Semasa aku membuat post ini....hari ini sudah masuk 16 September. Hari yang dijanjikan oleh DSAI untuk mengambil alih kerajaan daripada pemerintahan kerajaan BN setelah 51 tahun kemerdekaan. Telah berlaku banyak kontroversi yang timbul di dalam negara. Samada dari pihak pembangkang dan juga tidak terlepas orang2 yang di dalam kerajaan BN itu sendiri. Memang tak dinafikan politik negara pada masa skarang berada dalam keadaaan yang sangat genting. Apapapun boleh berlaku. Siapa sangka orang dalam kabinet sendiri telah mengkritik PakLah supaya mengkaji semula tempoh penyerahan kuasa kepada timbalannya Dato Seri Najib Tun Razak. Akhirnya Muyhiddin telah dikecam hebat oleh menteri2 yang lain sehingga ada yang mendesak beliau melepaskan jawatannya sebagai menteri kabinet dalam kerajaan. Adakah mungkin ini merupakan satu sandiwara oleh BN ataupun sebenarnya Muyhiddin sebenarnya telah membaca bahawa karier politiknya dalam BN takkan kemana jika beliau terus berada dalam UMNO? atau juga mungkin beliau juga akan mejadi MP yang akan melompat parti sepertimana yang didakwa oleh DSAI yang ada lebih kurang 30 MP BN akan melompat kedalam PR? apapapun boleh berlaku...
Bagaimana pula dengan Zaid Ibrahim yang khabarnya diberi cuti kerana menyerahkan surat perletakan jawatan sbg Menteri di Jabatan Perdana Menteri? adakah beliau juga salah seekor 'katak' yang akan melompat ke dalam PR? Demokrasi apakah ini sekiranya pendapat dalaman yang mungkin perlu dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan telah ditolak tepi dan dilihat sebagai tidak menyokong dasar kerajaan yang memrintah sekarang ini. Kerajaan adalah hak rakyat. Semua MP pilihan rakyat. Mereka adalah Wakil Rakyat. kalau dah namanya wakil rakyat, jadi suara yang dibawanya juga adalah rakyat. Mengapa semua suara rakyat ini harus diketepiakan oleh kerajaan yang memerintah? adakah kita sedang mendiami negara diktator atau negara yang mempunyai idealisme komunisme?
Semuanya akan terjawab pada hari ini...hanya masa yang menentukan. Samada DSAI ini hanya beromongan kosong bermimpi di siang hari ataupun agenda agungnya ini akan terus merubah cuaca dan senario biasa politik di Malaysia? semuanya menjadi tanda tanya.
Apa yang pasti, Pak Lah mungkin sudah tidak berapa releven dalam memimpin Malaysia, keadaan menjadi semakin buruk. Berdoalah kepada Allah, agar Dia memberikan yang terbaik untuk negara kita bagi kesejahteraan semua. Tidak kira siapa yang memerintah, asalkan membawa kebaikan dan tidak menyusahkan rakyat. Mudah-mudahan kita diredhai ALLAh.
No comments:
Post a Comment