Monday, February 9, 2009

Aku Tahu atau Aku Tidak Tahu

Aku tahu sebenarnya mimpi itu mainan tidur sahaja, tapi aku tidak tahu alamatnya kalau aku seringkali bermimpi mengenai orang yang sama dan perkara yang hampir sama setiap kali aku bermimpi tentangnya. Dan pabila hadir orang baru yang mengatakan akan pergi bersama orang lain serta meninggalkan aku, aku tahu kebarangkalian kebenaran itu ada dan kebarangkalian itu terjadi masih terdapat peratusannya di situ.

Aku tidak tahu persoalan ini penamatnya bila, tapi aku tahu pasti ada penamatnya walaupun aku tidak tahu siapa yang akan menjadi dalangnya. Aku tahu kau mungkin pernah cuba meletak harapan atau memberi harapan pada aku, tapi kau tak berani menyatakannya hanya kerana intuisi-intuisi kamu yang kau sendiri tidak pasti tentang itu. Lantaran sesuatu yang kamu rasa sebagai instict yang menjanjikan kamu akan bersamanya dalam takdir itu. Aku tahu sehingga hari ini kau masih tidak pasti, walaupun aku tak tahu apa perasaan sebenar kau pada aku dan keadaan sebenar kau dengan dia.

Aku tahu kau masih tak sedia menerima kasih sesiapa walaupun aku tak tahu siapa dia pada kamu. Aku tahu tujuannya waktu mula-mula apabila kau cuba untuk mengenaliku, walau kini aku tak tau kenapa ada hubungan ini walau kau masih percaya intuisi-intuisi itu. Aku masih tahu yang kau sendiri tidak pasti takdir itu walaupun kau masih menganut kepercayaan padanya.

Aku tahu kalau aku terus mencuba, ianya akan meriskokan diri aku sendiri kerana aku sendiri belum pasti apa takdirnya. Tapi aku tak tahu kalau aku berhenti adakah takdir itu sama atau aku melambatkan suatu kepastian yang sebenarnya memang sudah tertulis. Aku masih tak tahu kalau pergi ketempat lain menjanjikan suatu yang lebih baik, atau sekadar menjadi jalan cerita sebuah takdir yang sama walau aku tahu mencuba itu lebih baik dari embiarkan situasi tergantung begini.

Tuhan, tunjukkanlah jalan yang engkau tahu terbaik untukku. Beri kemudahan agar ku tahu semua itu takdirmu yang kau sudah tuliskan terlebih dahulu. Dan berilah dia tahu kiranya itu takdirnya, "Aku sentiasa mendoakanmu".
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget