Saturday, September 27, 2008

Cinta dan Hak

Sebagai manusia, kadang-kadang kita terlupa yang kita ada hak-hak kita yang harus kita penuhi, dan kita juga perlu memenuhi hak-hak orang lain juga sebagai manusia. Dalam bab cinta juga macam tu, kadang-kadang kita harus merelakan seseorang yang kita sayang kerana dia menuntut haknya untuk menyayangi orang lain sekiranya dia tidak lagi berminat untuk menyayangi kita. Itu sangat pasti dan sangat selalu berlaku dalam kehidupan kita.

Kadang-kadang kita juga terlupa, apabila seseorang mula meunujukkan kasih sayangnya kita mempunyai hak kita sendiri sama ada untuk menerima dan membalas kasih sayang itu ataupun menolaknya. Dan kalau kita menolaknya hendaklah dengan menggunakan cara yang paling baik dan halus untuk mengurangkan kelukaan dalam hatinya. Sangat mustahil apabila sesuatu cinta itu ditolak, pihak yang menghulur kasih tidak merasai keterlukaan di dalam hatinya.

Dan jangan kau sekali-kali menerima seseorang yang kau rasa tidak layak menerima cinta daripada hati kau sendiri, kerana keterlukaan kerana kau memaksa diri untuk menyayangi adalah lebih parah daripada kau menyintai seseorang dengan sebab hati kau sendiri sayang kepadanya. memang benar cinta itu boleh dipupuk, tapi ianya kalau dipaksa, akan menyebabkan kitidaknormalan dan ianya akan berakhir dengan cara yang tidak normal juga. Sungguh sarkastik bahasaku ini sampai aku pun tak memahaminya. Kau pikirlah sendiri.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget