Satu persoalan yang aku selalu fikirkan, adakah kita biasanya akan mengalah untuk kalah atau sebenarnya kita menang dalam satu sudut dan dimensi yang berlainan? Adakah dengan mengalah kita akan mendapat kesan negatif atau sebenarnya memberi keuntungan jangka masa panjang?
Mengalah tidak semestinya kita akan kalah. Dan kalaupun kekalahan itu dilihat sebagai jelas di satu perspektif individu yang bukan diri kita, maka itu belum tentu mendefinisikan kekalahan pada istilah sebenarnya dan ianya juga mungkin suatu kekalahan yang bersifat sementara. Dalam pada kita mengusahakan sesuatu, selalunya memang ada beberapa perkara yang patut dikorbankan seperti masa, wang ringgit, tenaga, perasaan dan sebagainya. Selalunya bagi seorang insan yang tidak gemar akan suatu keadaan yang menyebabkan ketegangan akan berlaku pengorbanan dan juga kekalahan terhadapnya.Apa yang paling sukar dan berat diterima adalah apabila ianya melibatkan soal perasaan. Sesuatu kekalahan akan menjadi sia-sia sekiranya tiada hikmah dan kebaikan yang diambil daripadanya. Akan tetapi untuk suatu tempoh yang panjang sekiranya kekalahan itu diambil positif daripadanya, maka kekalahan lama itu akhirnya menjadi suatu kemenangan pada hakikatnya.
Apakah yang lebih penting selain daripada kita mempunyai suatu yang seharusnya menjadi milik kita walaupun kita tidak dapat pada hari ini. Kekalahan memang suatu yang harus diterima pada hari ini. Dan mungkin definisi kekalahan ini tidak lagi diistilahkan sebagai kalah pada masa hadapan. Kita tidak memerlukan orang lain bagi mengisytiharkan kekalahan kita kerana hanya diri kita sendiri yang tahu bagaimana hendak meguruskan definisi kekalahan atau kemenangan pada diri kita. Ini kerana setelah sekian lama kita melihat kekalahan itu suatu yang statik dan aku cuba menjadikan istilah kalah dan menang itu sebagai suatu yang boleh difleksibelkan dengan melihat kesubjektifan dari dimensi yang berlainan.
Hanya hikmah yang kita cari. Kemenangan hari ini tidak bermaksud akan menang lagi lain kali. Mengalah hari ini adalah pengorbanan berharga buat diri sendiri bagi membina dan menjaga sesuatu untuk berkeadaan lebih baik lagi di masa hadapan. Jadi mengapa harus mengalah untuk kalah, kerna kita punya daya untuk menang meskipun dengan hanya mengalah.
2 comments:
sokong 102%.. hehe
salam kenal ^^!
Post a Comment