Mungkin ini adalah buat pertama kali aku menulis di blog ini review buku. Mungkin sebab aku agak lama meninggalkan hobi membaca ni. Tapi akhirnya mood membaca datang semula pada usia aku hampir mencecah 30 tahun (dah tua dah). Sebenarnya seumur hidup aku memang aku tak pernah beli novel. Seriously tak pernah. Pecah merupakan novel pertama yang aku beli selama aku hidup atas muka bumi tuhan ni. Kalau ada pun aku beli buku cerita masa aku sekolah rendah dulu. Dah lama dah beb.
Tapi itu tidak membawa makna aku tidak pernah membaca novel. Masa aku kecil dulu seingat aku ada novel banyak siri penyiasatan Siri Salmah dan Hardy Boys. Buku-buku tu berlambak kat rumah yang aku tak tahu sapa punya. Pada satu musim cuti sekolah tu mak aku menyuruh aku membaca buku-buku tu. Dan aku pun baca la buku tu semua. Rasanya hampir sepuluh buah buku tu aku habiskan membacanya dalam tempoh sepanjang cuti sekolah tu. Disebabkan semua buku tu adalah buku cerita penyiasatan ianya mungkin punca aku germar menonton CSI dan lain-lain cerita penyiasatan sehingga kini. Nasib baik hari ini aku tak jadi seorang detektif.
Pada asalnya aku memang dah start mula membaca semula pada tahun 2010. Sepanjang aku tak membaca buku, aku lebih tertarik pembacaan di atas skrin. Ya, aku lebih gemar membaca di skrin dari membaca di kertas. Sampai aku bercadang membeli tablet dan membeli buku digital untuk membaca. Disebabkan bajet yang tak cukup nak beli tablet so aku membaca di smart phone Android aku tu. Bosan. Skrinnya terlalu kecil untuk membaca tulisan-tulisan.
Akhirnya aku terjebak dengan Twitter. Seriously memang twitter sangat addictive. Di twitter aku mula berkawan dengan blogger-bloger terkenal dan juga para penulis buku. Pada asalnya aku tak tahu pun mereka adalah penulis buku walaupun aku sudah follow mereka sudah lama. Tapi bila mereka mula mempromosi buku-buku tulisan mereka aku rasa teruja. Teruja kerana aku tak sangka kawan-kawan merapu di twitter adalah penulis-penulis hebat. Atas dasar kawan so aku pon cuba-cuba nak membaca tulisan mereka. Di Pesta Buku Selangor aku pun membeli buku Rojak oleh Amir Muhammad dan Pecah oleh Khairul Nizam Bakeri.
Ternyata percubaan ini tak sia-sia kerana cara penulisan mereka yang agak bersahaja dan tidak terlalu terikat dengan hukum bahasa menyebabkan aku terus untuk membaca lagi. Akhirnya aku membuat kesimpulan bahawa, kalau aku mahu membaca aku mesti mempunyai du bahan sekaligus. Satu bahan adalah bahan ilmiah yang berat seperti buku agama atau falsafah dan satu lagi adalah buku bacaan ringan seperti novel atau himpunan certot. Bacaan ringan ini perlu untuk aku mengekalkan mood membaca supaya tidak bosan membaca buku falsafah.
Terima kasih kepada sahabat twitter yang menaikkan semula mood membaca aku. Anda tidak akan rugi kalau membaca kerana kita semua tahu bahawa kunci ilmu memang berpunca di situ.
Buku Fixi aku beli kat Pesta Buku Selangor |
No comments:
Post a Comment