Monday, September 15, 2008

Selamat Datang ke sini.....

Assalamualaikum.....terima kasih kerana terdatang ke blog aku ni....tak kira la samada kau secara sengaja ataupun secara tak sengaja telah datang ke sini. Sebenar-benarnya tak ada apa yang menarik yang korang nak cari kat sini....hanya sekadar omong2 kosang aku yang korang tak boleh nak buat hujah dalam mahkamat ataupon dalam mengistinbatkan sesuatu hukum yang boleh dibuat fatwa dalam ilmu fiqh...hehehe.....

Tujuan aku buat blog ni hanya sekadar nak memuaskan hati aku sebagai mengambil masa ber'privasi' kononnya. Tapi yang pasti blog ini takkan memberi kesan2 besar kepada aku seperti membabitkan aku untuk diheret ke ISA (OMG) atau menimbulkan perpecahan kaum, aku hanya sekadar meluahkan isi hati aku di sini dan mengutarakan pendapat aku yang bebas selaku seorang rakyat malaysia yang bebas serta mempunyai status warganegara.

Isu-isu di dalam blog ini juga akan menyentuh semua aspek kehidupan samada dari segi ekonomi, sosial, agama, politik, cinta, teknologi dan apa-apa saja yang aku rasa terfikir nak postkan kat sini termasuk juga aktiviti-aktiviti sosial aku selaku diri aku sendiri. Akan tetapi kalau ianya menyentuh kepada tentang kehidupan org lain atau perasaan orang lain...terlebih dahulu aku minta maaf. Blog ini akan bersifat diktator sepenuhnya yang mana ianya kurang mempedulikan hal-hal yang bekaitan orang lain. Jika anda tida berpuas hati dengan apa-apa yang telah di postkan di sini....anda boleh kritik di blog hak milik anda sendiri. Sebarang komen yang berniat untuk menjatuhkan maruah aku dan bersifat tdak berpuas hati berkemungkinan besar tidak akan di siarkan untuk tatapan umum....hehehe. Kan aku dah kata blog aku ni bersifat diktator..huhuh...

Oklah....apa-apapun selamat berliburan di blog ini (kalau ada unsur hiburan la) dan selamat berpuasa. Puasa jangan tak puasa......

1 comment:

mkhair said...

selamat berkarya.. semoga hasil nukilan bakal menjentik hati dan telinga insan2 yg membaca.. kalimah kebenaran harus disebarkan.. wallaua'lam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...