Semalam masa aku driving balik umah tetiba plak teringat kat arwah atok. Dah lama atok meninggalkan kami. Sudah lebih 15 tahun. Dulu masa aku sekolah rendah aku memang sekolah dan tinggal kat umah atok. Lebih kurang 6 tahun jugak aku duduk kat sana. Balik umah mak samada ujung minggu atau petang2 ayah aku jemput balik.
Kalau petang2 atau ujung minggu atok akan bawak aku pegi kebun kat baroh. Aku mmg suka ikut pegi kebun sebab suka tgk banyak monyet dan main kat tepi perigi cetek tu. Aku pon tak tau apa la yang best sangat dok pegi kebun tu. Ada sekali tu atok tengah tebas daun pisang layu. Aku jalan depan atok. Ntah macam mana parang tu boleh jatuh atas kepala aku. Nasib baik tak luka atau benjol. Atuk marah aku sebab duduk dekat2 masa dia tengah tebas pokok tu.
Kalau pegi mana-mana aku akan naik basikal dengan atok. Aku duduk depan. Kalau pegi kuliah kat masjid aku akan pakai songkok. Atok akan selalu betulkan songkok aku pasal dia kata aku pakai songkok terbalik. Padahal memang aku dah pakai betul dah songkok tu sebab mata atok dah tak berapa nampak.
Aku masih ingat lagi ada sekali tu atok buat korban. Nak sembelih sekor kambing. Kambing tu atok lek bawah rumah sementara nak tunggu hari raya korban. Aku sempat ambik gambar dengan kambing tu. Atok yang pegang tali kambing tu. Aku rasa gambar tu busu aku ada simpan lagi agaknya.
Atok memang suka bercerita. Cerita kelakar, cerita nabi, cerita pengalaman masa dia keja kat rumah api kat singapore dan lain-lain lagi. Aku ingat lagi dia cerita kat aku pasal ayat seribu dinar. Lepas tu dia ajarkan aku ayat tu. Kalau aku pegi mana-mana terlihat frame yang tergantung ada ayat seribu dinar, aku akan teringatkan atok yang ajarkan aku ayat tu kat aku. Aku tau, atok punya harapan besar pada aku. Arwah nenek aku selalu sebut dulu masa pegi haji Atok memang tak lupa akan doakan aku setiap kali dia berdoa. Mungkan siapa aku pada hari ini dan segala apa kejayaan aku adalah dengan berkat doa atok.
Terlalu banyak kenangan aku dengan atok berbanding dengan cucu-cucu atok yang lain. Atok meninggal dunia sebelum aku sempat masuk sekolah menengah. Sebab kasih yang tak terhingga aku pada atok, aku telah cipta nama AHIN tu dengan nama atok sekali huruf N kat hujung akronim tu. Abdul Halim Ismail Nor. Md Nor adalah nama atok aku. Pada asalnya aku nak letak AHIM sebagai nickname aku tu. Tapi masa aku sekolah ada sorang member aku tu ayah dia nama Ahim. So aku tukar kepada N. Dan hari ini nama Ahin tu dah aku jadikan sbg nama sykt aku sekarang.
Atok, terima kasih atas segala kasih sayang dan tunjuk ajar atok dulu.Semoga atok sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah. Al- Fatihah.
p/s: Tetiba sebak pulak bila buat entri ni.
No comments:
Post a Comment