Thursday, April 23, 2009

Kemaafsalahan

Aku terkadang tertanya sendiri, adakah kemaafan yang diberi itu menunujukkan suatu kesalahan tersebut menjadi suatu yang tak akan terlihatkan lagi dan keadaan yang berlaku akan menjadi suatu yang sama sepertimana sebelumnya ketika mana ianya sudah dimamah waktu. Sejauh manakah keikhlasan sebuah kemaafan yang boleh dilakukan oleh seseorang sehingga menjadikan sesuatu itu seperti sedia kala. Dan adakah bila berlaku suatu kesalahan yang serupa atau yang hampir sama, kesalahan yang telah dimaafkan itu tidak menjadi sebagai suatu rujukan kerana di situ telah menunjukkan suatu nilai keikhlasan dalam sebuah kemaafan.

Bila bicara soal ini, sudah pasti ianya akan menjadi sangat complicated. Ini kerana apabila sesuatu berlaku, ianya sudah pastinya dengan sebab. Adakah dengan membuat penilaian semula akan sebab berlaku dan bilamana kita mencari jalan untuk mengubah sesuatu yang menjadi punca akan sesuatu sebab akan merosakkan suatu tujuan asal yang bakal diketahui akan natijahnya?

Bila timbul persoalan sebegini, maka di situlah hikmah tuhan menghadkan ilmu seorang manusia. Yang mana kita hanya boleh sekadar merancang, mempraktik dan mengaplikasi akan sesuatu dan tidak akan tahu akan sesuatu yang akan terjadi pada masa depan. Boleh dikatakan semua amal manusia itu sangat bersifat eksperimental.

Oleh yang demikian, kesalahan yang dilakukan sudah tentunya menjadi suatu yang bersebab untuk mendapat suatu keputusan dan kesan yang lebih baik dalam mana kita mencuba dan mengusahakan sesuatu. Dan jika tidak berbuat apa-apa kerana takut akan kesalahan, maka akan menyebabkan kita akan menjadi seorang yang duduk bersahaja tanpa berbuat sesuatu. Jika kemaafan itu suatu yang sangat berat, mana mungkin tuhan telah mengatakan dia merupakan tuhan yang mempunyai sifat yang maha pengampun. Sungguh memang sebenarnya sifat mengampun itu sesuatu yang harus diikut dan ditiru sebagai manusia. Dan bilamana kurang ikhlas itu menyebabkan kita sukar menerima hakikat yang berlaku dan juga masih mengharapkan kesediakalaan itu kekal sepertimana yang dahulu.

Sebagai contoh, seorang kawan mengambil wang kita, dan pada akhirnya dia sedar dan memulang semula wang tersebut setelah sekian lama dan meminta maaf. Tapi kesan daripada itu menyebabkan kita tidak dapat meneruskan pengajian pada ketika itu dan akhirnya menjadi seorang tukang sapu pada hari ini. Akhirnya kita memaafkannya akan tetapi tidak mahu melihatnya lagi. Adakah perkara itu boleh diterima sebagai satu kemaafan? atau sebenarnya kita sekadar mahu melupakan perkara itu dan meneruskan hidup yang tidak menjadi sediakala dan masih menganggap dia itu bersalah dan kita akan terus berkalau-kalau.

Kemaafan memang bukan sekadar itu, dan juga kesalahan tidak juga sekadar itu. Dan menjadi suatu yang sangat agung kiranya kita mampu untuk menjadikan keadaan sepertimana sediakala setelah kemaafan diberi. Bukan mudah kita nak meredhoi. Kesilapan itu seolah paku. Jika sekali diketuk ke dinding, ia tetap meninggalkan bekas. Lubang-lubang itu adalah bukti akan kesilapan itu walaupun paku sudah dicabut keluar daripada dinding itu.

Berfikir sebelum bertindak, bermaaflah seikhlas mungkin dan berhati-hatilah sebanyak mungkin.

1 comment:

tEnTanGkIta said...

kemaafan senang untuk diucap akan tetapi amat sukar untuk dilihat keikhlasannya.. kadangkala kita berasakan bahawa kita telah dimaafkan akan tetapi hakikatnya kita hanya dimaafkan pada mulut sahaja.. Sememangnya orang yang bersalah semestinya dipersalahkan, tetapi kenapa orang yang meminta maaf amat jarang dimaafkan.. apakah kita yang bersalah tak punya jalan untuk kembali ke pangkal jalan.. Dan apakah disebabkan sikap mereka yang hanya memaafkan menggunakan mulut menyebabkan orang yang bersalah kembali membuat kesalahan kerana merasa diri mereka tak diperlukan dan tak dimaafkan... apakah kesalahan yang paling besar sesama manusia yang tak dapat dimaafkan? mungkin kita tak sehebat Rasulullah yang amat mudah memberi maaf walaupun dibaling dengan najis ketika hayatnya.. begitulah agug cinta yang mekar di hati Rasulullah... adakah kita umatnya yang hanya berzikir dan berdoa serta melakukan ibadat seperti yang diajarkan oleh baginda akan tetapi bila dilihat di dalam hati.. hitam kerana tiada ruang untuk kemaafan.. tentangkita sering terpanggil dengan isu nie.. dan tentangkita berharap agar tentangkita tak dibutakan hati untuk memaafkan sesiapa sahaja yang pernah melukakan hati lelaki besar ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...