Berpuasa dan Berhari raya
Kadang-kadang aku berasa pelik kenapa orang kita ni terlalu excited nak berhari raya. Yerlah...mungkin hanya pada masa ni sahaja kita mampu nak bercuti panjang, nak menziarah dan bergembira dengan saudara dan kawan, pulang ke kampung, membuat pembaharuan kepada diri, rumah, pakaian dan sebagainya. Tapi kita hampir terlupa apakah sebenarnya penghayatan di hari raya yang perlu kita buat dan sebenarnya diimplementasikan apabila kita menyambutnya. Seperti yang aku rasa semua orang tau, kita beraya kerana meraikan kemenangan dalam kita berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan. Aku sedikit bersetuju bila ada mak bapak yang ada anak kecil bila nak ajar anak berpuasa dan mengugut "kalau tak puasa mana bleh raya". perkara ni aku rasa adabenarnya kat situ. Kalau ada yang syariat yang mengatakan barangsiapa yang tak berpusa maka haram baginya menyambut raya mungkin semua orang akan berpuasa. Tapi oleh kerana istilah puasa ini sangat subjektif, maka tiada lah syariat seperti itu diibuat oleh Yang Maha Esa untuk semua hambanya. Sebab puasa tu bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, akan tetapi menahan dari perkara2 yang membatalkan puasa dan MEMBATALKAN PAHALA PUASA. Bab nak tahan diri dari makan dan minum tu dah satu hal, menahan dari perkara yang membatalkan lagi satu hal, dan yang paling susah ialah bab nak menahan dari perkara yang membatalkan pahala tu......arghh...lagi sangat susah...untuk diri aku sendiri pun akau rasa payah.
Kepada mereka yang berpuasa, aku mengucapkan syabas dan tahniah. Semoga Allah memberikan kamu semua rahmat dan rahamnnya kepada korang. Yang tak puasa tu...kau takyah la nak sebok2 nak beraya mengalahkan orang yang puasa....takde maknenyer....hahahaha.Pandai2 lah korang...kubur masin2 jawab.
Selamat Hari Raya
Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Idulfitri kepada semua umat Islam yang telah bertungkus lumus berpuasa di sepanjang bulan Ramadhan ini dengan penuh keimanan. Kepada kawan2 aku...ampun dan maaf dipinta sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja kepada kamu semua. Tahun ni la first time aku ucap selamat hari raya dalam blog aku....hehehe. Mungkin ni salah satu cara nak menghappeningkan raya aku tahun ni..Akhir sekali, Selamat Hari Raya Buat semua yang membaca entri ini. Semoga kalina akan terus dirahmati dan diredhoi oleh Allah.