Semalam ter'YM dengan seorang kenalan yang berlainan gender. Dah lama jugak tak bersembang dengannya. Seorang yang agak special pada aku. Walaupun sekadar sebagai kawan. Rasanya aku pernah bercerita tentangnya dalam entri September 2008. Tapi aku dah delete entri tu pasal berselisih faham dengannya.
Katanya sudah nak berkahwin 26hb Julai ni. Disuruhnya aku berjanji akan hadir ke majlisnya nanti. Aku tahu yang dia sangat gembira ketika ini. Sehingga dia boleh melupakan perselisihan aku dengannya yang lepas.
Kadang-kadang kita tak tahu kenapa seseorang tu dihantar kepada kita dan siapa dia akan jadi kepada kita pada masa hadapaan. Dan terkadang kita akan tersilap nilai siapa dia akan jadi sehingga kita akhirnya akan diam sendiri. Selalunya chemistry kita akan anggap sebagai suatu yang merujuk kepada keserasian. Akan tetapi itu tidak menjamin apa-apa pada kita sebenarnya.
Aku gembira mendengar perkhabaran itu darinya. Sebabnya selalunya kalau dia bersembang dengan aku setelah lama, biasanya hanya akan meluahkan perasaan2 kecewanya dengan seseorang demi seseorang. Akhirnya dia bertemu juga. Semoga beliau berbahagia dengan pilihannya itu.
Dia dilahirkan menjadi kawan kepada aku. Dia didatangkan kepada aku agar aku belajar sesuatu. Dan aku rasa dia juga punya kaitan dalam pada aku bertemu jodoh aku pada hari ini. Baru hari ini aku sedar betapa 'kalau' itu punya maksud dalam, tersirat dan tidak boleh dinilai dalam suatu tempoh singkat. Seseorang itu kepada kita tak semestinya menjadi sepertimana apa yang kita fikirkan. Dan tuhan itu punya perancangan yang lebih panjang dan lebih berhikmah daripada apa yang kita jangkakan.
Terima Kasih dan Syukur atas segalanya....
2 comments:
Justifikasi keserasian hanya akan dapat dirasai sekiranya kita hendak merasainya.. seperti orang sedang bercinta.. sgala2nya dirasakan indah dan tak terkata.. akan tetapi Keadilan Allah tiada bertepi... apa yang berlaku adalah sebaik2 perancangan yang telah ditetapkan atas perbuatan kita sehari2 di dunia...
persahabatan amat dipandang tinggi oleh Islam dan ada yang berpendapat sekiranya kita hendak berbuat kebaikan kepada ibu bapa kita akan tetapi ibu bapa kita sudah meninggal.. oleh itu kita masih boleh berbuat baik kepada rakan atau sahabat baik kepada ibu bapa kita... itulah tingginya pandangan persahabatan di dalam Agama kita...
Dan Sesungguhnya tentangkita bersyukur mempunyai sahabat atau rakan seperti anda..!
tima kasih
Post a Comment