Monday, May 4, 2009

Pilihan Yang Tak Terpilih

Pernah tak kita bertanya pada diri sendiri, adakah seseuatu yang kita buat itu samada dalam dasar pilihan dan kemahuan diri kita sendiri atau kita hanya sekadar mengikut arus dan berbuat seadanya dan meninggalkannya serta membiar agar keadaan akan menyelesaikan selebihnya? Dan apabila suatu yang dilakukan itu sudah mencapai satu tahap maksima yang membosankan, akhirnya kita menyalahkan keadaan kerana kita di dalam keterpaksaan melakukan sesuatu itu.

Adakah pergerakan kita hari ini merupakan suatu kemahuan yang kita nak capai selama kita hidup di atas kefanaan ini? Dan kalau kita masih di suatu takuk yang tak berganjak, adakah suatu pihak ketiga yang lain harus dipersalah tanggungjawabkan di atas kestatikan itu? Apa kita tidak mampu membuat suatu perubahan terhadap apa yang harus dan sepatutnya kita lakukan?

Semuanya ada di tangan kita yang punya akal. Semuanya ada di tangan kita yang punya pertimbangan. Sekiranya kita mengetahui sesuatu yang kita mahukan, maka kita akan bergembira sehidupnya di kala ini. Memang terdapat pelbagai variasi 'Falsafah Kemahuan' pada setiap orang. Ada insan yang hidup berprinsip ekonomi, ada juga punya prinsip cinta, ada pula berkonsep kepuasan dalam mengecapi pengalaman. Apapun ia, sesungguhnya mempengaruhi apa yang kita buat sehari-harian. Ia juga seolah menjadi suatu persoalan tentang kesiapaan kita pada hari ini.

Tanya diri sendiri, adakah kerjaya kita itu menunjukkan kesiapaan kita pada hari ini? Ataupun penampilan personaliti kita menunjukkan kesiapaan kita. Dan ada juga mata-mata yang berperspektif melihat taraf takat ekonomi itu menjadikan kita itu siapa-siapa dan menjadi nilai kesiapaan kita pada hari ini. Tapi pada hakikatnya adalah, kerjaya itu tidak menunjukkan siapa kita hari ini. Hanya sebagai penilaian awal seseorang untuk menilai dan mengenal kita dengan lebih dalam.

Sebenarnya ilmu adalah suatu kayu ukur yang sebenar menunjukkan kesiapaan kita hari ini. Pertanyaan orang pada kita apakah kerjaya kita, adalah hanya suatu penilaian awal menilai di bidang apakah ilmu kita. Keahlian ilmu apakah yang telah kita terjun dan terakhir sekali barulah dilihat setakat mana dalamnya ilmu kita akan sesuatu. Adakah hari ini anda seorang Majistret, Jurutera, Guru, Akauntan, Usahawan, Ustaz atau seorang tukang sapu sahaja pada hari ini. Memang kelihatannya seolah sedang menilai kadar takat ekonomi tapi pada hakikat yang tersirat kita sedang menilai ilmu apakah yang ada pada seseorang itu. Memang itu yang sebenarnya yang hendak kita lihat kerana bukan semua jenis ilmu kita mampu untuk kuasai. Kita manusia mempunyai suatu keterhadan yang terbatas berbanding Dia yang punya ilmu tak bertepi.

Oleh yang demikian, kita perlu punya pilihan dalam berprinsip terutamanya dalam "Falsafah Kemahuan.' Harus tetap di situ atas dasar konsep apakah yang harus diletakkan falsafah prinsip tersebut. Fikir apakah yang kita lakukan hari ini merupakan sesuatu yang kita mahu atau sebaliknya. Membuat perubahan adalah hijrah dan dalam hijrah pasti ada kejayaannya di sana.

3 comments:

MaZNi PutERi said...

Alhamdulillah. Entri kali ini mudah difahami. Mungkin kerana kemahuan untuk memahaminya. Maka ianya dengan mudah untuk difahami.

Kita yang menentukan apa yang kita mahukan. Dan kita juga yang membuat pilihan. Maka segala-galanya akan jadi mudah. Tapi jika apa yang hasilnya tidak terjadi seperti yang kita mahukan, redhalah. Kerana mungkin DIA menyediakan yang lebih baik untuk kita. DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-NYA.

tEnTanGkIta said...

hehehe.. kata2 orang berseni nie kadang2 pening jika nka difahamkan.. tapi sebagai orang selalu mesti ada disisi janji alam, kena sentiasa cepat belajar dan memahami jiwa seni sepertinya..

ok2.. mengenai enri.. Sememangnya Allah menjadikan akal untuk kita menilai setiap baik serta buruk dan setiap2 satu amalan serta keburukan yang dibuat Janji Allah akan dihasab walaupun sebesar debu.. itu menunjukkan apa yang berlaku disebabkan apa yang kita kerjakan.. tetapi Allah telah menyediakan sebaik2 garisan yang sepatutnya kita ikut serta faham dengan maksud kewujudan garisan tadi.. kita WAJIB menurut segala perintah Allah serta meninggalkan segala laranganNya..
TentangKita selalu terlalai dengan kehendakNya.. akan tetapi Tentangkita sehari2 mencuba untuk memperbaiki hidup tentangkita berlandaskan apa yang disyariatkan oleh Allah dan Rasulnya..

Abdul Halim said...

berseni ker?apaper je lah. aku kats sini just nak share apa yang aku fikir dengan orang yang selalu menjengah kat sini.kan bagus menjadi seorang yang berfikir

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...