Thursday, April 2, 2009

Cinta Itu Masih Lagi Di Hati

Yang teristimewa....

Aku tahu terkadang jarak itu menjadi sempadan untuk kita selalu bertemu, tapi itu tidak bermaksud hatiku juga kan tersempadan sama untuk dekat di hati mu. Kalau itu bisa membuatmu ragu, buang saja ragumu itu kerana aku masih di sini dengan tiada ubahnya hati.

Kalau aku sepertinya kelihatan seolah tidak mampu memberikanmu kasih sepertimana mulanya dulu bagai cebisan habuk besi yang memarakkan sebuah api besar yang membakar kapas putih, hari ini api itu masih lagi membakar kapas yang masih bergudang banyaknya itu dan takkan terpadam kalau hanya disimbah sebaldi air.

Tiada kebosanan dalam hati, tiada yang lain lagi di hati dan tidak lagi aku mahu mengulang lagi sebuah lagi kisah kasih sementara yang pernah dirakam dalam beberapa episod sedih dalam memori minda ini. Biarlah ia padam sepertinya api di dalam sekam walau kutahu amat susah memadam semua itu dalam tempoh yang singkat.

Kamu teruslah lakukan apa yang kamu buat hari ini. Kamu terus-terusanlah cinta kepada siapa yang kamu cinta hari ini dan kalau terkadang kasih itu tidak terlihatkan olehku, tidak bermakna di situ yang aku tidak cinta sama kamu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...