Thursday, April 30, 2009

Sesuatu Yang Bukan Kita

Aktiviti melepak semalam menjadi sesaat tegang kerana suatu sindiran atas suatu gelaran yang tidak dapat diterima oleh seseorang. Padahal yang berkata tu bukannya berniat nak sindir. Hanya mengajukan suatu rancangan itu milik seseorang dan seseorang itu adalah yang tidak digemari oleh kawan aku yang disinonimkan dengannya. Yang disinonimkan itu tiba-tiba melenting marah sedikit. Konon katanya yang mengata itu (sebenarnya tak berniat) telah mencabul gencatan senjata.

Dan pagi tadi aku berfalsafah sendiri. Mengapa harus kita marah dengan gelaran yang diberi kepada kita, sekiranya kita tidak suka dengan itu. Bukankah dengan marah itu menunjukkan kita secara tidak langsung mengakui dan menerima gelaran itu kepada kita. Padahal secara hakikat kita masih menjadi diri sendiri tidak kira kalau orang mensinonimkan kita dengan siapa-siapa. Jika difikirkan semula ada benarnya. Kalau hari ini kita tidak mengakui dengan apa jolokan yang diberi pada diri kita, kita harus diam dan jagan berkata apa. Ini kerana sedemikian laku menunjukkan kita punya identiti dan personaliti sendiri. Oleh itu kita akan terus-terusan menjadi diri sendiri tanpa memikirkan kenegatifan yang dilontarkan kepada kita.

Terkadang bila melihat lentingan orang, kita jadi lucu. Seolah umpan itu sudah dimakan oleh ikan. Dan memang itulah tujuan sebuah jolokan. Melihat kemarahan seseorang sudah jadi satu hiburan. Akhirnya yang kena menjeruk hati dan yang menjolok itu terhibur sendiri.

Menjadi diri sendiri tak semestinya dengan membina personaliti hebat, tidak juga perlu menjadi seperti lelaki idaman malaya atau diva pujaan ramai. Kalau kita seorang yang bukan siapa-siapa, dengan menolak jolokan itu sudah memadai yang kita tidak mengambil personaliti yang diberi orang kepada kita. Apatah lagi kalau ianya suatu yang tidak kita sukai.

Apa-apapun perspektif diri sendiri itu yang terpenting dalam membina imej diri sendiri. Cukuplah dengan sekadar menjadi diri sendiri dengan norma-norma dan prinsip yang tidak mengeluarkan kita dari landasan sebagai manusia biasa.

Wednesday, April 29, 2009

Internet yang down

Hari ini secara magisnya, internet telah kembali kepada sediakala. Aku tak tau la berapa lama boleh bertahan. Sudah berhari-hari kerja aku jadi jem kerana ketiadaan internet. Tension sungguh. Inikah bangunan yang dibangga-banggakan yang berstatus MSC Cybercentre?

Sebenarnya sudah hampir dua minggu internet kat sini bermasalah. Aku dah report 2-3 kali kali kat management. Jawapan diberi hanya "Kitorang akan usahakan." Adus. Harapnya lepas ni jangan la mcm ni lagi. Hidup tanpa internet seperti siang tak bermatahari.

Saturday, April 25, 2009

Lagu Rindu - Kerispatih



Lagu Rindu - Keris Patih

Bintang malam katakan (sampaikan) padanya
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
Embun pagi katakan padanya
Biar ku dekap erat waktu dingin membelenggunya

Tahukah engkau wahai langit
Aku ingin bertemu membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah
Hanya untuk dirinya
Lagu rindu ini kuciptakan
Hanya untuk bidadari hatiku tercinta
Walau hanya nada sederhana
Ijinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan

Thursday, April 23, 2009

Kemaafsalahan

Aku terkadang tertanya sendiri, adakah kemaafan yang diberi itu menunujukkan suatu kesalahan tersebut menjadi suatu yang tak akan terlihatkan lagi dan keadaan yang berlaku akan menjadi suatu yang sama sepertimana sebelumnya ketika mana ianya sudah dimamah waktu. Sejauh manakah keikhlasan sebuah kemaafan yang boleh dilakukan oleh seseorang sehingga menjadikan sesuatu itu seperti sedia kala. Dan adakah bila berlaku suatu kesalahan yang serupa atau yang hampir sama, kesalahan yang telah dimaafkan itu tidak menjadi sebagai suatu rujukan kerana di situ telah menunjukkan suatu nilai keikhlasan dalam sebuah kemaafan.

Bila bicara soal ini, sudah pasti ianya akan menjadi sangat complicated. Ini kerana apabila sesuatu berlaku, ianya sudah pastinya dengan sebab. Adakah dengan membuat penilaian semula akan sebab berlaku dan bilamana kita mencari jalan untuk mengubah sesuatu yang menjadi punca akan sesuatu sebab akan merosakkan suatu tujuan asal yang bakal diketahui akan natijahnya?

Bila timbul persoalan sebegini, maka di situlah hikmah tuhan menghadkan ilmu seorang manusia. Yang mana kita hanya boleh sekadar merancang, mempraktik dan mengaplikasi akan sesuatu dan tidak akan tahu akan sesuatu yang akan terjadi pada masa depan. Boleh dikatakan semua amal manusia itu sangat bersifat eksperimental.

Oleh yang demikian, kesalahan yang dilakukan sudah tentunya menjadi suatu yang bersebab untuk mendapat suatu keputusan dan kesan yang lebih baik dalam mana kita mencuba dan mengusahakan sesuatu. Dan jika tidak berbuat apa-apa kerana takut akan kesalahan, maka akan menyebabkan kita akan menjadi seorang yang duduk bersahaja tanpa berbuat sesuatu. Jika kemaafan itu suatu yang sangat berat, mana mungkin tuhan telah mengatakan dia merupakan tuhan yang mempunyai sifat yang maha pengampun. Sungguh memang sebenarnya sifat mengampun itu sesuatu yang harus diikut dan ditiru sebagai manusia. Dan bilamana kurang ikhlas itu menyebabkan kita sukar menerima hakikat yang berlaku dan juga masih mengharapkan kesediakalaan itu kekal sepertimana yang dahulu.

Sebagai contoh, seorang kawan mengambil wang kita, dan pada akhirnya dia sedar dan memulang semula wang tersebut setelah sekian lama dan meminta maaf. Tapi kesan daripada itu menyebabkan kita tidak dapat meneruskan pengajian pada ketika itu dan akhirnya menjadi seorang tukang sapu pada hari ini. Akhirnya kita memaafkannya akan tetapi tidak mahu melihatnya lagi. Adakah perkara itu boleh diterima sebagai satu kemaafan? atau sebenarnya kita sekadar mahu melupakan perkara itu dan meneruskan hidup yang tidak menjadi sediakala dan masih menganggap dia itu bersalah dan kita akan terus berkalau-kalau.

Kemaafan memang bukan sekadar itu, dan juga kesalahan tidak juga sekadar itu. Dan menjadi suatu yang sangat agung kiranya kita mampu untuk menjadikan keadaan sepertimana sediakala setelah kemaafan diberi. Bukan mudah kita nak meredhoi. Kesilapan itu seolah paku. Jika sekali diketuk ke dinding, ia tetap meninggalkan bekas. Lubang-lubang itu adalah bukti akan kesilapan itu walaupun paku sudah dicabut keluar daripada dinding itu.

Berfikir sebelum bertindak, bermaaflah seikhlas mungkin dan berhati-hatilah sebanyak mungkin.

Tuesday, April 21, 2009

Menyentuh Cinta

Selalunya kalau sesuatu yang kita nak tahu, harusnya yang nak diketahui tu hendaklah dipelajari. Dan terkadang suatu yang kita pelajari tu tak dapat kita marasai dan memahami sepenuhnya sehingga kita merasainya sendiri. Suatu ilmu yang hanya boleh dirasai itu dan tidak boleh dipelajari itu akan dipanggil sebagai Ilmu Ladunni. Yang mana biasanya didapati oleh pengamal-pengamal tasawuf yang menjanjikan suatu cinta yang amat hakiki dan sebenar-benar cinta iaitu cinta Ilahi.

