Wednesday, January 28, 2009

Tepi Jalan

Kadang-kadang rasanya menulis kat sini jadi tekanan pulak. Padahal tujuan utama aku buat blog ni sekadar nak luahkan tekanan aku seharian. Tapi tak la pula maksud tekanan memblog kat sini sama dengan tekanan aku yang lain2 tu. Apapun sekurang-kurangnya aku boleh share something dengan sume readers kat sini samada yang kenal aku mahupun yang tak kenal aku secara fizikal.

Terkadang aku terfikir ada baiknya kalau kenalan kita itu cukup sekadar kita kenal setakat itu, dan ada baiknya jugak kalau kita kenal dia dengan lebih dalam. Aku penah jugak menyesal bila mengenali seseorang dengan lebih dalam hanya kerana dah tau sifat dan sikap buruknya. Dan adakalanya aku rasa bertuah dan bersyukur kerana mengenali seseorang dgn lebih dalam kerana membawa aku kepada suatu dunia baru yang berbeza dari apa yang aku lalui sehari-harian.

Orang kata, bila kita kenal orang, maka kita akan kenal diri kita. Kalau difikirkan semula memang betul apa yang dikatakan tu. Tapi hakikatnya tuhan lebih maha mengetahui apa yang kita tahu dan apa yang kita tak tahu. Diri kita sendiri pon kita belum tentu kenal sepenuhnya secara 100%.

Rasanya sepanjang perjalanan aku di atas dunia ni sangat ramai kenalan aku. Bermula dari kawan2 sepermainan masa kecil, kawan2 di sekolah rendah, sekolah menengah, di Universiti, kawan2 tempat kerja, client2 aku, rakan bisnes lain2 lagi yang kenal kawan atas kawan. Aku terasa macam nak buat kesimpulan jer tentang semua kawan2 aku ni...tapi rasanya macam terlalu awal nak dinilai. Bukan aku nak nilai dari segi sikap atau perilaku. Tapi nak nilai dari segi perhubungan persahabatan itu sendiri. Siapa dia Sahabat, siapa dia kawan, siapa dia teman, siapa dia sahabat baik, siapa dia teman karib, siapa dia kenalan, siapa dia sahabat baik, siapa dia teman istimewa dan siapa dia kekasih hati.

Bila difikirkan semula, kita perlu juga untuk meletakkan kategori kawan2 kita ni. Bukan apa, sebagai langkah bejaga-jaga yang mana kita tak tahu siapa dia musuh dalam selimut. Ya...bila-bila masa sahaja musuh dalam selimut boleh mengenakan kita atau membuat sesuatu yang tidak baik pada kita.

Kawan berlainan gender? Ermm....aku rasa aku sangat sedikit kenalan yang berlawanan gender dgn aku ni. Mungkin sbb backgrond aku yang sekolah semua lelaki dahulu. Dan bila sampai kat Universiti kurang bercampur disebabkan oleh environment yang kurang mengizinkan. Tapi pada aku kesimpulan aku dah mula boleh buat kat sini, yang mana mungkin aku sesuai berkawan rapat dgn orang yang mempunyai pemikiran yang sehala dgn aku. Bukan yang bertentangan dgn aku. Mungkin aku sudah benak dan bosan berkawan dengn mereka yang tidak sama pendidikan dengan aku. Tapi hakikatnya yang pasti, mereka tidak faham apa yang aku cuba sampaikan dan juga aku sedikit ego dalam menyatakan pendapat dan fahaman aku pada mereka. Bukan salah mereka 100%. Kadang2 salah aku juga yang tak pandai menyesuaikan diri dengan keadaan.

Aku berpendapat bahawa setiap yang berlaku dalam kehidupan hari ini, adalah kesan daripada perilaku dan perbuatan kita pada masa lepas. Siapa kita pada hari ini adalah cermin kepada sikap kita pada masa lepas. Kalau pada masa lepas kita kurang berfikir, maka jangan kita menyesal pada hari ini. Sebenarnya tiada apa yang perlu disesalkan dalam hidup ni. Memang benar tuhan menentukan segala, tapi kita masih punya akal dan fikiran dalam membuat pilihan agar dapat kita meminimumkan kesalahan kita pada hari ini untuk kesenangan pada masa hadapan. Jangan salahkan tuhan kalau hari ini kita menjadi miskin, tiada apa yang hendak disesali. Pada aku, jika kita inginkan sesuatu, kita pasti akan boleh dapatkannya walau dengan apa cara sekalipun. Kalau mahu, seribu daya kita perjuangkan. Walau hari ini kita hanya berbekalkan sebatang penyapu untuk mencari sesuap rezeki, hanya kerana kita tidak mendapat pendidikan yang baik, atau berasal dari keluarga yang kekurangan segalanya, kita akan jadi bodoh kalau bertindak mencari kesalahan orang lain dan menyalahkan keadaaan. Lebih bodoh lagi kalau kita menyalahkan tuhan.

Mengapa tidak mencari jalan? Mengapa tidak mencari ruang kejayaan? Mengapa tidak bertanya kepada yang lebih tahu dan mengapa kita masih mempersendakan suatu ilmu baharu yang kita sendiri belum tahu?
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget