Thursday, February 19, 2009

Kita Pasti Ke Sana

Memang kita sudah maklum, bila kita sampai saja ke sini, memang di sanalah tempat yang kita pasti akan pergi. Bila kita sampai di sini, bukan semua yang ada pada kita adalah milik kita. Dan pabila kita di sini kita akan menggunakan segala pinjaman ini yang semutlaknya milikNya sebagai sandaran atau loncatan untuk kegunaan di sini atau juga untuk bekalan kita ke sana. Kerana kita semua pasti yang kita pasti akan ke sana. Inilah namanya Takdir Pasti.

Kalau semalam kita sudah panggil sejarah, hari ini kita panggil usaha dan pastinya esok kita panggilnya masa depan. Dan seterusnya hari ini akan jadi sejarah, esok akan jadi usaha dan lusa akan jadi harapan di mana kita mengusahakan usaha hari ini yang bakal menjadikan sejarah esok yang akan dikenang di masa hadapan yang dahulunya merupakan harapan.

Kita pasti akan ke sana. Sana itulah yang dinamakan sebagai masa depan. Usaha hari ini yang disertai harapan bakal mencatatkan sejarah yang dikenang pada hari esok. Takdir dunia, memang suatu yang kita tidak pasti, tapi usaha kepadanya adalah masih perlu kerana dunia ini adalah jalan yang punya matlamat pendek dan matlamat panjang ke sana kepada suatu takdir pasti. dan terkadang kita lupa yang takdir dunia ini yang tersangat kita kejarkan sehingga kita lupa syariat yang membataskan.

Berdoalah agar takdir dunia kita akan menjadi yang terbaik untuk kita bekalkan untuk akhirat kelak. Belum tentu suatu yang kita minta merupakan yang terbaik untuk kita yang kita tidak tahu mungkin bakal merosakkan kalau ianya terjadi. Berharaplah agar kita sentiasa tergerak untuk berharap dan meminta suatu yang DIA tahu ianya merupakan yang terbaik untuk kita.

1 comment:

MaZNi PutERi said...

Abang...
I like the last paragraph.
Doakan segala yg baik2 buat kita...
Doakan semoga DIA sentiasa dengan kita, dalam memilih yang terbaik...
Ameen...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...