Selalunya kalau sesuatu yang kita nak tahu, harusnya yang nak diketahui tu hendaklah dipelajari. Dan terkadang suatu yang kita pelajari tu tak dapat kita marasai dan memahami sepenuhnya sehingga kita merasainya sendiri. Suatu ilmu yang hanya boleh dirasai itu dan tidak boleh dipelajari itu akan dipanggil sebagai Ilmu Ladunni. Yang mana biasanya didapati oleh pengamal-pengamal tasawuf yang menjanjikan suatu cinta yang amat hakiki dan sebenar-benar cinta iaitu cinta Ilahi.
Akan tetapi, adakah cinta makhluk itu boleh dianggap sebagai suatu yang Ladunni? Dan adakah benar suatu cinta itu hanya akan dapat benar-benar dirasai dengan mengalirnya titis-titis air mata yang menunujukkan sebenar-benar cinta seseorang akan cintanya terhadap sesuatu? Jika kita ditanya tentang cinta, memang sudah terlalu banyak definisi yang akan ditakrifkan oleh seseorang tentangnya. Adakah ianya sekadar perasaan, atau sejenis nafsu atau juga ianya tergolong suatu ilmu ladunni yang mana tidak boleh dipelajari dengan mengkajinya dari pihak ketiga tanpa kita merasainya sendiri dalam memahami erti sebenar akan cinta itu sendiri.
Jika dipandang dari sudut tasawuf, secara teori dan dasarnya, perbahasan tasawuf adalah berbentuk falsafah cinta Illahi dalam diri hamba iaitu kita sebagai manusia. Dan sudah pastinya pengamalan dan kaedah mencapai hakikat sebagai insan adalah suatu yang berbentuk menuju ke arah kebersamaan bersama kekasih sejati iaitu al-Khaliq yang maha pencipta dan maha pencinta kepada ciptaannya yang agung iaitu khalifah di muka bumi ini.
Berbalik kepada tujuan suatu kewujudan cinta, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyatukan dirinya dengan kekasihnya. Sebagaimana cinta sesama makhluk yang sentiasa berharap agar dapat duduk dan hidup bersama kekasihnya sehingga dipisahkan oleh suatu takdir yang pasti iaitu mati. Maka dengan itu sudah tentu menunjukkan cinta yang ada pada kita hari ini hanya sekadar bersifat yang sangat sementara. Ini kerana, sesetengah orang berpendapat bahawa penyatuan cinta sesama makhluk dianggap selesai setelah berlakunya sebuah perkahwinan. Jangan lupa, masih banyak lagi yang harus dilalui dalam sebuah ikatan yang kita sendiri tidak tahu tempoh masa yang Dia berikan kepada kita untuk merasai nikmat cinta itu.
Terkadang cinta itu tidak dirasa hanya sekadar bermain-main dengan hati. Kerana cinta itu sudah tentunya punya pengamalan-pengamalannya yang tersendiri bagi mengekalkan rasa cinta itu di dalam hati. Dan ada juga cinta itu lebih dirasai bila mana ada ruang-ruang pemisah antara kekasih dengan kekasih. Dan sebenarnya, inilah kaedah merasa cinta sebenar. Merasainya dengan tidak bersama adalah lebih kuat daripada bila bersama.
Semestinya suatu yang sangat sukar difahami dan semestinya pendapat ini suatu yang sangat sukar diterima. Jika dipandang dari sudut tasawufnya, ianya adalah sangat benar. Di mana kasih seorang hamba, yang merindui tuhannya ketika mana ianya berada didunia dan inginkan dirinya bersama tuhan agar cinta dan rindunya itu terbayar. Sedangkan dia sendiri pun tidak tahu apakah terjadinya bila mana ia bersama tuhannya dan kecintaan dan kerinduan itu sudah jadi apa? Begitu juga makhluk, yang bila mana sudah bersama kekasihnya kecintaan dan kerinduan itu sudah jadi apa? Tapi memang tidak boleh disamakan kecintaan hamba dan tuhan itu sangat lain tarafnya.
Memang fitrahnya bila terpisah akan datang rasa rindu, dan sudah jadi lumrahnya bila tidak bersama itu akan hadir rasa shahdu. Dan bila mana kerinduan itu terbayar, dan cinta itu terlihatkan bila sudah lama kan datang pula rasa jemu. Tapi kita tidak tahu apa akan jadi bila kembalinya kita kepada tuhan, rasa cinta dan rindu itu akan jadi apa?
Sesungguhnya hanya dia yang maha Satu. Menjadikan satu sebagai titik tolak akan sesuatu yang harus dicinta dan dirindu. Kerana bila ada satu tidak ada yang lain harus dikongsi meletakkan rasa cinta dan rindu. Menyentuh semua rasa cinta dan rindu itu adalah dengan tidak hanya dengan duduk bersatu, tapi masih boleh dirasa jika dipisahkan kerana fitrahnya adalah itu.
3 comments:
Ahin,
entri yg sgt meaningfull.
membuka mata hati pu3 tok menyedari akan cinta hakiki yang satu.
Tiada yang tebanding dari cintaNYA kerna cinta sesama manusia hanyalah sementara.
=D
ilmu baru: Ilmu Ladunni.
kau dah boleh buat Novel r beb...bila nak khawin?wakakak
mmm, sgt mendalam...
ada kena mengena gn diri sendiri ke?
ekekeke...
Post a Comment