Monday, September 15, 2008

Kenapa Janji Alam?

Mungkin korang tertanya-tanya kenapa aku letak nama blog ni Janji Alam..sebenarnya nama tu diambil dari nama sebuah lagu ciptaan oleh geng2 aku sendiri yang bertajuk Janji Alam. Ini kerana semasa aku create blog ni lagu tu tetiba dimainkan leh PC kat opis aku ni. Jadi aku namakan blog ni sempena nama lagu tersebut lah. Bukan apa, lagu tu memberi seribu erti pada aku. Tentang kehidupan, tentang setiakawan dan juga kejadian2 tuhan terhadapa alam ini. Owh yerr..terlupa nak bagitau...lagu tu mmg tak di publish di mana2 syarikat produksi ataupun diterbitkan sebagai single oleh mana2 artis atau syarikat rakaman. Lagu tu dirakamkan di opis aku ni ajer...dengan berbekalkan sebijik gitar, mixer, dan dua orang penyanyi yang bukan professional (sorang je penyanyi, sorang lagi tu backup singer jer).

Bercakap pasal janji alam ini menunjukkan kepada kita betapa taatnya makhluk2 lain yang selain manusia seperti pokok, laut, matahari dan sebagainya kepada ALLAH yang menjalankan kewajipan mereka sebagai hamba dan makhluk yang bukan khalifah di muka bumi ini. Alangkah baiknya kalau semua manusia sangat taat dan tidak mengingkari tuhannya sepertimana makhluk2 tuhan yang lain ini menjalankan kewajipan sebagai makhluk yang tidak berstatus khalifah.

Yang penting dalam lagu tu menceritakan semuanya walaupun liriknya agak pendek. Kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan lagu ni aku boleh bagi secara percuma. nanti kau tinggalkan lah email kau kat komen tu. Aku takkan upload lagu ni kat internet pasal tak mendapat izin daripada komposer dan selaku penyanyinya. Nanti orang kata aku cetak rompak. Lagu ni mmg best dan berciri akustik. So kalau kau seorang pencinta rock yang anti akustik...aku rasa tak payaahla kau nak sebuk2 nak amek algu ni daripada aku. Gu chow dulu beb.

1 comment:

Unknown said...

Send kat sy bang lagu ni...0176895804

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...