Akan tetapi, adakah cinta makhluk itu boleh dianggap sebagai suatu yang Ladunni? Dan adakah benar suatu cinta itu hanya akan dapat benar-benar dirasai dengan mengalirnya titis-titis air mata yang menunujukkan sebenar-benar cinta seseorang akan cintanya terhadap sesuatu? Jika kita ditanya tentang cinta, memang sudah terlalu banyak definisi yang akan ditakrifkan oleh seseorang tentangnya. Adakah ianya sekadar perasaan, atau sejenis nafsu atau juga ianya tergolong suatu ilmu ladunni yang mana tidak boleh dipelajari dengan mengkajinya dari pihak ketiga tanpa kita merasainya sendiri dalam memahami erti sebenar akan cinta itu sendiri.

Jika dipandang dari sudut tasawuf, secara teori dan dasarnya, perbahasan tasawuf adalah berbentuk falsafah cinta Illahi dalam diri hamba iaitu kita sebagai manusia. Dan sudah pastinya pengamalan dan kaedah mencapai hakikat sebagai insan adalah suatu yang berbentuk menuju ke arah kebersamaan bersama kekasih sejati iaitu al-Khaliq yang maha pencipta dan maha pencinta kepada ciptaannya yang agung iaitu khalifah di muka bumi ini.

Berbalik kepada tujuan suatu kewujudan cinta, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyatukan dirinya dengan kekasihnya. Sebagaimana cinta sesama makhluk yang sentiasa berharap agar dapat duduk dan hidup bersama kekasihnya sehingga dipisahkan oleh suatu takdir yang pasti iaitu mati. Maka dengan itu sudah tentu menunjukkan cinta yang ada pada kita hari ini hanya sekadar bersifat yang sangat sementara. Ini kerana, sesetengah orang berpendapat bahawa penyatuan cinta sesama makhluk dianggap selesai setelah berlakunya sebuah perkahwinan. Jangan lupa, masih banyak lagi yang harus dilalui dalam sebuah ikatan yang kita sendiri tidak tahu tempoh masa yang Dia berikan kepada kita untuk merasai nikmat cinta itu.

Terkadang cinta itu tidak dirasa hanya sekadar bermain-main dengan hati. Kerana cinta itu sudah tentunya punya pengamalan-pengamalannya yang tersendiri bagi mengekalkan rasa cinta itu di dalam hati. Dan ada juga cinta itu lebih dirasai bila mana ada ruang-ruang pemisah antara kekasih dengan kekasih. Dan sebenarnya, inilah kaedah merasa cinta sebenar. Merasainya dengan tidak bersama adalah lebih kuat daripada bila bersama.

Semestinya suatu yang sangat sukar difahami dan semestinya pendapat ini suatu yang sangat sukar diterima. Jika dipandang dari sudut tasawufnya, ianya adalah sangat benar. Di mana kasih seorang hamba, yang merindui tuhannya ketika mana ianya berada didunia dan inginkan dirinya bersama tuhan agar cinta dan rindunya itu terbayar. Sedangkan dia sendiri pun tidak tahu apakah terjadinya bila mana ia bersama tuhannya dan kecintaan dan kerinduan itu sudah jadi apa? Begitu juga makhluk, yang bila mana sudah bersama kekasihnya kecintaan dan kerinduan itu sudah jadi apa? Tapi memang tidak boleh disamakan kecintaan hamba dan tuhan itu sangat lain tarafnya.

Memang fitrahnya bila terpisah akan datang rasa rindu, dan sudah jadi lumrahnya bila tidak bersama itu akan hadir rasa shahdu. Dan bila mana kerinduan itu terbayar, dan cinta itu terlihatkan bila sudah lama kan datang pula rasa jemu. Tapi kita tidak tahu apa akan jadi bila kembalinya kita kepada tuhan, rasa cinta dan rindu itu akan jadi apa?

