Friday, June 3, 2011

#defahmi - Lagi Isu Hit Tertinggi di Twitter

Dulu masa aku sekolah rendah ada satu cikgu yang suka memberi hukuman dengan menulis pengakuan kesalahan sebanyak 1000 kali di dalam sebuah buku khas. Dengan cara itu mungkin boleh membuatkan murid-murid akan mengakui kesalahan dan mungkin juga tidak akan mengulang kesalahan yang sama di masa depan.

Tahukah anda juga bahawa sekarang sudah terdapat medium baru dalam memberi hukuman yang serupa sepertimana yang dilakukan oleh cikgu aku tu. Kini di twitter boleh menjadi satu medium baru untuk melakukan jenayah dan juga menjalani hukuman. Kalau anda perasan sekarang trending yang dalam top list adalah #defahmi. Beliau adalah seorang aktivis sosial. Dan aku rasa dia adalah rakyat Malaysia pertama yang menjalani hukuman di twitter yang mencetuskan pelbagari reaksi rakyat khasnya pengguna twitter.

Kisahnya bermula pada Januari lepas, Fahmi Fadzil (nama sebenar) yang menggunakan ID @fahmi_fadzil di laman twitter, telah membuat satu kenyataan kepada sebuah syarikat media bernama Blue Inc Media yang juga penerbit majalah Female Magazine melalui twitternya. Kenyataan beliau merujuk kepada seorang rakannya yang bekerja di syarikat itu pada masa itu sedang hamil bahawa syarikat tersebut tidak melayani wanita hamil dengan baik berdasarkan polisi HR syarikat tersebut. Memandangkan kenyataan itu tersebar di twitter beliau yang tidak kurang ramai followernya, maka Blue Inc Media telah melantik peguam untuk menyaman Fahmi yang disifatkan telah mengecam polisi HR syarikat tersebut dan juga menganggap kenyataan Fahmi itu sebagai fitnah. Setelah beberapa perbincangan antara dua peguam bagi kedua pihak tersebut, maka pihak Blue Inc Media telah bersetuju untuk menyaman dalam bentuk wang tetapi menghukum Fahmi untuk menarik balik kenyataan beliau di twitternya sebanyak 100 post selama tiga hari berkuatkuasa semalam.

Kes ini bukan sahaja menjadi perhatian umum di Malaysia, akan tetapi mendapat liputan antarabangsa kerana telah mendapat trending yang tinggi di twitter iaitu #defahmi. Pada aku cerita ini ada pengajarannya sama ada pada pihak Fahmi mahupun di Blue Inc Media. Mungkin kaedah sebegini agak berkesan kepada orang lain supaya berhati-hati dalam mengeluarkan keyataan di laman sosial.

Aku tak dapat cari apakah statement asal Fahmi ni sampaikan Blue Inc Media mahu menyaman beliau. Tapi pada aku mungkin teguran atau sindiran yang Fahmi buat tu ada betulnya dan pihak Blue Inc Media harus mengambil positif dan mengkaji semula polisi HR dalam syarikat mereka. Cuma cara Fahmi yang menggunakan laman sosial sebagai medium menegur adalah dilihat keterlaluan oleh syarikat tersebut.

Dalam bulan ni saja sudah 2 isu di Malaysia yang menjadi trending tertinggi di twitter. Aku harap kalau ada isu lagi biarlah isu yang positif dan membina. Harap hati-hati menggunakan laman sosial kerana ia mungkin akan meyebabkan anda jadi susah kalau anda salah gunakannya.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...