yang kita mungkin suatu masa dulu pernah berada di bawah. Apatah lagi kalau kita sudah sememangnya berada tidak pernah berada di bawah, maka akan lagilah kita tidak pernah tahu bagaimana gamaknya berada dibawah dan akan sukar bagi kita untuk bangun semula mendepani cabaran-cabaran ketika berada di bawah.

Melihat sebuah kegagalan rasanya seperti menghadiri sebuah upacara pengkebumian seorang yang kita sayangi. Apatah lagi kalau sebenarnya kegagalan itu tampak jelas di mana langkah silapnya ia. Maka akan menjadi suatu pengajaran bagi mereka yang berada di sekeliling empunya diri yang gagal itu.

Kegagalan tidak harus diistilahkan sebagai gagal kerana ianya hanya sebagai suatu wasilah bagi sebuah kejayaan yang dituju. Kegagalan hanya menjadi tegar kalau kita tidak berjaya keluar dari kegagalan itu ataupun kita masih melakukan kesilapan yang sama walaupun sudah berkali-kali dan tahu salahnya itu. Dan kegagalan itu adalah merupakan suatu kejayaan bilamana kita belajar daripadanya.

Manakan ada suatu kejayaan dengan sebuah usaha secamca. Manakan pula ada kegagalan kalau sudah berkali kita belajar daripadanya. Kita adalah seorang yang gagal tegar kalau kita tidak mampu untuk bangun semula bilamana gagal dan kalah itu terkena kepada kita. Dan kita adalah sangat-sangat berjaya kalau kita berjaya keluar dari sebuah kegagalan ataupun kita mencuba suatu dan kita berani untuk gagal.

Anggaplah suatu kegagalan adalah kejayaan kalau kita menemui suatu resepi baru dalam hidup, dan jangan berpuas hati dengan kejayaan kalau kita tidak tahu bagaimana hendak mengekalkan kejuaraan itu.
Bad Start
1/07/2010 10:56:00 PM | Author: ahin2960
Tak selalunya yang kita harapkan menjadi baik akan sepertinya menjadi seperti apa yang kita harapkan. Dan apa yang lebih menyesakkan fikiran ianya akan menjadi suatu beban dalam kehidupan kita.

Tahun baru datang lagi dan semestinya kita akan senantiasa dengan azam-azam baru yang kita lakukan saban tahun itu. Aku hampir terlupa apa yang harus dilakukan pada tahun baru ini. Dan sebagai pembuka tirai pertama dalam entri 2010 ni aku tak rasa nak bercerita panjang di sini.

Orang kata segalanya yang kita lakukan akan disandarkan kepada penglaman kita yang lepas. Akhirnya aku menerima suatu pengalaman yang pahit sebagai pembuka tirai tahun 2010 ni. Dan aku rasa ada baiknya kalau pengalaman ini menjadi pedoman pada mereka yang lain. Hari ke-2 bekerja dalam tahun 2010. Kereta aku dipecahkan sebab ada orang-orang terdesak kat KL ni yang nakkan laptop aku dalam kereta tu. Silap aku jugak tinggalkan laptop dalam kereta.

Apapun aku pasrah atas segalanya, dan aku harap tahun ini akan berjalan dengan baik walaupun permulaannya agak kurang baik.

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun ini akan menjadi yang lebih baik dan sempurna dari tahun yang sebelumnya.
Separuh Jiwaku Pergi - Anang
12/22/2009 02:35:00 PM | Author: ahin2960


Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati dengan sadarmu
Kau tinggal aku

Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua


Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati
Kau curangi aku
Kau dustai hati
Benar ku mencintaimu
Jalankan atau Alasankan?
12/05/2009 03:55:00 PM | Author: ahin2960
Bila suatu kesukaran datang, maka sudah tentunya kita punyai pilihan sama ada harus diusahakan sesuatu itu atau cari peluang dan ruang untuk mengelakkannya dan memberi sebab dan alasan agar tidak perlu dilakukan sesuatu itu. Adakah dengan mengalasankan sesuatu itu akan membolehkan kita keluar dari kesukaran atau sebenarnya kita sekadar membuang masa dan akhirnya kesukaran yang ditakuti itu akan dilakukan juga walaupun sesudah sudah sebilang masa telah terbuang dengan begitu sahaja?

Kadang-kadang dengan memberi alasan membuat kita jauh ke belakang kerana orang yang berjaya selalu mencari jalan dan orang gagal sentiasa mencari alasan. Sesukar manalah sesuatu itu sampai ia tidak boleh diusahakan. Seberat manalah suatu itu sehingga ianya harus ditinggalkan. Ini kerana semuanya kembali kepada suatu yang satu iatu menyudahkan suatu tanggungjawab itu atau memberi alternatif lain yang sememangnya pada hakikatnya tidak boleh diterima.

Memang benar, punca utama kegagalan adalah kerana alasan. Walau sesukar manapun ia, haruslah dikerjakan dan diusahakan. Berhentilah menuding jari kalau ia hanya ingin megelakkan diri dari kebertanggungjawaban terhadap sesuatu. Kalau hari ini kita masih berada di takuk lama kerana alasan-alasan itu, maka jangan dituding jari itu kerana memang pada asalnya memang kita yang telah melakukan kesilapan itu.
Selamat Ulangtahun - Jamrud
12/04/2009 12:00:00 AM | Author: ahin2960


Selamat ulang tahun - Jamrud

Hari ini...
Hari yang kau tunggu
bertambah satu tahun, usiamu
Bahagialah kamu

Yang kuberi...
Bukan jam dan cincin
Bukan seikat bunga, atau puisi
Juga kalung hati

Maaf, bukannya pelit
Atau gak mau, modal sedikit
Yang aku ingin, beri padamu
Doa setulus hati...

Semoga Tuhan
Melindungi kamu
Serta tercapai
Semua angan can cita-citamu
Mudah-mudahan
Diberi umur panjang
Sehat selama-lamanya

Slamat ulang tahun...
Membenci Jahil
11/17/2009 12:00:00 AM | Author: ahin2960
Adakah benar suatu yang kita tidak pernah tahu atau suatu yang kita tidak terfikir pun mengambil tahu merupakan suatu kejahilan kepada diri kita? Ataupun kita sendiri membataskan apa yang kita patut tahu tentang suatu yang kita perlu tahu dan kadangkalanya kita mengambil tahu suatu yang tidak sepatutnya kita ambil tahu sedangkan kitapun tahu yang tidak sepatutnya kita ambil tahu tentang hal itu.

Kejahilan adalah suatu yang membawa kesesatan kepada seseorang dan kdangkala ianya dilihat sebagai suatu kebodohan yang tidak boleh dimaafkan sekiranya umum mengatakan ianya suatu yang harus diketahui oleh seseorang. Kalaupun kejahilan itu dilihat sebagai suatu kebodohan, ianya tidak seharusnya dihukumkan kepada mereka yang tidak tahu tentang sesuatu yang seharusnya mereka patut tahu.

Melihat suatu kejahilan seolah melihat sebuah kebodohan yang tak berkesudahan. Dan seandainya ilmu yang dikatakan sebagai penyuluh itu tidak menjadi sebagai alat membunuh dan menutup kejahilan itu tidak digunakan sebaiknya, makan berpanjanganlah kejahilan dan juga kebodohan yang hanya ditepuk tangan oleh mereka-mereka yang melihatnya.

Apapun kejahilan itu terjadi di mana-mana di mana adanya suatu ilmu yang lebih di kalangan mereka yang lain. Sekiranya si jahil itu tidak diilmukan, maka selamanyalah suluhan itu akan malap dan dan kebodohan itu semestinya menjadi milik mutlak kepada empunya kejahilan.
Yang Sudah Sudah
11/16/2009 03:22:00 PM | Author: ahin2960
Bila kita mengenang akan sesuatu yang lama, parut-parut itu sudah pastinya sudah hampir sembuh dan pastinya ubat-ubat itulah yang menyembuhnya. Dan kalau diingat dan terus diingat ianya boleh melukakan semula kalaupun ia sudah sembuh sepenuhnya. Memang benar, sekali kalau diluka pastinya tidak akan hilang kesannya itu walau sudah sembuh.

Ada baiknya kalau tombak itu dicabut, dirawat luka itu, dicarikan ubat dan jangan dipersoalkan atau ditanyakan atas sebab apakah luka itu terjadi. Yang perlu dilakukan hanya mencari silapnya sendiri kalaupun ia sebenarnya dan berhakikat silap itu datangnya dari orang lain.

Mencari silap dari yang lain hanya membuatkan luka itu menjadi sukar sembuh dan berdarah kembali kalaupun ia sudah sembuh. Apalah sangat nak dikenang kalau hari ini hidup yang dijalani semestinya sudah menjadi suatu yang lebih baik jika nak dibandingkan dengan yang lepas. Atau pun hidup hari ini semestinya menjanjikan suatu masa depan yang lebih sempurna lebih-lebih lagi kalau bercerita tentang masa depan di akhirat nanti.

Berjalanlah dengan semahunya kalau sudah nampak masa depan itu. Jangan berhenti dan melhat yang lain kalau ianya nampak tidak pasti. Apatah lagi menoleh belakang kalau ia hanya mencipta suatu yang menyakitkan.