Friday, May 29, 2009

Bersalahkah Keadaan?

Suatu ketika aku pernah sebut bahawa dalam kehidupan kita cenderung untuk menentukan sesuatu bersandarkan kepada keadaan semasa. Dalam pada itu selalunya keputusan itu dilihat tidak seperti apa yang kita mahukan dan kita mungkin akan sedikit tidak berpuas hati akan kesan yang berlaku. Oleh demikian, akhirnya keadaan telah dijadikan suatu modal untuk ditudingkan jari kepadanya.

Memang kebenarannya keadaan memang kita selalu tidak dapat ubah. Namun begitu kalau begitu selalu keadaaan yang selalu dipersalahkan, sudah menunjukkan bahawa kita seorang yang hanya suka beralasan dan terus mengatakan bahawa orang lain tidak memahami keadaan kiranya kita berada di tempat mereka. Berada di dalam keadaan yang tidak berubah dalam suatu tempoh masa yang panjang memang suatu yang hampir tidak boleh dimaafkan. Adakah kehidupan di dalam simpati manusia itu dilihat sebagai suatu yang berada di dalam nilai kemanusiaan ataupun sebenarnya adalah suatu penghinaan yang halus di dalam suatu sudut yang lain.

Tidak kira bila, sememangnya kesusahan dan masalah itu akan sentiasa datang dalam hidup dan akan menjadi asam garam. Namun jika kesusahan itu adalah dari jenis yang sama dalam tempoh masa yang panjang, ia menunjukkan bahawa kita tidak berusaha untuk berubah. Maka alasan-alasan itu sudah tidak terpakai lagi pada hari ini.

Jika mahu mengusahakan sesuatu, pastikan kita telah meletakkan jiwa kita padanya. Kalaupun belum berjaya, terus mencuba adalah lebih baik daripada terus mengalah untuk kalah. Jangan sentiasa beralasan, kerana itulah punca utama kita menjadi gagal dalam kehidupan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...