Sunday, September 28, 2008

Berhari Raya


Aku tak tau kenapa sejak beberapa tahun kebelakangan ni Hari Raya telah kurang mengujakan aku. Mungkin kerana sudah semakin berkurangan rumah2 saudara mara yang aku kunjungi kerana 'pemergian' orang2 tua yang menyebabkan family aku berasa tidak penting lagi untuk berhari raya di rumah tersebut. Atau mungkin juga aktiviti berhari raya aku terlalu similar saban tahun dengan tentatif dan aturcara program yang sama. Mungkin aku perlu membuat sedikit perubahan dalam berhari raya kali ini untuk menampakkan ianya menjadi happening. Tapi kalau nak jadi happening macam mana pulak? Kalau taun2 lepas aku mungkin berasa tidak meriah kerana mempunyai beberapa masalah yang melibatkan ekonomi diri sendiri. Suatu yang agak pasti, yang akhirnya menjadikan hari raya aku tu sedikit hambar disebabkan oleh sedikitnya duit...huhu. Maklumlah masa tu bisnes baru2 jer nak idup...dengan masalah payment lambat, tanggungan aku dan lain lain..Tapi Alhamdulillah tahun ni aku dah belajar dan aku berjaya membuat persiapan yang lebeih awal dalam nak menyambut hari raya...walaupun masa dah last minit.

Berpuasa dan Berhari raya

Kadang-kadang aku berasa pelik kenapa orang kita ni terlalu excited nak berhari raya. Yerlah...mungkin hanya pada masa ni sahaja kita mampu nak bercuti panjang, nak menziarah dan bergembira dengan saudara dan kawan, pulang ke kampung, membuat pembaharuan kepada diri, rumah, pakaian dan sebagainya. Tapi kita hampir terlupa apakah sebenarnya penghayatan di hari raya yang perlu kita buat dan sebenarnya diimplementasikan apabila kita menyambutnya. Seperti yang aku rasa semua orang tau, kita beraya kerana meraikan kemenangan dalam kita berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan. Aku sedikit bersetuju bila ada mak bapak yang ada anak kecil bila nak ajar anak berpuasa dan mengugut "kalau tak puasa mana bleh raya". perkara ni aku rasa adabenarnya kat situ. Kalau ada yang syariat yang mengatakan barangsiapa yang tak berpusa maka haram baginya menyambut raya mungkin semua orang akan berpuasa. Tapi oleh kerana istilah puasa ini sangat subjektif, maka tiada lah syariat seperti itu diibuat oleh Yang Maha Esa untuk semua hambanya. Sebab puasa tu bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, akan tetapi menahan dari perkara2 yang membatalkan puasa dan MEMBATALKAN PAHALA PUASA. Bab nak tahan diri dari makan dan minum tu dah satu hal, menahan dari perkara yang membatalkan lagi satu hal, dan yang paling susah ialah bab nak menahan dari perkara yang membatalkan pahala tu......arghh...lagi sangat susah...untuk diri aku sendiri pun akau rasa payah.

Kepada mereka yang berpuasa, aku mengucapkan syabas dan tahniah. Semoga Allah memberikan kamu semua rahmat dan rahamnnya kepada korang. Yang tak puasa tu...kau takyah la nak sebok2 nak beraya mengalahkan orang yang puasa....takde maknenyer....hahahaha.Pandai2 lah korang...kubur masin2 jawab.

Selamat Hari Raya

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Idulfitri kepada semua umat Islam yang telah bertungkus lumus berpuasa di sepanjang bulan Ramadhan ini dengan penuh keimanan. Kepada kawan2 aku...ampun dan maaf dipinta sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja kepada kamu semua. Tahun ni la first time aku ucap selamat hari raya dalam blog aku....hehehe. Mungkin ni salah satu cara nak menghappeningkan raya aku tahun ni..Akhir sekali, Selamat Hari Raya Buat semua yang membaca entri ini. Semoga kalina akan terus dirahmati dan diredhoi oleh Allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...