Sesungguhnya hanya dia yang maha Satu. Menjadikan satu sebagai titik tolak akan sesuatu yang harus dicinta dan dirindu. Kerana bila ada satu tidak ada yang lain harus dikongsi meletakkan rasa cinta dan rindu. Menyentuh semua rasa cinta dan rindu itu adalah dengan tidak hanya dengan duduk bersatu, tapi masih boleh dirasa jika dipisahkan kerana fitrahnya adalah itu.

Monday, April 20, 2009

Reverse Psychology


Dua tiga hari lepas, aku ada post kat sini pasal rokok yang dijual di kedai ubat. Hari ni Saharil pulak keluarkan entri yang lebih kurang sama macam aku keluarkan aritu. Aku rasa kengkadang reverse psychology tu mungkin sedikit memberi kesan kepada kumpulan sasaran. Mungkin jugak kedai yang jual ubat tu sedang melakukan reverse psychology jugak.

Sunday, April 19, 2009

Kalau Kail Panjang Sejengkal

Dulu kalau zaman Hang Tuah pepatah ni akan menjadi suatu yang biasa. Ntah! aku sendiri pun tak pasti. Tapi yang pasti kata-kata ini seolah menjadi bongkak, dan mematahkan semangat orang yang hendak mencuba sesuatu yang belum diketahui akan risikonya.

Bukan apa, rasanya kita dah mula boleh melupakan sedikit kenegatifan di dalam pepatah ini. Sebabnya terkadang kita agak takut mencuba suatu yang baharu hanya kerana melihat risiko akan sesuatu yang belum pasti benarnya di situ. Aku tak kata pepatah ini buat kita tidak maju. Akan tetapi kalau terdapat unsur negatifnya di situ, adakah mungkin ianya telah menjadi suatu musabab akan kegagalan sesuatu? Adakah ianya telah menjadi suatu tembok yang menghalang kita dari untuk melalui lebuhraya untuk ke destinasi impian selama ini?

Sebenarnya, memang lautan dalam itulah yang kita harus duga. Kerana di sanalah ada suatu yang kita boleh harapkan sesuatu yang besar yang bakal diperolehi. Kalau kita asyik memikirkan kail sampai bilapun kita takkan turun memancing. Mula-mula tu memangla ukur baju kat badan sendiri.

Kalau nak maju, harus berani ambil risiko. Kalau tak berani berubah, mana boleh nak berimpian besar. Kalau nak duduk sahaja, kita tak ubah menjadi seperti orang kudung tak berkaki dan hanya mengharap bantuan semata.

Saturday, April 18, 2009

Janji Alam - The Song

Hari ini aku nak buat skit pendedahan ekslusif. Yang mana sebelum ni aku rasa belum sampai masa nak dedahkan pasal benda ni. So aku rasa telah sampai masanya. Aku akan memperdengarkan kepada kamu semua lagu tema blog ini dan sempena lagu ni jugalah blog ni diberi nama. Keterangan lanjut boleh tengok kat sini..



Memang pada asalnya aku taknak dedahkan pasal lagu ni kerana memikirkan soal hak cipta pencipta dan penyanyi lagu ni. Tapi memandangkan aku juga terlibat sama dalam pembikinan lag ni, maka aku rasa ada baiknya didedahkan dan diperdengarkan kepada semua. So harap enjoy lagu ni yerk.

Boleh download di sini

Bila bulan muncul diri,
Air laut pasang menjadi surut dan pantai kekeringan,
Itu janji alam,
Janji Alam,

Bila bulan muncul diri,
Manusia jadikan sebagai pedoman di tengah lautan,
Itu janji alam,
Janji Alam,

Bila bulan dilindung awan,
Pedoman tak kelihatan,
Tawakallah, tawakallah.

Apa diharapkan kebendaan,
Berserahlah pada tuhan,
Tawakallah, tawakallah,

Mati itu pasti yang hidup carilah sesuap rezeki,
Yang dijanjikan tuhan,
Hidup berdikari yang lemah dipapah yang tua dijaga,
Tunjuk ajarkan kami yang masih lemah, didunia ini,
Kau tunjukkanlah, kau tunjukkanlah kami.

Friday, April 17, 2009

Segalakah Seadanya

Ramai orang cakap tentang sesuatu yang menjadi segalanya dan akan sesuatu yang seadanya bagi dia? Ada yang kata cinta yang dimilikinya adalah segalanya dan bersedia menerima seadanya tentang apa jua pakej yang datang bersama cinta itu dan dia akan membutakan sahaja dan tidak melihat yang lain selain cinta itu.

Ada juga yang yag kata yag mana wang itu adalah segalanya dan tidak cukup dengan sekadar seadanya. Segalanya yang memungkinkan kewangan yang bertambah, dilhat sebagai suatu peluang yang bakal tidak akan dilepaskan. Seiring dengannya yang lupa akan adanya tuhan yag mengadakan setiap segala dan memberi hambanya seadanya ataupun seada-adanya sebagai ujian ataupun limpahan kurnia nikmat olehnya yang maha memiliki.

Adakah dengan menerima sesuatu dengan seadanya itu sudah menunjukkan sebuah kesyukuran kita kepadanya. Ataupun hanya dengan meminta dan memperolehi segalanya baru kita mahu mula bersyukur dengan atas segala limpah kurnia? Tuhan memang maha pemberi dan tidak satu apa pun yang dipinta untuk diterima. Hanya secebis syukur dan bersikap dengan hati hamba sudah memadai baginya agar kita tahu tiada apa yang lebih baik selian mendapat redha darinya.

Kalau mahu segalanya, sampai mati pun takkan syukurnya kita. Kalau terima seadanya, jangan terlalu pasif hingga tak mampu maju ke hadapan pula. Dan rasanya dengan mengejar segalanya sambil menerima seadanya mampu membawa kita kepada hari ini sebagai mencipta takdir sementara pada masa depan pendek dan sambil menjamin masa depan panjang sebagai ingatan pada kita di takdir pasti nanti.

Jangan dikejar bayang itu. Kejar matahari dan pasti bayang itu mengikut kamu.

Thursday, April 16, 2009

Ubat ke?

Beberapa hari lepas masa aku jalan nak pulang ke opis, aku berhenti kat satu traffic light. Bila aku pandang kiri aku terlihat sesuatu yang menarik perhatian aku.



Klik kat gambar untuk imej yang lebih besar


Camne la dia definisikan kedai dia ni sebagai kedai ubat yek. Rokok tu dalam kategori ubat ker?

Wednesday, April 15, 2009

Demi Cinta - Kerispatih




Demi Cinta - Kerispatih

Maaf.. ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan hidupku,
dan kubawa kau s'perti diriku
Walau hati ini t'rus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi ku lakukan semua demi cinta
Akhirnya juga harus ku relakan kehilangan cinta sejatiku
Segalanya t'lah ku berikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku t'rima semua demi cinta

Reff :
Jujur, aku tak kuasa,s
aat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi, kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Ijinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya

Saturday, April 11, 2009

Atok - (The Origin of AHIN)

Semalam masa aku driving balik umah tetiba plak teringat kat arwah atok. Dah lama atok meninggalkan kami. Sudah lebih 15 tahun. Dulu masa aku sekolah rendah aku memang sekolah dan tinggal kat umah atok. Lebih kurang 6 tahun jugak aku duduk kat sana. Balik umah mak samada ujung minggu atau petang2 ayah aku jemput balik.

Kalau petang2 atau ujung minggu atok akan bawak aku pegi kebun kat baroh. Aku mmg suka ikut pegi kebun sebab suka tgk banyak monyet dan main kat tepi perigi cetek tu. Aku pon tak tau apa la yang best sangat dok pegi kebun tu. Ada sekali tu atok tengah tebas daun pisang layu. Aku jalan depan atok. Ntah macam mana parang tu boleh jatuh atas kepala aku. Nasib baik tak luka atau benjol. Atuk marah aku sebab duduk dekat2 masa dia tengah tebas pokok tu.

Kalau pegi mana-mana aku akan naik basikal dengan atok. Aku duduk depan. Kalau pegi kuliah kat masjid aku akan pakai songkok. Atok akan selalu betulkan songkok aku pasal dia kata aku pakai songkok terbalik. Padahal memang aku dah pakai betul dah songkok tu sebab mata atok dah tak berapa nampak.

Aku masih ingat lagi ada sekali tu atok buat korban. Nak sembelih sekor kambing. Kambing tu atok lek bawah rumah sementara nak tunggu hari raya korban. Aku sempat ambik gambar dengan kambing tu. Atok yang pegang tali kambing tu. Aku rasa gambar tu busu aku ada simpan lagi agaknya.

Atok memang suka bercerita. Cerita kelakar, cerita nabi, cerita pengalaman masa dia keja kat rumah api kat singapore dan lain-lain lagi. Aku ingat lagi dia cerita kat aku pasal ayat seribu dinar. Lepas tu dia ajarkan aku ayat tu. Kalau aku pegi mana-mana terlihat frame yang tergantung ada ayat seribu dinar, aku akan teringatkan atok yang ajarkan aku ayat tu kat aku. Aku tau, atok punya harapan besar pada aku. Arwah nenek aku selalu sebut dulu masa pegi haji Atok memang tak lupa akan doakan aku setiap kali dia berdoa. Mungkan siapa aku pada hari ini dan segala apa kejayaan aku adalah dengan berkat doa atok.

Terlalu banyak kenangan aku dengan atok berbanding dengan cucu-cucu atok yang lain. Atok meninggal dunia sebelum aku sempat masuk sekolah menengah. Sebab kasih yang tak terhingga aku pada atok, aku telah cipta nama AHIN tu dengan nama atok sekali huruf N kat hujung akronim tu. Abdul Halim Ismail Nor. Md Nor adalah nama atok aku. Pada asalnya aku nak letak AHIM sebagai nickname aku tu. Tapi masa aku sekolah ada sorang member aku tu ayah dia nama Ahim. So aku tukar kepada N. Dan hari ini nama Ahin tu dah aku jadikan sbg nama sykt aku sekarang.

Atok, terima kasih atas segala kasih sayang dan tunjuk ajar atok dulu.Semoga atok sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah. Al- Fatihah.

p/s: Tetiba sebak pulak bila buat entri ni.

Thursday, April 9, 2009

Menjaga Kereta

Pagi tadi aku pegi servis kereta 4WD aku tu. Sbb aku dgr pagi-pagi bila start enjin jer dah mula dengar bunyi yang bukan-bukan. Rupanya bila check minyak enjin aku dah kurang. Tak pasti sebabnya apa. Nak kata ada bocor bila check takde pulak. Apapun aku nak bagi tips skit kalau nak jaga kereta bagi mereka yang tak berapa sangat pandai dalam menjaga kenderaan. Aku ni dalam golongan yang ter berapa reti. So ada info sikit ni bolehla nak share.

1. First sekali kalau anda seorang yang selalu travel jauh, make sure minyak enjin tu sentiasa di tahap yang mencukupi. Rasanya korang tau kot macam mana nak cek minyak enjin. Kalau bagi yang pompuan tu aku rasa ramai yang tak tau. So boleh tanya kat jiran sebelah umah atau mana-mana brader yang ensem kat kedai pomen keta tu yerk. Sebab minyak enjin kalau tak cukup memang membahayakan tahap kesihatan enjin anda. Kalau kene overhaul...jgn salahkan kawan anda yang pinjam keta anda tu. Sebab dia pakai keta tu baru sehari.

2. Kalau nak jimat minyak, selalu la isi penuh2 tangki atau isi sekali dengan banyak di waktu malam atau awal pagi. Sbb bila tangki tak penuh ruang yang banyak akan memudahkan lagi sejatan di dalam tangki tu. So minyak anda bukan habis terbakar, tapi habis tersejat jer.

3. Pastikan suhu kereta tu di tahap yang betul dan tidak panas. Kalau dah melebihi tu tolong la periksa takat air dalam radiator tu. Jangan sampai meletup pulak enjin keta kau nanti.

4. Pagi-pagi kalau start enjin, jangan terus belasah jalan terus. Biarkan enjin panas dulu terutamanya kalau kau pakai kereta yang enjin diesel. Ini kerana bila panaskan enjin, membolehkan minyak dalam enjin tu dapat mengenai semua komponen dalam enjin sebelum kau mulakan perjalanan. Sebab bila malam sume minyak yang melekat kat komponen enjin tu dan turun ke bawah.

5. Bila pasang aircond, jangan letak level suhu tu pada tahap paling tinggi. Melainkan kalau kau bukak blower tu pada tahap tinggi jugak. Bukan apa, kalau compressor aircond tu sentiasa jalan akan menyebabkan menggunakan kuasa yang tinggi. Dengan ertikata lain byk pakai karen, bila byk pakai karen byk pakai minyak. Then pickup power kereta kau tu pun akan drop beberapa percent bila compressor tu berfungsi.

6. Pegi la servis keta kau tu bila dah sampai time. Jangan la sampai over miliage. Bukan apa, kalau pegi kat pomen so mgkn boleh perasan apa yang tak kena dalam enjin kau tu. So langkah pencegahan awal mmg sgt penting.

7. Aku tau korang ni mmg pemalas nak tukar wiper. So kalau kau ni jenis keje yang duduk kat opis je, angkat wiper tu bila kau parking keta. So tak la wiper tu melekat kat cermin tu bila waktu panas. Tapi kalau kau mmg keje berjalan jer, nak angkat wiper tu masa tak hujan boleh jugak. hehehe...

Rasanya tu je kot yang boleh dikongsi bersama, aku bukanlah pandai sangat pasal keta ni, cuma kongsi sikit2 jer. So kalau ada apape silap dan salah, boleh bagitau kat ruangan komen yek.

Tuesday, April 7, 2009

Aku dan Dirimu - Ari Lasso feat Bunga Citra Lestari


Aku Dan Dirimu - Ari Lasso feat Bunga Citra Lestari

Tiba saatnya kita saling bicara
Tentang perasaan yang kian menyiksa
Tentang rindu yang menggebu
Tentang cinta yang tak terungkap
Sudah terlalu lama kita berdiam
Tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
Memenuhi mimpi - mimpi
Malam kita

Reff :
Duhai cintaku... sayangku
Lepaskanlah perasaanmu
Rindumu, seluruh cintamu
Dan kini hanya ada
Aku dan dirimu
Sesaat di keabadian
Jika sang waktu bisa kita hentikan
Dan s'gala mimpi - mimpi jadi kenyataan
Meleburkan semua batas
Antara kau dan aku...
Kita...

Saturday, April 4, 2009

Kawan Gua - Apai

Ni aku nak cite skit pasal sorang member aku nih. Dia ni dulu satu kelas ngan aku masa kat sekolah. Aku ingat masa tu dia mengetuai suatu pertubuhan bawah tanah (underground) yang ahlinya jugak bebudak kelas aku. Nama dia Mohd Fairus bin Aris. Aku pun tak sure apa aktiviti geng bawah tanah diorang ni. Tapi nama geng tu aku ingat lagi. Name geng tu aku tak boleh nak mention kat sini atas sebab-sebab keselamatan.

Fairus ni aku kagum jugak pasal dalam ramai2 budak geng bawah tanah tu dia ni kira paling terror English masa tu. Antara pelajar kesayangan Puan Satrina (cikgu English kitorang) la jugak. Aku tak tau plak SPM 1999 tu si apai ni dapat gred apa English dia tu.

Lepas SPM aku mmg langsung tak jumpa si Apai ni. Tak penah tauhu ke mana dia pegi, tetiba bila sume geng2 batch aku dah grade sume si Apai ni pon ada masa gatering tahunan. Aku respek jugak dia ni sebab dia la jugak antara org2 yang bekerja nak reunite kan balik bebudak batch aku ni. Maklumlah masing2 sume dah keje dan ada haluan masing2. Bukan senang nak kumpulkan semula.

Skarang si Apai ni dah pun keje dengan sebuah syarikat IT. Padahal masa dulu dia ni memang anti budak2 yang ala2 cyber ni macam si Leman, Syahid and Nazri Nordin. Sekali dia pulak yang terlebih cyber plak.

Aku kengkadang suka jugak tengok hasil seni si Apai ni. Skarang dia dah terlibat dengan photography. Kira dasat jugaklah hasil kerja dia ni. Sebab aku tau mmg dari sekolah dulu dia mmg suka buat kerja-kerja seni ni. Dan hasil seninya tu memang selalu disabotaj oleh 'mereka-mereka' yang selalu tak puas hati dgn si Apai ni.



Ni adalah salah satu contoh hasil seni yang aku amek kat blogsite beliau. So kalau korang berminat nak pakai photographer untuk apape event ni boleh la call si Apai ni. Aku sure kau takkan menyesal. Selebihnya hasil keje beliau boleh tengok kat sini.

p/s:ni tolong promo ada komisen ker pai?hehehe....gurau je bro. jumpa kat Langkawi Sultanated 10th Anniversary Gathering.

Friday, April 3, 2009

Tag Lagi

Sebenarnya saja jer nak buat tag ni, bukan aper kebelakangan ni macam kurang idea plak nak tulis kat sini. So kepada follower saya yang dihargai Kenangan Terindah, jgn marah sebab menawarkan diri nak buat tag ni. Lagipon dia yang kata sesapa pon leh buat tag ni.Hehehe...

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama blog itu?

Nama blog sepertimana yang sume tahu Janji Alam. Nama tu diambil dari sebuah lagu yang tidak dipublishkan kat market oleh sorang kawan aku. Kau cari la entri yang lama-lama tu tajuk "Kenapa Janji Alam." Kat situ ada sejarah asal usul nama blog ni.

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://janjialam.blogspot.com

Rasanya tak ada penjelasan lanjut kot pasal ni. Sebabnya sama je link ni dengan nama blog nih.

3. Apakah method dalam penulisan blog anda?

Actually takde method yang khusus. Tapi aku hanya mengutarakan sesuatau yang aku rasa nak kongsikan saja kat sini. First aku cari satu phrase, then aku fikir dalam pelbagai konteks dan selalunya dari sudut tasawuf, falsafah dan akidah. Pastu aku taip je la kat sini.

4. Pernah tak terasa nak hapuskan blog anda? Kenapa?

Setakat ni belum lagi. Sebab aku suka buat blog ni dan orang baca. Readers aku pon tak ramai mana. Nantilah kalau akau rasa nak tutup aku tutup la blog nih.

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Saya tak kenal dia. Tapi saya rasa dia ni cool dan pandai control problem. Heheh. Jgn marah tau pu3.

6. Senaraikan calon yang akan di Tag.

First sekali aku nak tag Hisham
Then Murtadha
Then payed
dan terakhir sekali Gnie...hehehe (peace no war dear)

Thursday, April 2, 2009

Cinta Itu Masih Lagi Di Hati

Yang teristimewa....

Aku tahu terkadang jarak itu menjadi sempadan untuk kita selalu bertemu, tapi itu tidak bermaksud hatiku juga kan tersempadan sama untuk dekat di hati mu. Kalau itu bisa membuatmu ragu, buang saja ragumu itu kerana aku masih di sini dengan tiada ubahnya hati.

Kalau aku sepertinya kelihatan seolah tidak mampu memberikanmu kasih sepertimana mulanya dulu bagai cebisan habuk besi yang memarakkan sebuah api besar yang membakar kapas putih, hari ini api itu masih lagi membakar kapas yang masih bergudang banyaknya itu dan takkan terpadam kalau hanya disimbah sebaldi air.

Tiada kebosanan dalam hati, tiada yang lain lagi di hati dan tidak lagi aku mahu mengulang lagi sebuah lagi kisah kasih sementara yang pernah dirakam dalam beberapa episod sedih dalam memori minda ini. Biarlah ia padam sepertinya api di dalam sekam walau kutahu amat susah memadam semua itu dalam tempoh yang singkat.

Kamu teruslah lakukan apa yang kamu buat hari ini. Kamu terus-terusanlah cinta kepada siapa yang kamu cinta hari ini dan kalau terkadang kasih itu tidak terlihatkan olehku, tidak bermakna di situ yang aku tidak cinta sama kamu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...