Tuesday, May 12, 2009

Membabikan Yang Haram atau Mengharamkan Yang Babi

Kita selalunya terpanggil tentang isu keharaman seekor haiwan yang dijadikan tuhan iaitu babi. Sehingga dalam masyarakat melayu pun menyebut perkataan babi adalah merupakan suatu kata kesat yang lebih berat berbanding perkataan seperti sial, lahanat dan lain-lain sumpah seranah lagi. Masyarakat Melayu Malaysia memang sangat sensitif dengan isu babi. Dan ianya dianggap suatu yang harus dipersenyapkan sahaja atau diselesaikan dengan kadar segera apabila isu yang berkaitan babi ini dikeluarkan dalam satu-satu masa.

Banyak isu pasal babi ni. Yang terkini ialah pasal virus H1N1, sejenis penyakit dari Mexico. Selain itu isu ternakan babi di Malaysia seperti di Melaka dan juga pembukaan besar-besar ladang baru di Selangor. Masih belum dilupakan tentang kemunculan virus JE yang juga berpunca daripada nyamuk yang menghisap darah babi. Dan yang paling menarik perhatian aku adalah isu babi yang melibatkan seorang pelajar perempuan kursus veterinar yang memperlakukan babi itu seperti anak kucing peliharaan.

Aku mencari suatu punca yang konkrit pasal isu babi ini. What is so a big deal about this kind of animal? Apakah salah babi ini sehingga sangat diprejudis oleh Melayu sebegitu rupa. Adakah kita tidak melihat hukum sesuatu itu didalam suatu dimensi yang betul, atau sebenarnya kita hanya bercakap seolah seperti seorang yang bersensitiviti tinggi di dalam ruang lingkup kejahilan? Bukankah kejahilan itu seperti perbuatan meludah ke langit?

"Babi adalah haiwan haram." Frasa ini membuat aku bertanya sendiri. Adakah benar babi itu adalah sesekor haiwan yang haram? Kalau haram, di celah manakah keharaman haiwan tersebut? Atas dasar nas apakah kita mengharamkan haiwan ini. Aku bawakan beberapa contoh pemikiran tentang keharaman haiwan ini dalam masyarakat Malaysia.



Petikan dari Saharil.com

Dan lagi satu entri ni

Dalam hal ini kita harus menilaikan babi ini dalam 2 perkara. Pertama dari segi keharamannya. Babi adalah sejenis haiwan yang haram dari segi memakannya. Dan tidak ada kaitan langsung dalam isu pengharaman di dalam menyentuhnya, dan juga memeliharanya atas dasar binatang peliharaan dan bukan tujuan pemakanan.

Keduanya adalah dari segi taraf kenajisan babi tersebut. Babi dan anjing tergolong dalam najis mughallazah. Namun begitu masih terdapat kaedah bersuci dalam membersihkan diri dari kenajisan babi dan anjing tersebut. Adakah dengan kategori babi ini dalam najis yang paling kotor membawa kita untuk terus mengiktiraf babi ini sebagai haiwan haram? Adakah dengan itu juga membawa kita terus menganggap menyentuh babi ini juga adalah haram.

Sebenarnya kita telah bersensitiviti di dalam ruang lingkup kejahilan kita sendiri. Kita telah berfikir tentang dua perkara yang berbeza dan disatukan menjadi suatu hukum yang sama dan akhirnya mendatangkan kepada kekeliruan. Dan harus diingat tidak suatu apapun yang dijadikan tuhan di atas muka bumi ini untuk sia-sia sahaja. Hanya kita yang harus berfikir, dan menilai dalam ruang lingkup dan skop yang betul bagi mencari nilai positif akan sesuatu perkara dalam kehidupan seharian kita. Aku bukan di sini nak membela nasib babi yang terprejudis. Akan tetapi menganjurkan supaya kita berfikir di dalam ruang ilmu yang betul supaya kita tidak melenting membabi buta. Selebihnya penjelasan tentang isu babi ini boleh dilihat di sini.

Berfikir dalam ruang kebenaran adalah lebih baik daripada berjuang dalam kejahilan.




2 comments:

hrmk said...

teman setuju dengan pendapat mike tue...

sebenornye.... kita gagal untuk berfikir secara teras. Lebih gemo memikir sembarono aje.

tEnTanGkIta said...

setiap kejadian Allah tue ada sebab2nya.. dan aper yang tentangkita rasa kejadian khinzir/babi utk manusia adalah untuk membezakan antara baik dan buruk.. mcm pokok kholdi kat syurga... hanya utk melihat samada Nabi Allah Adam taat atau melanggar perintahNya.. khinzir/babi sebenarnya menjadi sempadan antara halal dan haram... serta menjadi makanan bagi makhluk seperti harimau dan singa....

p/s: kalau salah betulkan yer..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...