Wednesday, July 6, 2011

Bersih 2.0 - Suara Rakyat atau Sentimen Perkauman

Sebenarnya dan sepatutnya artikel ini aku keluarkan minggu lepas. Tapi memandangkan keadaan masa yang kurang mengizinkan, maka baru hari ini dikeluarkan. Mungkin ada beberapa point yang aku ajukan di sini sudah tidak berapa sesuai atau tepat barangkali. Tapi aku harap ianya masih boleh dipertimbangkan dalam kita menilai isu Bersih ini. Sebelum lebih panjang, aku nak agar kita semua sedikit berlapang dada dan menolak sebentar isu kepartian tidak kira dari mana-mana pihak samada dari BN atau PR. Artikel di sini akan cuba bersifat liberal dan tidak bias agar kita boleh menilai isu ini dengan baik dan memikirkan baik buruknya kepada masyarakat Malaysia. Sebarang pendapat di dalam artikel ini adalah pendapat aku sendiri sebagai rakyat dan ianya tidak mewakili mana-mana pihak dalam parti politik di Malaysia.

Pertamanya Bersih adalah suatu badan NGO yang dikatakan berpihak kepada pihak PR yang tidak berpuas hati terhadap sistem pilihanraya yang dikatakan tidak telus dan tidak adil kepada pihak mereka. Antara tuntutan Bersih adalah untuk menggunakan dakwat kekal dalam pengundian, membersihkan senarai undi dan akses media yang adil. Kesemuanya ada 8 tuntutan akan tetapi aku hanya akan sentuh 3 perkara ini sahaja. Rasanya ada benarnya permintaan Bersih ini dan setakat ini aku bersetuju dengan 3 daripada 8 tuntutan Bersih. Rasanya adalah logik bagi pilihanraya kita menggunakan dakwat kekal berbanding penggunaan pensel pada ketika ini. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang pindaan yang mungkin boleh berlaku semasa proses pengumpulan undi ke tempat pengiraan undi. Pendapat ini tdak bermaksud berprejudis terhadap SPR, akan tetapi pelaksanaan dakwat kekal akan memperlihatkan keadilan dan integriti pilihanraya itu sendiri.

Pembersihan semula dalam senarai undi adalah penting kerana telah terdapat bukti yang menunjukkan bahawa terdapat pendaftaran pengundi luar biasa dalam sesuatu kawasan yang disyaki adalah merupakan pengundi hantu. Kewujudan pengundi hantu ini membolehkan seorang pengundi boleh mengundi di dua tempat dalam hari yang sama. Dan ini adalah tidak sah dan mencemar tradisi demokrasi yang diamalkan oleh negara kita. Sila rujuk link ini untuk cerita yang lebih jelas.

Di masa proses kempen sebelum pilihanraya, media adalah sumber informasi terpenting rakyat dalam mendapat maklumat terkini dan kempen-kempen pihak yang bertanding dalam pilihanraya. Akan tetapi di negara  ini manipulasi dan monopoli media telah menunjukkan bias pada sebelah pihak dan tidak menjurus kepada demokrasi yang adil dalam negara. Sepatutnya pihak media perlu bertindak lebih adil dan tidak bersikap bias atau double standard terhadap sesuatau pihak. Kita hanya perlu membiarkan rakyat membuat pilihan dan media tidak hanya mencemuh sebelah pihak dan memuji sebelah pihak yang lain. Sebaliknya sekiranya terdapat isu, maka media harus mengambil kenyataan kedua belah pihak agar rakyat dapat menilai pihak mana yang sebenarnya salah dan tidak harus diundi.

Pimpinan Bersih Dato' Ambiga pada hemat aku adalah tidak tepat dari segi personaliti tapi betul dari segi kelayakan. Dato' Ambiga sebagai orang yang bertanggungjawab dalam IFC dan juga peguambela bagi Lina Joy dalam kes murtad adalah suatu yang tidak boleh dimaafkan oleh semua umat Islam di Malaysia. Akan tetapi kelayakan beliau sebagai seorang yang membawa tuntutan Bersih sepatutnya masih boleh diganti dengan orang lain yang tidak punya isu personaliti sebagai seorang pembenci Islam dan penyokong liberalisme dalam beragama.

Provokasi terhadap Bersih pada aku adalah melampau di mana pihak UMNO dan PERKASA telah memainkan isu perkauman dan mengaitkan dengan Bersih. Bersih pada dasarnya mendapat sokongan pelbagai kaum dan bangsa tidak harus dilihat sebagai gerakan penghancuran Melayu seperti yang dilakukan UMNO dan PERKASA. Menilai Bersih secara indirect yang kononnya mahu mengkucar-kacirkan kawasan Melayu di tempat himpunan boleh dikira tuduhan racism tahap tertinggi dan paling bodoh dilakukan oleh dua pihak tersebut. Sepatutnya mereka tidak harus melihat ini adalah sentimen perkauman hanya kerana pimpinan Bersih dalah seorang India. Bersih tidak bertujuan mengadakan rusuhan kaum, ataupun menggulingkan kerajaan mahupun menimbulkan huru-hara. Bersih hanya sekadar berjalan di jalanraya sepertimana yang dilakukan pada hari kebangsaan atau perarakan maulidur Rasul. Huru-hara yang timbul sebelum ini adalah kerana tindakan menembak air oleh polis yang akhirnya kumpulan perhimpunan berlari bertempiaran dan akhirnya merosakkan harta awam yang boleh dikatakan tidak sengaja.

Mungkin ada baiknya Bersih diadakan di kawasan tertutup. Aku mencadangkan dilakukan di SIC kalau kumpulan Bersih mahu feel jalanraya untuk berjalan sekiranya perhimpunan di stadium tidak boleh mendatangkan feel sebenar perhimpunan protes sebegini. 

Sepatutnya pihak kerajaan perlu lebih prihatin dengan kumpulan seperti ini yang mahu mencadangkan sesuatu kepada kerajaan. Mungkin pihak Bersih juga harus mencari jalan lain selain mengadakan perhimpunan sekiranya mahu membuat protes kepada kerajaan atau menghantar sebarang memorandum. Mungkin kerajaan yang dilihat terlalu prejudis pada pembangkang menyebabkan hal seperti ini timbul.

Aku sokong dengan sikap Yang Dipertuan Agong yang mencadangkan kerajaan yang bersikap lebih adil dan menyelesaikan segalanya di meja rundingan bukan perhimpunan yang boleh mendatangkan rusuhan lebih-lebih lagi bila ada campurtangan dari PERKASA dan PATRIOT yang kelihatannya mahu bertempur den Bersih yang padahal tidak ada niat mahu bergaduh di jalanan. Kita perlu fikir mendalam, jangan melulu dan akhirnya kita hanya mempamerkan kebodohan kita yang selama ini orang lain tidak pernah tau pun kebodohan itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...