Saturday, February 28, 2009

Yang Lama Bertemu Sua

Terkadang aku terfikir sendiri, adakala bila kita bertemu sua dgn seseorang yang telah lama tak berjumpa, apakah tanggapan pertama orang itu pada kita setelah suatu tempoh panjang dan akhirnya bersua kembali. Apakah kita menjadi seorang yang lebih baik pada masa lepas atau menjadi yang sebaliknya pada hari ini.

Sepanjang minggu ni aku telah berjumpa dengan beberapa orang yang telah lama aku tak jumpa. Seorang guru yang yang pernah mengajar aku dahulu, seorang kawan yang tidak tinggal yang sama tempat dengan aku dan seorang yang pernah bersahabat baik dgn aku pada suatu masa sebelum dia mengubah status dari bujang kepada seorang yang sudahpun berkahwin.

Memang pastinya bila bertemu sua tu akan menjadi sebuah perbualan yang agak panjang. Menanya kabar kehidupan sepanjang tempoh tidak berjumpa dan memberi kata dan semangat sebelum pulang kembali membawa haluan masing2 sebelum berpisah. Kita terkadang lupa bila kita sentiasa berada bersama seseorang, kita tidak ingat kita bakal tidak akan bersamanya lagi di masa depan seperti hari ini. Tidak kiralah apa jua sebabnya, sama ada keadaan yang menjadi punca, atau perpisahan yang pasti iaitu mati.

Hari ini kalau seorang yang kita sayang masih bersama, kita harus ingat pasti suatu masa yang kita pasti berpisah dengannya. Mungkin sekalipun sedikit tidak terlintas di hati kita akan ketentuan ini atau kalau ingatpun sekadar mengabaikannya hanya sekadar beranggapan yang perkara seperti ini akan tidak perlu difikirkan dulu ketika masa ini. Akhirnya kita akan menjadi seorang yang sangat tidak bersedia akan kepastian itu yang menyebabkan kita akan seolah hilang iman hanya kerana tidak mempersiapkan diri akan keadaan ini.

Hidup di dunia ini hanyalah suatu wasilah kepada hadaf yang pasti iaitu kepada dia yang Maha Kekal dan Abadi. Dari dia kita datang dan kepadanya kita kembali.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget