Suatu yang salah cenderungnya dengan menutup kesalahan dengan suatu kesalahan yang lain. Dan pastinya kesalahan berikutnya itu pun ditutup dengan kesalahan lain. Kesukaran yang macam manakah yang dirasai pabila mana kesalahan yang sudah terlepas itu tidak mahu diakui. Besar manakah pembalasan dunia apabila mengakui suatu kesalahan yang telah dilakui.
Adakah menutup kesalahan dengan suatu kesalahan yang lain itu menyelesaikan suatu permasalahan. Kalaupun ia reda secara yang sementara adakah itu mampu menyenangkan hati dan minda kita bila melakukannya. Ini kerana kita akan tidak berpijak di bumi yang nyata bila sedemikan rupa lakunya. Kita sudah menjadi seorang yang 'jahil murakkab' pabila menutup suatu yang salah dengan yang salah. Apakah kiranya kalau menutup kesalahan dengan kebenaran sudah menjatuhkan martabat dan ego seseorang? Adakah kecalaran ego itu menjadi suatu isu besar dalam hidup kita?
Jahil murakkab menjadikan kita seorang yang terawang-awang tidak jejak ke bumi. Mana mungkin bangkai gajah ditutup dengan pelepah nyiur sahaja. Biar kebenaran tersingkap, dan terkadang kecalaran itu perlu kerana kesalahan membuat kita belajar. Terima saja padahnya itu kerna kalau ditutup lagi padah lebih besar menanti kita di kemudian hari. Biar hari ini ego itu kita bunuh jangan nanti kegoan itu membunuh kita suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment