Thursday, October 13, 2011

Sejarah Yang Digelapkan

Sebenarnya, dalam memahami situasi sebenar sejarah, ianya adalah amat sukar dan sangat subjektif berdasarkan perspektif pelbagai pihak yang melihatnya apatah lagi pihak yang mencatatnya. Kemudiannya diceritakan kepada generasi seterusnya.

Maka yang demikian ianya akan menjadi percanggahan bila mana pada suatu hari di kemudian hari mendakwa sebenarnya pada hari itu terjadi begini dan begini. Didatangkan pula dengan bukti sekian dan sekian. Kita yang sudah biasa dengan dengan sejarah yang sudah diberitahu dahulu mungkin sukar menerimanya. Apatah lagi jikalau pihak yang membuka cerita itu merupakan pihak yang pernah dicap sebagai berhaluan kiri dan tidak searus dengan fahaman kita. Tapi, adakah penceritaan itu tidak benar? Adakah mereka itu bukan wira sedangkan memperjuangkan yang sama tapi dari haluan berbeza? Ataupun sebenarnya kita telah dibohongi oleh sejarah yang digelapkan.



Ini adalah kisah sejarah kemerdekaan Malaysia yang dilihat dari sudut politikus yang dilabel haluan kiri oleh penjajah suatu masa dahulu.Haluan kiri itu dilabel hanya kerana mereka tidak mahu seiring dengan British lalu ditangkap, dipenjara malah ada yang dibuang negeri. Akan tetapi di sebelah satu lagi pihak diangkat sebagai pejuang kemerdekaan kerana tunduk kepada British dan berjaya memerdekakan Malaya dengan telunjuk British. Adakah hari ini kita benar-benar merdeka atau sebenarnya hanya sekadar retorik tapi hakikatnya masih sama cuma kini penjajah itu sudah bertukar warna kulit. Ya, kulit yang sama warna dengan kita, sebangsa dengan kita dan bercakap dalam bahasa kita.

Aku tidak kata yang anda semua harus percaya cerita ini 100%. Tapi seperti biasa dalam tulisan aku di sini, aku akan melihat dari pelbagai sudut walaupun dari sudut yang aku tidak berpihak. Ini adalah kerana untuk memahami dengan lebih jelas akan situasi dan memahami sebab ia berlaku. Ya, seperti biasa kebenaran itu selalunya sangat pahit ditelan apatah lagi kalau selama ini yang kita percaya berpuluh tahun hanya satu penipuan. Anda bijak, anda nilai sendiri.

Sumber video : 10 Tahun Sebelum Merdeka

Thursday, October 6, 2011

RIP - Steve Jobs Meninggal Dunia

Hari ini aku dapat berita bahawa pengasas dan bekas CEO Apple Inc. telah meninggal dunia dalam usia 56 tahun. Walaupun aku bukan seorang appletards dan agak anti dengan produk keluaran Apple, tapi aku amat mengagumi Steve Jobs sebagai seorang inventor dan usahawan hebat. Sebagai mengenang beliau sila layan video dan infografik di bawah yang sangat memberi inspirasi kepada kita dalam menjalani kehidupan. Ya kadang-kadang aku rasa orang bukan Islam lebih pandai menilai erti hidup dan bagaimana menikmatinya.

Klik untuk saiz lebih besar







Sumber infografik : thedailybeast.com
Thanks to @amrulazmi for the videotip

Monday, October 3, 2011

Kalaulah Baginda Masih Bersama Kita





Law kana bainana al-habeeb
La dana alqassi wal qareeb
Men taibateen qabl al mageeb
Taleeban qurbal habeeb

Fi qurbeehi anafsu tateeb
Wa tad'u allaha fa yogeeb
Anwaar taha la tagheeb
Baleeghna leeqahu ya mugeeb

Fadatka roohi ya habeeb
Mohamadun mukreemal ghareeb
Be qurbeeka arroho tateeb
Ya rahmatan lilalameen 
 


لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين 




Kalaulah Al-Habib (Nabi Muhammad) ada diantara kita..
Maka akan hampir kepadanya yang jauh & yang dekat
Daripada ‘Toybah’ sebelum ia lenyap..
Mengharapkan dekat denganya (al-Habib)

Hampir denganya jiwa rasa tenang
Jika kau berdoa pasti diperkenankan-NYA..
Cahaya Taha ( Nabi Muhamad ) tidak pernah lenyap
Pertemukanlah kami denganya Ya Mujib

Kan ku gadaikan nyawaku wahai Habib ( Nabi)
Muhamad yang memuliakan gharib (org yg jauh/ tidak dikenali)
Berhampiran dengan mu jiwa rasa tenang
Wahai Rahmat sekalian alam

Ya Habibi Ya Muhammad
(Wahai kekasihku Muhammad)
Ya Tobibi Ya Mumajjad
(Wahai penawarku yg dimuliakan)
Anta zul-Fadhlil—muayyad
(Kau yang memiliki segala kelebihan)
Jalla man solla ‘alaik
(Kemuliaan bagi mereka yg berselawat ke atas mu) 






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget