Kita tidak datang ke sini untuk membuat pilihan kerana kita telahpun membuat pilihan itu. Kita hanya datang ke sini hanya kerana untuk memahami kenapa kita membuat pilihan itu.
Tuesday, June 28, 2011
Sains dan Dilema Melayu
Monday, June 27, 2011
Sentimentasi Melayu dan Racism
Sunday, June 26, 2011
Sedekah Ke Syurga
Ada sebuah cerita yang terjadi kepada seorang alim di timur tengah. Kisah ini terjadi kira kira 3 tahun lepas ketika hampir musim haji. Sheikh tersebut telah berniat untuk menunaikan haji pada tahun tersebut.
Pada suatu malam beliau telah bermimpi didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut berkata, "Wahai sheikh, aku ini Rasulullah, setelah selesai kamu kerjakan haji, pergilah ke negeri Jazair, jumpa Fulan Bin Fulan. Kau sampaikan salamku kepadanya. Beritahu padanya bahawa dia adalah ahli syurga.
Sheikh itu terpinga-pinga setelah bagun dari tidurnya. Adakah benar mimpinya itu. Pada malam berikutnya sheikh itu bermimpi hal yang sama. Bertemu Rasulullah menyampaikan salam kepada si Fulan itu. Beliau masih lagi belum mahu percaya mimpi itu. Pada malam ketiga, beliau bermimpi hal yang sama. Tapi kali ini dengan nada lebih tegas agar melaksanakan amanat itu. Barulah beliau mengerti bahawa mimpi itu adalah benar.
Maka setelah pulang dari mengerjakan haji, beliau pun ke negeri tersebut. Maka setelah bertanya penduduk di situ maka sampailah beliau di sebuah cafe. Maka orang orang di situ menunjukkan orang yang dicari oleh beliau.
Beliau terkejut orang yang dicari itu sedang bermain terup. Lagi sekali hairan adakah benar ini orang yang dicari. Beliau bertanya kepada orang tersebut. "Adakah kamu Fulan Bin Fulan?" Lelaki itu mengiyakan dan bertanya mengapa dan hairan bagaimana orang yang tak dikenali itu mengenalinya.
Lalu sheikh itu berkata, "Sebelum aku beritahu, aku mahu tanya apakah amalanmu hinggakan Rasulullah kirimkan salam padamu dan dia mengkhabarkan bahawa kamu adalah ahli syurga."
Mendengar itu si Fulan langsung pengsan. Setelah sedarnya ia, dia memberitahu kepada sheikh bahawa setiap bulan setiap kali gaji aku akan memberikan separuh gajiku pada seorang ibu tua di kampung ini yang mana beliau tidak punya sesiapapun. Hal ini sudah berlaku 12 tahun. Tiada siapa yang tahu hal ini hatta isteri dan juga anak anakku melainkan kamu yang datang membawa salam baginda nabi.
Lelaki itu berkata lagi kisahku ini boleh kau ceritakan tapi jangan disebut namaku. Sheikh itu terdiam seketika. Kini dia faham bahawa syurga itu bukanlah diberi oleh Allah kerana amalan yang banyak, tetapi amalan yang diistiqomah walaupun mungkin kecil tapi dengan keikhlasan yang tinggi boleh membawa kita ke syurga. Sesungguhya syurga Allah itu bukan untuk orang yang warak atau alim sahaja tapi layak juga bagi mereka yang biasa-biasa saja. Masuk syurga bukan kerana amalan kita, tapi masuk syurga kerana rahmat Allah yang redha dengan amalan kita walau sekecil manapun ia.
Sunday, June 12, 2011
Liberalism & Rasionalism VS Islam
Akan tetapi semakin lama, aliran ini dilihat semakin jadi melampau apabila mempersoalkan norma-norma dan tatacara Islam malah ada ketikanya ianya menyentuh suatu yang telah telah ditetapkan oleh Islam sebagai hukum yang difatwakan oleh para ijma' ulama'. Jadinya perkara ini telah menjadi virus bilamana pendokong aliran pemikiran ini adalah golongan kelas kedua yang berpengaruh iaitu terdiri dari kalangan blogger dan juga penulis bebas yang menyiarkan artikel mereka di internet yang merupakan medium yang paling cepat dan penyebaran maklumat berbanding dengan radio dan TV juga media bercetak yang lain.
Mengapa aliran ini dilihat sebagai berbahaya? Ianya kerana para pendokongnya terdiri daripada mereka yang terpengaruh dengan budaya barat dan aliran pemikirannya. Di samping itu juga hujah-hujah yang diberikan sangat kelihatan logik pada pangkal akan tetapi pada hujung pengakhirannya adalah membawa kepada kesesatan umat dan kesalahfahaman terhadap Islam dan akhirnya menjadikan Islam menjadi suatu yang dipandang negatif hasil bawaan ulama' yang telah mengeluarkan suatu fatwa yang tidak dipersetujui mereka atau dalam ertikata lain mereka ini sebenarnya tidak senang dengan fatwa yang dikeluarkan oleh ulama' tersebut.
Aliran ini sebenarnya digalas oleh mereka yang sebenarnya tidak mendalami Islam secara esklusif dan mangambil pembudayaan ilmu kaedah barat yang membawa mereka supaya mengkritik akan sesuatu yang dibawakan oleh para ulama'. Berprejudis pada ulama' yang disifatkan oleh mereka sebagai golongan yang berkepentingan dan menjual agama sebagai mendapat keuntungan dunia. Pemikiran ini sebenarnya mampu mempengaruhi pemikiran orang lain yang kurang memahami Islam kerana ianya bersifat rasional dan logik akan tetapi ianya boleh membawa kesesatan. Pada dasarnya paksi asas golongan ini adalah sekularisme yang memisahkan kehidupan dan agama. Agama itu dikatakan suatu yang bersifat individual dan tidak boleh dipertikaikan oleh orang lain. Sedangkan Islam adalah sebuah Ad-din yang bersifat syumul dan memelihara kemaslahatan semua umat dan dari situ datangnya hukum yang melarang akan sesuatu agar tidak dilakukan.
Pada hemat aku, mungkin aliran semacam ini yang harus diletakkan di dalam ISA dan bukan hanya tahanan politik yang harus ditangkap. Ianya merosakkan pemikiran umat Islam. Islam tidak boleh hanya dapat difahami melalui akal sahaja, akan tetapi ianya hendaklah difahami dengan ilmu dan wahyu yang diturunkan oleh Allah. Kerana Tuhan itu maha tahu apa sebenarnya keperluan manusia dan tahu bagaimana harus sepatutnya manusia itu menguruskan urusan dunianya berdasarkan Al-Quran yang telah ditirunkan melalui Rasulnya yang mulia Muhammad S.A.W.
Awan Nano - Hafiz
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Friday, June 3, 2011
#defahmi - Lagi Isu Hit Tertinggi di Twitter
Tahukah anda juga bahawa sekarang sudah terdapat medium baru dalam memberi hukuman yang serupa sepertimana yang dilakukan oleh cikgu aku tu. Kini di twitter boleh menjadi satu medium baru untuk melakukan jenayah dan juga menjalani hukuman. Kalau anda perasan sekarang trending yang dalam top list adalah #defahmi. Beliau adalah seorang aktivis sosial. Dan aku rasa dia adalah rakyat Malaysia pertama yang menjalani hukuman di twitter yang mencetuskan pelbagari reaksi rakyat khasnya pengguna twitter.
Kisahnya bermula pada Januari lepas, Fahmi Fadzil (nama sebenar) yang menggunakan ID @fahmi_fadzil di laman twitter, telah membuat satu kenyataan kepada sebuah syarikat media bernama Blue Inc Media yang juga penerbit majalah Female Magazine melalui twitternya. Kenyataan beliau merujuk kepada seorang rakannya yang bekerja di syarikat itu pada masa itu sedang hamil bahawa syarikat tersebut tidak melayani wanita hamil dengan baik berdasarkan polisi HR syarikat tersebut. Memandangkan kenyataan itu tersebar di twitter beliau yang tidak kurang ramai followernya, maka Blue Inc Media telah melantik peguam untuk menyaman Fahmi yang disifatkan telah mengecam polisi HR syarikat tersebut dan juga menganggap kenyataan Fahmi itu sebagai fitnah. Setelah beberapa perbincangan antara dua peguam bagi kedua pihak tersebut, maka pihak Blue Inc Media telah bersetuju untuk menyaman dalam bentuk wang tetapi menghukum Fahmi untuk menarik balik kenyataan beliau di twitternya sebanyak 100 post selama tiga hari berkuatkuasa semalam.
Kes ini bukan sahaja menjadi perhatian umum di Malaysia, akan tetapi mendapat liputan antarabangsa kerana telah mendapat trending yang tinggi di twitter iaitu #defahmi. Pada aku cerita ini ada pengajarannya sama ada pada pihak Fahmi mahupun di Blue Inc Media. Mungkin kaedah sebegini agak berkesan kepada orang lain supaya berhati-hati dalam mengeluarkan keyataan di laman sosial.
Aku tak dapat cari apakah statement asal Fahmi ni sampaikan Blue Inc Media mahu menyaman beliau. Tapi pada aku mungkin teguran atau sindiran yang Fahmi buat tu ada betulnya dan pihak Blue Inc Media harus mengambil positif dan mengkaji semula polisi HR dalam syarikat mereka. Cuma cara Fahmi yang menggunakan laman sosial sebagai medium menegur adalah dilihat keterlaluan oleh syarikat tersebut.
Dalam bulan ni saja sudah 2 isu di Malaysia yang menjadi trending tertinggi di twitter. Aku harap kalau ada isu lagi biarlah isu yang positif dan membina. Harap hati-hati menggunakan laman sosial kerana ia mungkin akan meyebabkan anda jadi susah kalau anda salah gunakannya.
Thursday, June 2, 2011
Zina dan Nilai Maruah Diri - Isu Adinda Evans
Aku memang seorang twittertards. Sebelum tido malam tadi geng-geng twitter aku telah mention satu trending yang tiba-tiba top dalam ranking twitter dan masih duduk dalam tangga kedua pada pagi ni.
#adindaevans masih lagi duduk di tangga kedua trending twitter pagi ni. Aku mencari apa sebenarnya yang berlaku. Akhirnya aku faham. Ceritanya bermula apabila Adinda Evans ini menulis satu entri yang sangat kontroversi.
Sila klik gambar untuk imej lebih jelas. Aku tak suka nak memberi komen negatif kalau timbul suatu isu. Akan tetapi dalam isu ni memaksa aku memberi komen yang negatif. Untuk pengetahuan Adinda Evans ni adalah seorang budak sekolah yang belum mencecah 14 tahun pon. Pengakuannya secara terbuka ini sebenarnya ditulis di blog beliau pada Disember lepas. Tapi hanya baru-baru ini saja menjadi bualan hangat sehingga top trending di laman twitter. Lebih parah lagi sudah ada fanpage untuk beliau di facebook mengutuk dan mencerca tindakan bodoh beliau.
Pada aku Adinda Evans ni hanyalah budak sekolah yang tak cukup ilmu tapi sudah pandai berzina. Beliau juga sebenarnya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan maruah diri lebih-lebih lagi beliau seorang perempuan. Isu zina di kalangan pelajar sekolah bukan satu isu biasa. Sebelum ni sudah berapa banyak video 3gp yang dilakukan oleh budak sekolah yang tersebar macam virus di internet dan juga melalui tangan ke tangan melalui bluetooth handphone. Cuma yang menarik adik Evans kita ni membuat pengakuan yang aku kira sebagai rasmi dan BODOH kerana menyiarkannya di dalam blog. Lebih bodoh lagi selepas membuat pengakuan itu beliau masih bicara soal maruah dirinya. Beliau berulang kali menyatakan tidak kisah kalau dicop sebagai bohsia asalkan ada seorang lelaki (boyfriend beliau ketika ini) masih boleh menerimanya sebagai isteri di kemudian hari. Serius sangat WTF.
Sebagai meng'cover' tindakan bodohnya itu beliau menyatakan di facebook beliau yang beliau sebenarnya dirogol oleh ex boyfriend beliau pada suatu ketika dulu. Yang peliknya boyfriend beliau itu kini dihukum penjara bakal menanti hukuman mati atas kesalahan merogol beliau. Another WTF.
Budak sekolah boleh la kau nak kelentong dik. Ingat orang kat Malaysia ni bahalol ke semua? Aku malas nak komen lebih-lebih. Korang nilai la sendiri macam mana keadaan dunia kita di akhir zaman pada hari ini. Awasi anak-anak daripada terjebak dalam kancah zina. Memang tak dinafikan zaman ini sukar untuk kita mengekang pengaruh ini semua. Tetapi dengan pemantapan iman dan akidah kita mampu membimbing keluarga kita daripada melakukan dosa-dosa besar dan patah lagi ianya sangat memalukan.
Akhir sekali aku nak bagitahu bahawa Juliana Evans adalah tidak ada kena-mengena langsung dengan Adinda Evans. LOL.