Sunday, June 12, 2011

Liberalism & Rasionalism VS Islam

Dalam masyarakat moden hari ini telah ada segelintir umat Islam yang telah mengkiblatkan pemikirannya kepada liberalism dan rasionalism. Secara permukaannya atau tidak pada dasarnya aliran pemikiran ini adalah suatu yang dilihat sebagai positif dan logik kerana ianya memperjuangkan suatu pemikiran yang di luar kotak dan memperbaiki kelamahan dalam sistem yang dijalani oleh umat manusia pada ketika ini khasnya umat Islam.

Akan tetapi semakin lama, aliran ini dilihat semakin jadi melampau apabila mempersoalkan norma-norma dan tatacara Islam malah ada ketikanya ianya menyentuh suatu yang telah telah ditetapkan oleh Islam sebagai hukum yang difatwakan oleh para ijma' ulama'. Jadinya perkara ini telah menjadi virus bilamana pendokong aliran pemikiran ini adalah golongan kelas kedua yang berpengaruh iaitu terdiri dari kalangan blogger dan juga penulis bebas yang menyiarkan artikel mereka di internet yang merupakan medium yang paling cepat dan penyebaran maklumat berbanding dengan radio dan TV juga media bercetak yang lain.

Mengapa aliran ini dilihat sebagai berbahaya? Ianya kerana para pendokongnya terdiri daripada mereka yang terpengaruh dengan budaya barat dan aliran pemikirannya. Di samping itu juga hujah-hujah yang diberikan sangat kelihatan logik pada pangkal akan tetapi pada hujung pengakhirannya adalah membawa kepada kesesatan umat dan kesalahfahaman terhadap Islam dan akhirnya menjadikan Islam menjadi suatu yang dipandang negatif hasil bawaan ulama' yang telah mengeluarkan suatu fatwa yang tidak dipersetujui mereka atau dalam ertikata lain mereka ini sebenarnya tidak senang dengan fatwa yang dikeluarkan oleh ulama' tersebut.

Aliran ini sebenarnya digalas oleh mereka yang sebenarnya tidak mendalami Islam secara esklusif dan mangambil pembudayaan ilmu kaedah barat yang membawa mereka supaya mengkritik akan sesuatu yang dibawakan oleh para ulama'. Berprejudis pada ulama' yang disifatkan oleh mereka sebagai golongan yang berkepentingan dan menjual agama sebagai mendapat keuntungan dunia. Pemikiran ini sebenarnya mampu mempengaruhi pemikiran orang lain yang kurang memahami Islam kerana ianya bersifat rasional dan logik akan tetapi ianya boleh membawa kesesatan. Pada dasarnya paksi asas golongan ini adalah sekularisme yang memisahkan kehidupan dan agama. Agama itu dikatakan suatu yang bersifat individual dan tidak boleh dipertikaikan oleh orang lain. Sedangkan Islam adalah sebuah Ad-din yang bersifat syumul dan memelihara kemaslahatan semua umat dan dari situ datangnya hukum yang melarang akan sesuatu agar tidak dilakukan.

Pada hemat aku, mungkin aliran semacam ini yang harus diletakkan di dalam ISA dan bukan hanya tahanan politik yang harus ditangkap. Ianya merosakkan pemikiran umat Islam. Islam tidak boleh hanya dapat difahami melalui akal sahaja, akan tetapi ianya hendaklah difahami dengan ilmu dan wahyu yang diturunkan oleh Allah. Kerana Tuhan itu maha tahu apa sebenarnya keperluan manusia dan tahu bagaimana harus sepatutnya manusia itu menguruskan urusan dunianya berdasarkan Al-Quran yang telah ditirunkan melalui Rasulnya yang mulia Muhammad S.A.W.

2 comments:

依之汉 said...

erk.. nak mengomen la sikit. Apa yang cuba disampaikan ni? Macam penuh isi tapi kosong jer. Contoh tak jelas. Point pun kabur2....

Hanya mengomen...

Latest entry: Soya Memang Buruk atau Orang jer Buruk?

cek chun said...

1 of d reasons aku unfollow mamat tu kat twitter. Well, he's ohsem n smart no doubt, but sekular gila.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...