Monday, September 15, 2008

ISA dan kerelevenannya dalam demokrasi

Baru-baru ni kita dikejutkan lagi dengan penahanan tiga orang ke dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Seorang dari pemimpin DAP, seorang penulis blog dan seorang lagi adalah seorang wartawan sebuah akhbar bahasa cina. Penahanan ini dilakukan atas dasar mereka ini terlibat dalam usaha menimbulkan konflik dan ketegangan antara kaum dan perkara-perkara yang menghina Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

Persoalannya kini, adakah ianya sesuatu yang patut menahan mereka dalam akta ISA sedangkan masih terdapat lagi saluran2 lain yang boleh mendawa mereka dan mengheret mereka ini ke mahkamah. Seperti yang kita tahu, ISA adalah satu undang2 yang tidak memerlukan mahkamah untuk menjatuhkan hukum ke atas seseorang. Pada asalnya ISA ini diwujudkan adalah untuk mempertahankan negara dari pengganas yang mengancam keselamatan di dalam negara dan boleh dihukum tanpa perbicaraan mahkamah. Akan tetapi kini ianya dilihat telah disalahgunakan oleh kerajaan yang mana akta ini digunakan atas kepentingan politik peribadi. Benda ni bukan baru berlaku, tapi digunakan sejak dari zaman mahathir lagi. Apakah malaysia yang kita diami ini sudah ketandusan undang2 untuk mendakwa orang-orang sebegini. Negara ini adalah negara demokrasi, penyalahgunaan seperti ini adalah salah satu contoh pencabulan demokrasi dan mengenepikan hak rakyat dalam bersuara.

Memang amat rumit hendak mengekalkan keamanan dalam sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum. Akan tetapi sekiranya penindasan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa terus berlaku, akan menyebabkan ketegangan bukan sahaja di kalangan kaum malah sesama kaum yang berlainan parti politik juga akan megalami kekeruhan hubungan.

Sebagai contoh hari ini sudah ada menteri di dalam kerajaan sendiri yang mempertikaikan tindakan meng'ISA'kan ketiga-tiga tahanan ini. Itupun mendapat kecaman daripada menteri yang lain kerana menganggap orang yang di dalam kerajaan yang tidak menyokong dasar kerajaan harus 'angkat kaki' dan berada di pihak yang lain. Demokrasi apakah ini?

Apa yang jelas, demokrasi di negara ini sudah jelas tercemar dgn tindakan pemimpin2 yang mencabul kesucian demokrasi yang setelah lama digunapakai di negara ini. Saya sangat sedih dalam hal ini kerana rakyat bukan lagi berkuasa kepada kerajaan. Walaupun hakikatnya, rakyatlah yang melantik kerajaan dan kerajaan bertanggungjawab terhadap setiap apa yang telah dijanjikan. Buka mata, buka minda dan terangkan hati....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...