Saturday, April 18, 2009

Janji Alam - The Song

Hari ini aku nak buat skit pendedahan ekslusif. Yang mana sebelum ni aku rasa belum sampai masa nak dedahkan pasal benda ni. So aku rasa telah sampai masanya. Aku akan memperdengarkan kepada kamu semua lagu tema blog ini dan sempena lagu ni jugalah blog ni diberi nama. Keterangan lanjut boleh tengok kat sini..



Memang pada asalnya aku taknak dedahkan pasal lagu ni kerana memikirkan soal hak cipta pencipta dan penyanyi lagu ni. Tapi memandangkan aku juga terlibat sama dalam pembikinan lag ni, maka aku rasa ada baiknya didedahkan dan diperdengarkan kepada semua. So harap enjoy lagu ni yerk.

Boleh download di sini

Bila bulan muncul diri,
Air laut pasang menjadi surut dan pantai kekeringan,
Itu janji alam,
Janji Alam,

Bila bulan muncul diri,
Manusia jadikan sebagai pedoman di tengah lautan,
Itu janji alam,
Janji Alam,

Bila bulan dilindung awan,
Pedoman tak kelihatan,
Tawakallah, tawakallah.

Apa diharapkan kebendaan,
Berserahlah pada tuhan,
Tawakallah, tawakallah,

Mati itu pasti yang hidup carilah sesuap rezeki,
Yang dijanjikan tuhan,
Hidup berdikari yang lemah dipapah yang tua dijaga,
Tunjuk ajarkan kami yang masih lemah, didunia ini,
Kau tunjukkanlah, kau tunjukkanlah kami.

6 comments:

noorhayaty85 said...

wah...terlibat dgn bt lagu ye...emm...bru tahu...

safirul amar said...

perghh, power tol r member aku ni, siap ada lagu tema lagu tuh, aku pun nak buat gak untuk blog aku, amar milan theme. syabas! satu eksperimen yang bagus.

safirul amar said...

seorang blogers dan komposer yang hebat, nanti jgn lupa belanja aku kat kafe ekk...bro..wakakak

Abdul Halim said...

hehe....buleh..buleh...

mat said...

ade lagu lain?...

Unknown said...

fakhruladnan@ymail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...