Tuesday, September 16, 2008

Tentang Cinta

Bertemu lagi kita kat sini....hari ni aku tak tau kenapa aku nak cakap tentang hal ni....mungkin kerana aku baru lagi berputusan hubungan dengan seseorang (actually 2 orang) baru2 ni...tapi apaper pon aku nak citer apa yang aku belajar sepanjang aku berhubungan dengan mereka-mereka ni semua...(maaf hubungan yang dimaksudkan tidak mengandungi unsur2 kelucahan di dalamnya).

Pertama sekali aku nak menegaskan bahawa...kalau kau bertemu dengan seseorang yang engkau suka...jangan la engkau lambat2 nak kata yang kau suka kat dia atau sayang pada dia kalau kau lihat daripada dia ada suatu respon yang positif..ini kerana ini akan mempercepatkan proses kau nak bercinta dgn dia. sebabnya kalau kau lambat ianya akan memudarkan rasa tersebut dan sangat berkemungkinan yang dia akan berubah kiblat dan melihat pada calon2 yang lain......lebih teruk lagi kalau dia memilih seseorang yang dekat dengan kau seperti kawan baik kau ker ataupon jiran sebelah rumah kau ke dan lain2 org yang kau rasa kau tak mau dia berhbungan dengan orang tersebut. Beware!!

Kerana dalam cinta ni, semua orang mempunyai hak mereka sendiri. Semua orang berhak memilih mana-mana individu yang disukainya untuk dicintai. Dan kalau kau seorang yang lambat dalam mengesan cinta seseorang pada kau...ada baiknya kau menjadi seorang yang mudah difahami dan tidak banyak kerenah dalam memilih pasangan.

Kalau kau rasa kau dah jumpa dengan seseorang yang dah boleh menerima diri kau seadanya...janganlah pulak kau teragak-agak nak menerimanya pulak ini kerana ia akan merumitkan keadaan hubungan kau tu. Dia akan cepat merasa tersisih dan rendah diri pada kau dan mungkin akan menganggap kau tidak suka atau terlalu sempurna untuk dia. Bercerita tentang kesempurnaan, mmg tiada manusia yang sempurna. Akan tetapi dalam bab percintaan kau ni, kau tak boleh mencari seseorang yang sempurna, ataupun merasa diri kau sempurna dari dia, sebaliknya carilah kebaikan dan kelemahannya untuk disukai dan dicintai. Memang sukar dalam menerima dan memberi cinta, tapi kalau kau cuba menjadi seseorang yang memahami dan redho kehendak Illahi, kau kan mudah menerima semua ini. Satu perkara penting...THINK POSITIVE...itu yang paling penting.walau buruk mana pun sesuatu itu, ianya akan menjadi baik sekiranya kau sentiasa berfikiran positif.

Cinta itu milik ALLAH..datangnya ia mmg tanpa diduga dan kadang-kadang tanpa disedari. Kadang-kadang kita memiliki cinta yang kita tak sanggup atau tak mahu miliki....segala-galanya terserah kepada diri kau sendiri. Buatlah solat istikharah kalau kau kehilangan atau kesepian daripada petunjuk-Nya. Insya-ALLAH akan ditunjukkan jalan yang betul.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget