Kita tidak datang ke sini untuk membuat pilihan kerana kita telahpun membuat pilihan itu. Kita hanya datang ke sini hanya kerana untuk memahami kenapa kita membuat pilihan itu.
Monday, December 27, 2010
Harga Bapa Mertua
Kredit to Saharil.
Thursday, December 23, 2010
Tidak Sesuai Untuk Kanak-Kanak Malaysia
Kredit to Obefiend via Amir Muhammad
Friday, December 17, 2010
Gambar Apakah Ini?
A. Istana Purba
B. Rumah Api
C . Sebuah Pulau
Jawapannya adalah sebuah rumah api. Rumah api ini terletak di Cleveland Harbour, Ohio, USA. Ianya telah diliputi ais berikutan turunnya salji pada penghujung tahun. Rumah api ini kelihatan seperti istana purba macam yang selalu kita tengok dalam cerita dongeng orang putih. Macam menara tempat Rapunzel kena kurung pon ye jugak. Nice.
Sumber asal : Daily Mail
Tuesday, December 14, 2010
Power of Advertising
Aku rasa mungkin sekarang sudah tiba masa kita bertegas dalam menguatkuasakan penggunaan bahasa yang betul dalam pengiklanan dan mengenakan tindakan kepada pencemaran terhadap bahasa dalam pengiklanan. Mungkin pihak Dewan Bahasa dan Pustaka boleh memikirkan sesuatu. Aku ada satu idea di mana pihak DBP hendaklah menjadi salah seorang panel yang meluluskan mana-mana papan tanda atau signboard yang hendak dipasang oleh syarikat di premis mereka. Caranya , DBP hendaklah meletakkan stafnya di semua PBT yang berada di Malaysia ini. Ataupu seuruh sahaja PBT melantik seorang penasihat bahasa yang akan meluluskan lesen papan tanda yang akan dinaikkan.
Mungkin dengan cara ini masyarakat kita akan lebih menghargai bahasa. Keseragaman bahasa menunjukkan kesepaduan hati dan masyarakat kita. Kita harus berbangga dengan bahasa kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa.
Sebelum berakhir korang tengok iklan ni, Super LOL.
Kredit gambar to Saharil
Sunday, December 12, 2010
Wanita Bodoh Menuntut Matahari Adalah Miliknya
Aku tak faham ada orang sebodoh ni dalam dunia. Katalah dia cas kat aku pakai cahaya matahari, aku taknak bayar, boleh ke dia halang aku daripada menggunakan matahari. Atau boleh ke dia power off matahari tu dari terkena pada aku? Idiot Spanish.
Surat pengesahan kononnya dah sah la dia pemilik matahari.
Yang keluarkan pengesahan tu pon sama bodoh.
Saturday, December 11, 2010
Halal, Haram dan Shubhah
Skim piramid diharamkan kerana terdapat unsur-unsur riba di dalamnya kerana menjalankan pelbagai transaksi dalam satu akad sedangkan transaksi lain yang dijalankan tidak ada kena mengena dengan transaksi awal dan pihak yang berada di atas mendapat keuntungan di atas transaksi yang dijalankan oleh downline.
Ia juga menjadi gharar sekiranya perniagaan tersebut hanya berasaskan wang tanpa mempunyai sebarang produk di dalam transaksi tersebut.
Bagi aku dalam perniagaan seperti ini, adalaj lebih baik dijauhi kerana unsur penipuan adalah lebih banyak berbanding dengan kesucian sesebuah perniagaan tersebut. Ianya lebih kepada penganiayaan dalam transaksi yang besar dengan dijanjikan keuntungan berlipat ganda. Adakah kita sanggup menggadaikan agama dan tidak mempedulikan hukum hanya kerana ingin menjadi jutawan dan wang yang banyak? Hukum skim piramid ini sudah jelas haramnya yang telah difatwakan oleh ulama' di Malaysia.
Ianya hanya sekadar pergerakan wang ke atas dan bukan lagi perniagaan. Perniagaan bukanlah semata kerana wang sahaja. Tapi ianya adalah berkenaan dengan kesungguhan dan falsafah kita dalam menjayakan perniagaan itu.
Friday, December 10, 2010
Belut Elektrik dan Buaya
Kredit to Blogserius via Dr. Bong.
Thursday, December 9, 2010
Tukang Yang Fail
Wednesday, December 8, 2010
Horoskop dan Kehidupan Manusia
Sebenarnya horoskop ini lebih menjurus kepada penilikan nasib kita pada masa hadapan. Akan tetapi sebenarnya adalah haram kita mempercayai horoskop yang menjadi seolah-olah tilikan kepada kita hari ini.
Bertenung nasib bukanlah suatu yang baru. Ianya sangat popular ketika zaman Nabi Musa di mana pada ketika itu para pengamal sihir telah menggunakan syaitan untuk meninjau nasib seseorang yang telah ditentukan di Luh Mahfuz. Akan tetapi, syaitan hanyalah menipu daya mereka sahaja. Kelahiran agung junjungan besar kita Muhammad S.A.W telah menyebabkan syaitan sudah langsung tidak boleh mengintai-intai di Luh Mahfuz. Maka sebarang bentuk tilikan masa depan yang diamalkan sekarang adalah karut dan langsung tidak boleh dipercayai.
Mengapa kita harus mempercayai sesuatu yang kita sebenarnya tidak pasti pun sumbernya. Apatah lagi ianya berkaitan dengan untung nasib hidup kita pada masa akan datang. Seolahnya kita menyerahkan kehidupan kita sepenuhnya pada tilikan itu. Satu sahaja yang kita harus pegang, bahawa Allah sahaja yang menetapkan hidup kita dan kita masih lagi berupaya membuat pilihan dan memengertikan pilihan tersebut.
Horoskop adalah suatu yang tak menguntungkan. Ianya hanyalah suatu amalan paganisme yang sesat dan tak boleh digunapakai. Suatu amalan yang sebenarnya berbentuk kesyaitanan kiranya kita mempercayainya.
Sebelum berakhir, aku nak bawakan parody horoskop yang dikeluarkan oleh Saharil. Beliau memang setiap tahun akan keluarkan entri zalim pasal horoskop ni sebagai penentangan terhadap mereka yang mempercayai horoskop ni.
Tuesday, December 7, 2010
Inspira VS Lancer
Lagipun aku ada sedikit kecewa kerana aku ada jugak plan nak beli Lancer tu. Tiba-tiba Proton keluarkan klon Lancer pulak. So batalkan niat ajelah. Aku taknak buat apa-apa review pasal Inspira VS Lancer ni. Cuma aku ada kumpulkan sikit gambar-gambar kat bawah ni untuk korang nilai kualiti kedua-dua model ni. Jangan lupa ye kat bawah sekali tu ada parody Hitler pasal Inspira ni. Just for fun. Hahahaha.
Memperkenalkan Proton Inspira
Banglar King Kong - Sangat Fail
Monday, December 6, 2010
Bohong Lagi
Sunday, December 5, 2010
MLMers Gath
Kelihatan semua kapal terbang para pengamal MLM di parking kapal terbang di sebuah tempat yang tidak diketahui di Afrika.
Kredit to Media Siber.
Saturday, December 4, 2010
Gadget Terawal Dunia
Model pertama Sony Walkman - 1979
Jam tangan digital pertama keluaran Pulsar - 1970
Pemain VCR pertama The Telcan - 1960
Regency TR1 - Radio transistor pertama 1954
IBM SImon 1993 - Smart phone pertama
ANITA - kalkulator digital pertama 1961
Laptop pertama 1975
Thursday, December 2, 2010
Catch Me If You Can - The Malaysian Version
Semuanya terbongkar apabila salah seorang staff klinik swasta berkenaan telah membuat laporan polis terhadapnya kerana mencabulnya semasa bekerja. Siasatan menunjukkan beliau hanya ada diploma di dalam bidang perubatan dan pernah berkhidmat di hospital tentera di Melaka sebelum menjadi seorang "doktor."
Yang peliknya tu 'doktor' berkenaan 'Dr.' Helmi Abdul Hamid dah pun bekerja di tiga klinik swasta sejak dua tahun lepas. Apa majikan dia tak check ker? Penipuan di siang hari. Aku teringat satu filem yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio yang juga melakonkan penipuan ala-ala doktor ni. Tapi dalam cerita tu lagi banyak profession yang dia tipu termasuklah peguam dan juruterbang. Tak sangka di Malaysia pun ada juga conman ala-ala Frank Abagnale Jr.
Credit to - Utusan Malaysia
Wednesday, December 1, 2010
Pakai Gelang Merah Ketika Period
Perkara ni dikuatkuasakan kerana para bos syarikat di Norway hendak mengurangkan 'lost of productivity' yang kononnya disebabkan oleh kekerapan ke tandas oleh pekerja wanita. Kajian juga menunjukkan bahawa 1 daripada 3 syarikat di Norway telah memasang CCTV di dalam tandas pejabat mereka.
Apa la punya annoying orang Norway ni obsess sangat dengan kerja diorang. Sampai orang nak ke tandas pun nak control ke. Tapi rasanya kalau di Malaysia dibuat macam ni, mau jadinya huru-hara orang marah. Tapi aku ada satu cadangan, apa kata kalau diorang period tu pakaikan gelang AC Mizal? Nampak glamour skit ya'll. LOL....
Tuesday, November 30, 2010
Ibu Mertuaku in Facebook?
Nak lagi? Klik kat sini.
The Pipe Musician
Korang teka la sendiri lagu apa dia main.
Sumber asal - Blogserius
Monday, November 29, 2010
Siri Agak Seram - Boleh Tahan Seramnya
I wish they can make one horror movie one day, and also kicking off the Rozmey that only knows to trash talking only. Layan...
Gempar - Harry Potter Sebenar Mati 71 Tahun Lepas
Tapi hari ini Daily Mail telah mendedahkan bahawa Harry Potter memang wujud dalam dunia sebenar. Tapi Harry Potter sebenar bukanlah seorang ahli sihir macam yang ditonton korang semua tu. Tapi beliau adalah seorang askar yang telah terbunuh dalam satu serangan hendap yang berlaku di Israel pada tahun 1939. Maknanya semasa peperangan menubuhkan negara haram Israel dahulu.
Kubur Harry Potter sekarang berada di Ramla, Israel yang mana pada ketika ini menjadi tumpuan pelancong terutamanya kepada peminat siri Harry Potter itu. Apalah punya bodoh orang putih yang nak menonton Harry Potter sebenar yang tak ada kena mengena langsung dengan novel J.K Rowling tu.
Sunday, November 28, 2010
ACK - Belum Puas Menipu
Waddehel man. Tak habis-habis nak berlakon diorang nih. Kalau ye pun tak boleh nak counter back kat pendedahan yang Aidid buat, kau keep it quiet dan tunggulah polis yang katanya sedang membuat "siasatan" kepada Aidid tu. Then let the mahkamah judge who is the real conman. Is it Aidid or AC and his friends. Bring up the proof and sue Aidid in court if you dare to.
Some more, there's new screen shot of cheque yang tak seberapa amaunnya dipaparkan di web ACK. More lies? Yup. I think so. Satu lagi penipuan di siang hari secara terang-terangan yang bakal dipercayai oleh orang bodoh atau orang yang tak pernah tahu pasal akaun semasa yang boleh dibuka di mana-mana cawangan bank perdagangan di Malaysia ni. Boleh ke mereka ni tunjuk kat public cek yang dah berzaman tak pakai tu. Cek lama yang dah tak laku lagi diguna di mana-mana bank di Malaysia tu. Agak kalau aku tunjuk kat pakcik jiran aku yang ambil pencen tiap-tiap bulan pakai cek tu pon dia tahu yang cek tu dah tak boleh pakai lagi. Penipu jenis apa diorang ni?
Dah la tu, tak kira lagi orang yang dah join skim ACK ni yang dah setahun lebih tak dapat duit yang dijanjikan. Mana janji manismu ACK? Aku rasa ada baiknya kalau korang berhenti dari terus menipu rakyat Malaysia ni. Kesian. Dah la buat loan, lepas tu masuk skim ni yang tak nampak-nampak hasilnya. Pintu taubat masih terbuka. Semoga Allah berikan kamu semua petunjuk dan hidayahnya.
Sumber asal : Aidid Muaddib
Friday, November 26, 2010
Nabi Sulaiman VS Final Destination
Nabi Sulaiman menjawab, "Dia adalah malaikat maut, datang ke sini mahu mengambil nyawa kamu." Sahabatnya itu terkejut dan ketakutan lalu meminta Nabi Sulaiman menghantarnya ke India bagi mengelakkan untuk dicabut nyawanya oleh malaikat tersebut. Nabi Sulaiman memperkenankan permintaannya dan menghantar sahabatnya itu dengan memerintahkan jin menghantarnya ke sana.
Tidak lama kemudian, malaikat maut itu muncul semula dan berjumpa dengan Nabi Sulaiman. "Aku sebenarnya diperintahkan Allah untuk mencabut nyawa lelaki sahabatmu itu. Tetapi peliknya Allah memerintahkan aku mencabutnya di India sedangkan sahabatmu itu tadi berada di sini."
---
Aku sedikit ketawa bila dengar kisah ni. Dan serta merta teringat filem Final Destination yang dah sampai siri ke berapa tah. Pengajarannya sama. Mati adalah satu yang tak boleh dielakkan, tidak boleh ditangguhkan sesaat atau dicepatkan sesaat. Pantang maut sebelum ajal. Same goes to filem Final Destination tu. Survivor pada awal cerita dapat visi tentang kemalangan. Then try selamatkan yang lain padahal sebenarnya yang terselamat tu memang bukan ajalnya pada kemalangan di awal cerita. Memang nak mati kat tempat lain. Terselamat pada kemalangan awal tu hanya nak jadi sebab supaya dia boleh mati di tempat lain yang telah ditetapkan oleh Tuhan.
Aku tersenyum sendiri bila teringat kisah ni. Semoga kita semua diambil semula oleh Allah dengan sebaik-baik kaedah kematian. (husnul khatimah).
Tuesday, November 23, 2010
Afghanistan Yang Kasihan
Askar Afghanistan yang menyerah senjata mereka seperti yang dipertontonkan kepada media pada 4 Nov lepas. Berlaku di Herat Afghanistan.
Sumber asal : CBS
Monday, November 22, 2010
The Phone Story
Anwway, bukan nak cerita pasal HTC Wildfire atau SE lama aku tu. Tapi nak cerita new target aku sebelum habis tahun ni iaitu HTC HD7. Pada asalnya aku nak sambar HTC HD2. Tapi memandangkan ada new version of HTC in HD family ni, rasanya nak sambar yang ni kot.
Kenapa aku stim sangat dengan HTC ni berbanding satu lagi smartphone yang menjadi kegilaan ramai -- Blackberry. Aku dah usha Blackberry ni dekat 3 bulan lepas. Setiap kali aku pergi kedai, pegang mana-mana model Blackberry, aku akan tanya diri sendiri. "Why should I buy something that I'm not interested but crazy by others?" So aku decide tak ambil Blackberry. Aku tak stim. Apsal tah. Mungkin sebab interface yang tak berapa cun atau aku tak nampak apa yang menarik dalam Blackberry tu.
Kat bawah ni aku ada post video HTC HD7. Berplatformkan Windows Phone 7. Ada GPS, Bluetooth, WiFi, dan lain-lain fungsi yang wajib ada pada smart phone. Aku tak berapa pandai nak review phone ni sebab ni la first time aku menulis review pasal phone ni. So layan jer video kat bawah ni. Kalau aku dah pakai nanti aku review secara banyak yang boleh.
Sunday, November 21, 2010
Juruterbang Mengantuk dan Terhempas
Aku ingat memandu kereta ketika mengantuk saja yang boleh meragut nyawa. Rupanya menerbangkan pesawat pun mempunyai risiko yang sama jugak. Malah lebih banyak nyawa yang terlibat. Berhati-hati memandu di jalanraya dan di ruang udara.
Saturday, November 20, 2010
Berhala Krismas
Anyway, apa yang aku suka berhala ni dibuat dari botol plastik terpakai. Memang cool kalau tengok dari jauh. Benda ni ada kat Jusco Bandaraya Melaka. Nak tengok datanglah sendiri.
Thursday, November 18, 2010
Pak Sheikh Vs Me?
Lagi Fail!!
Nak Jadi Imam Punya Pasal
Rezeki dan Usahawan
Nak cerita lagi pasal 9/10 rezeki ni datang dari perniagaan. Sebenarnya kadang-kadang saya kadang-kadang sedikit emo bila ada orang datang kepada saya, dan bertanya itu dan ini pasal nak mulakan perniagaan. Macam mana nak dapat modal, macam mana nak maintain hutang bulan-bulan, macam mana nak cari market dan berbagai lagi. Kalau setakat sekali dua tu memang saya suka nak cerita. Tapi kalau dah berbelas kali tu kadang-kadang tu emo la jugak. Tapi apapun saya tetap memberi galakan dan nasihat yang positif kepada mereka yang berminat dan nak bertanya.
Sebenarnya bila jadi usahawan kita akan dapat tahu betapa bernilainya masa kepada kita. Kita akan sedar betapa bergantungnya kita kepada tuhan. Dan kita akan menjadi sangat percaya bahawa hanya tuhan saja memberi rezeki dan rezeki tidak datang dari tangan majikan kita, kerajaan kita, pelanggan kita, syarikat yang kita bekerja atau sesiapa sahaja yang kita gantungkan rezeki itu pada ketika ini.
Untuk menjadi seorang usahawan anda tidak perlu menjadi seorang genius. Atau anda juga tidak perlu untuk mengetahui sangat dalam akan selok belok suatu perniagaan. Anda juga tidak perlu untuk terlalu bermati-matian kerana wang kerana anda kena sangat perlu berpegang yang rezeki kita itu di tangan Allah. Dan Allah akan memberi kita rezeki dari sumber yang kita tidak pernah akan sangka. Untuk jadi usahawan, ada sesuatu yang paling perlu anda ada iaitu KEMAHUAN. Ya! kemahuan anda adalah yang paling perlu tanpa anda menoleh kebelakang atau melihat risiko yang bakal anda lalui di hadapan anda.
Kalau hari ini anda masih takut-takut untuk bertindak mengubah hidup anda kepada menjadi seorang usahawan dan menadah tangan dari tempat anda bekerja sekarang di samping motivasi yang semakin berkurang, memaki-maki bos anda dan pening kepala setiap hari, percayalah anda tidak akan ke mana. Anda juga akan menjadi cemburu kepada kawan atau mana-mana usahawan lain yang telah memulakan langkah walaupun dengan sekecil-kecil langkah dan terus mendaki tangga kejayaan yang mana anda masih di bangku lama anda masih lagi memaki bos anda.
Dont be a loser. Kita tidak akan berjaya kalau kita tidak bermula. Kerana tembok yang paling besar yang anda harus pecahkan adalah minda anda sendiri untuk memulakan langkah ini. Dalam Hijrah itu ada kejayaan dan cabaran kejayaan yang paling sukar ialah memulakan langkah kejayaan anda itu.
Satu lagi entri yang dikeluarkan untuk shufaad.com.
Wednesday, November 17, 2010
Bahasa Kita
Aku post video kat bawah ni sebagai nak tunjukkan kadangkala orang asing lebih menghargai bahasa kita lebih dari bangsa kita sendiri. Siap buat satu parody sebagai tribute kepada P. Ramlee. So fikir-fikirlah. Bahasa Jiwa Bangsa.
Anwar VS Cage
Kredit to Obefiend
Tuesday, November 16, 2010
Fail Banner
Sunday, November 14, 2010
The War Is On
Aidid Muaddib juga membuka sebuah fan page di Facebook iaitu "Say No To MLM" Yang tidak kurang ramai peminatnya termasuk aku yang hari-hari melepak di page ini mendapatkan info terkini tentang penipuan melalui skom piramid dan MLM scammers. Oleh kerana kepanasan dengan cemuhan dan kutukan oleh para fan di SNTMLM, pengikut ACK telah membuat satu fake blog Say No To MLM melalui laman blogger.com. Di laman ni dia telah berpura-pura menjadi aidid muaddib yang kononnya founder blog ini. Semua fan yang komen di SNTMLM telah ditayangkan mukanya di fake blog ini. Yang menariknya sampai muka aku pon telah ditayangkan di blog ini kerana telah post comment kat SNTMLM. Korang tengok kat bawah nih.
Wednesday, November 10, 2010
Masih Tak Berkesudahan
Aku yang tak faham ke atau sebenarnya mereka yang masih berperangai macam ni yang ketinggalan sebenarnya. Mahu saja aku buka satu blog khas, merungkai 1001 perangai Melayu yang aku tak berkenan atau yang aku segala apa macam sifat negatif Melayu yang aku nampak untuk dihentam. Atau sebenarnya sikap ini ada pada semua bangsa yang dimerdekakan kononnya dan merupakan suatu bangsa yang mundur satu masa dahulu.
Mengapa masih lagi ada perangai ikut-ikutan dengan orang. "Kalau orang tak pergi aku tak pergi la." Walaupun pemergian itu mampu merubah hidup seorang anak Melayu. Mengapa hari ini masih lagi ramai yang malas bekerja kerana terlalu memilih sedangkan pelajaran diri sendiri tu tidaklah setinggi mana. Apa nak jadi anak Melayu kini.
Aku sangat sedih melihat perangai ini. Perangai yang aku jangka sudah berubah di alaf baru. Di sebuah era kebangkitan semula Islam. Apa Nabi Muhammad itu masih tidak cukupkah untuk orang Melayu Islam untuk merubah perangai dan sikap mereka? Atau Al-Quran itu belum lengkapkah untuk mereka ikut sedangkan itu sahaja manual yang tuhan bekalkan untuk kita yang sangat pasti sempurna untuk kita ikut.
Sedarlah! Kalau kita masih berfikiran bodoh, maka orang lain akan terus memperbodoh kita walau berperi-peri kita kata kita tidak bodoh. Dan harus punya jatidiri sendiri tanpa ada taqlid atau ikut-ikutan yang akhirnya kita terlepas peluang untuk terus melangkah jauh membina empayar kita sendiri.
Tuesday, October 19, 2010
Kembali
Aku harap kembalinya dia hari ini tidak akan pergi lagi. Yang buruk jadikanlah sempadan. Semoga Allah sentaiasa melindungi kami sentiasa.