Aku tertarik pada satu falsafah barat yang berbunyi "Things happens for a reason" yang lebih kurang maksudnya setiap perkara yang berlaku itu punya alasan dan sebabnya tersendiri. Selalunya mereka akan mereka-reka cereka dan cerita yang menunjukkan akan sesuatu peristiwa dan kesannya pada mana-mana pihak yang berkaitan. Suatu kesimpulan awal yang boleh dibuat adalah sebab berlaku sesuatu itu punya natijah yang positif walaupun perkara itu sebenarnya adalah suatu yang buruk telah berlaku.
Adakah setiap yang berlaku perlu dialasankan atas sebab berlakunya ia. Atau kadang-kadang bila kita tidak punya jawapan,perlukah kita harus mengorek segala rahsia dan misteri akan sesuatu walaupun sudah melangkaui batasan pemikiran dan pengetahuan manusia? Sentiasakah suatu alasan yang diberikan itu, menjadi sebab yang konkrit walaupun kadang-kadang alasan itu terpaksa dibuat-buat hanya kerana mahu menyelesaikan permasalahan yang timbul pada ketika itu?
Selalunya kita akan cenderung memberi alasan bila suatu persoalan diajukan, walaupun kadangkala alasan yang diberi memang langsung tidak masuk akal sepertimana yang orang lain fikirkan. Dengan beralasan terkadang kita mencipta suatu sebab yang sebenarnya tidak wujud sedangkan sebab adalah suatu yang berlaku terlebih dahulu setelah berlakunya peristiwa yang hendak dialasankan itu. Mana mungkin suatu sebab itu wujud pada waktu kemudiannya berlaku peristiwa kerana tanpa sebab tiada akan berlaku peristiwa.
Memang benar segala yang berlaku punya sebab, dan selalunya sebab dijadikan sebagai suatu alasan. Usah mencipta suatu alasan yang sebenarnya tidak bersebab yang sebenar kerana dengan itu ianya sudah menjadi suatu pembohongan yang jelas walau tidak terluahkan oleh kata-kata akan kenyataannya.
No comments:
Post a Comment