Sunday, June 26, 2011

Sedekah Ke Syurga

Ada sebuah cerita yang terjadi kepada seorang alim di timur tengah. Kisah ini terjadi kira kira 3 tahun lepas ketika hampir musim haji. Sheikh tersebut telah berniat untuk menunaikan haji pada tahun tersebut.

Pada suatu malam beliau telah bermimpi didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut berkata, "Wahai sheikh, aku ini Rasulullah, setelah selesai kamu kerjakan haji, pergilah ke negeri Jazair, jumpa Fulan Bin Fulan. Kau sampaikan salamku kepadanya. Beritahu padanya bahawa dia adalah ahli syurga.

Sheikh itu terpinga-pinga setelah bagun dari tidurnya. Adakah benar mimpinya itu. Pada malam berikutnya sheikh itu bermimpi hal yang sama. Bertemu Rasulullah menyampaikan salam kepada si Fulan itu. Beliau masih lagi belum mahu percaya mimpi itu. Pada malam ketiga, beliau bermimpi hal yang sama. Tapi kali ini dengan nada lebih tegas agar melaksanakan amanat itu. Barulah beliau mengerti bahawa mimpi itu adalah benar.

Maka setelah pulang dari mengerjakan haji, beliau pun ke negeri tersebut. Maka setelah bertanya penduduk di situ maka sampailah beliau di sebuah cafe. Maka orang orang di situ menunjukkan orang yang dicari oleh beliau.

Beliau terkejut orang yang dicari itu sedang bermain terup. Lagi sekali hairan adakah benar ini orang yang dicari. Beliau bertanya kepada orang tersebut. "Adakah kamu Fulan Bin Fulan?" Lelaki itu mengiyakan dan bertanya mengapa dan hairan bagaimana orang yang tak dikenali itu mengenalinya.

Lalu sheikh itu berkata, "Sebelum aku beritahu, aku mahu tanya apakah amalanmu hinggakan Rasulullah kirimkan salam padamu dan dia mengkhabarkan bahawa kamu adalah ahli syurga."

Mendengar itu si Fulan langsung pengsan. Setelah sedarnya ia, dia memberitahu kepada sheikh bahawa setiap bulan setiap kali gaji aku akan memberikan separuh gajiku pada seorang ibu tua di kampung ini yang mana beliau tidak punya sesiapapun. Hal ini sudah berlaku 12 tahun. Tiada siapa yang tahu hal ini hatta isteri dan juga anak anakku melainkan kamu yang datang membawa salam baginda nabi.

Lelaki itu berkata lagi kisahku ini boleh kau ceritakan tapi jangan disebut namaku. Sheikh itu terdiam seketika. Kini dia faham bahawa syurga itu bukanlah diberi oleh Allah kerana amalan yang banyak, tetapi amalan yang diistiqomah walaupun mungkin kecil tapi dengan keikhlasan yang tinggi boleh membawa kita ke syurga. Sesungguhya syurga Allah itu bukan untuk orang yang warak atau alim sahaja tapi layak juga bagi mereka yang biasa-biasa saja. Masuk syurga bukan kerana amalan kita, tapi masuk syurga kerana rahmat Allah yang redha dengan amalan kita walau sekecil manapun ia.

2 comments:

cek chun said...

Selain berterusan, bersungguh2 dan ikhlas, sedekah pun sebaiknya dirahsiakan. Bak kata beri tangan kanan, tangan kiri pon tak tAu. Correct me if I'm wrong.

Abg Bob said...

Bergenang air mataku apabila membaca artikel ni.

Benar, rahmat Allah itu amat luas, datang dari jalan yg tidak dijangkan.

Terima kasih kerana berkongsi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...