Cerita ini berlaku sangat spontan.
Suatu petang di sebuah shopping complex di mana di bangunan shopping complex itu terdapat beberapa lot yang disewa oleh kerajaan sebagai pusat dan pejabat operasi. Seorang usahawan yang baru lepas berjumpa dengan klien kerajaan masuk ke dalam lif untuk membeli sesuatu di shopping mall itu.
Skrin penunjuk aras di lif menunjukkan angka 4. "Ah, ada dua aras aku lalu untuk ke aras 1." Lif turun meluncur perlahan dan berhenti di aras dua. Pintu lif terbuka. Dua orang bidak lelaki berpakaian kemeja lengan panjang putih, bertali leher dan berkasut hitam masuk. Diikuti pula seorang wanita muda (anak dara barangkali) berbaju kurung.
"Akak dulu masa interview government dulu dia tanya siapa nama Yang Di-Pertuan Agong tau." Perempuan muda itu memecah kesunyian di dalam lif itu. "Ye ke kak? kena jawab nama penuh ke?" tanya budak bertali leher itu kepada perempuan muda tersebut. Si usahawan hanya mendengar. "Ah, budak ni mesti nak pergi interview kat pejabat kerajaan kat Basement ni." bentak hatinya.
"Yelah, akak aritu siap kena sound dengan interviewer tu pasal tak dapat jawab nama penuh Agong, malunye." dia ketawa kecil. Lif turun dan berhenti ke di angka 2. Pintu lif terbuka. Usahawan itu minta izin keluar sambil minta dibukakan jalan keluar untuknya lalu berlalu sopan. Sebaik saja keluar dari pintu lif dia berpatah semula. Tangan kanannya menahan pintu lif itu dari tertutup.
"Dik, kau tahu nama ketua cawangan UMNO kampung kau?" tanya usahawan itu kepada salah seorang budak berpakaian kemas itu. Budak itu seolah terpinga bila diajukan soalan sebegitu oleh seorang yang tidak dikenalinya. Dia hanya memandang muka usahawan itu tercengang menggeleng tidak mengangguk pun tidak. "Haa...itulah soalannya nanti. (If you know you'll be hired)" Si usahawan sedikit sinis dan di dalam lif itu mereka semua tertawa kecil. Usahawan itu berlalu pergi. Pintu lif tertutup.
No comments:
Post a Comment